Wednesday, June 29, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Teknologi

Memang ‘Compact’! Pandangan Kali Pertama Samsung The Freestyle Setelah ‘Unboxing’

by Phic Arman
March 16, 2022
Memang ‘Compact’! Pandangan Kali Pertama Samsung The Freestyle Setelah ‘Unboxing’
Share on Facebook

Pada awalnya, saya merasakan tidak banyak boleh dibincangkan tentang mana-mana projektor di pasaran. Walau bagaimanapun, setelah melihat projektor The Freestyle dari Samsung, saya terpegun dengan betapa ringkas dan padatnya. Ia kelihatan seperti lampu kecil di bilik tidur dan memang mudah untuk diletakkan di mana-mana.

Nak tahu harga? boleh semak artikel di bawah.

Prejektor Mudah Alih Samsung ‘The Freestyle’ Kini Boleh Didapati di Malaysia, Harganya?

Memandangkan ini adalah artikel pandangan pertama, ini bukan ulasan penuh, dan kami masih belum menggunakan sepenuhnya.

Pertama kali memegang Freestyle, kami dapat rasakan ia salah satu projektor dengan reka bentuk, ciri dan aksesori yang agak berbeza daripada projektor lain di pasaran. Difahamkan, ia turut memiliki ciri pintar seperti auto-frame alignment (penjajaran bingkai automatik), fokus auto imej dan sambungan mudah. Tetapi itu bukanlah menjadikannya ia begitu unik.

Setakat ini, kami tidak pernah melihat projektor dilancarkan atau dijual di pasaran yang mempunyai aksesori seperti projektor Freestyle. Projektor Freestyle ini bukan sahaja nampak cool, malah reka bentuk nya ini juga membantu kita menggunakannya dengan lebih berkesan.

Jika digantung pada dinding ia seolah-olah seperti kamera keselamatan atau sebagai lampu hiasan. Jelas sekali, apabila memasang Freestyle dengan aksesori pelekap ini, ia kelihatan seperti kamera keselamatan yang besar atau lampu hiasan bilik pameran. Projektor mudah alih Freestyle daripada Samsung ini menampilkan reka bentuk silinder, gaya yang agak tipikal untuk kebanyakan projektor dalam kategori ini. Dengan pilihan satu warna iaitu putih, ia berdiameter 3.66″ dan ketinggian 6.13″. Ia dilengkapi dengan pendiri yang boleh dipusingkan 180 darjah bagi memudahkan anda memancarkan cahaya ke dinding.

IKLAN

Terdapat hanya dua port pada Freestyle iaitu USB-C untuk kuasa dan HDMI Mikro untuk menyambungkan pemain media atau malah konsol permainan anda. Terdapat juga suis senyap mikrofon untuk mematikan arahan suara jika anda mahu. Kabel kuasa yang disertakan kelihatan hampir sama seperti yang anda perolehi dengan telefon pintar anda, cuma kepalanya disesuaikan untuk sisi projektor yang membantu memastikan kabel sejajar secara mendatar dengan sisi projektor.

Terdapat lubang halus yang sekata di sekeliling bahagian atas dan bawah unit, untuk pengudaraan dan bunyi. Bahagian hadapan projektor, anda boleh lihat lensanya, juga mempunyai butang sentuh untuk kuasa, kelantangan dan casting. Bahagian belakang projektor mempunyai satu lagi set lubang halus dalam orientasi bulat dan anda boleh melihat woofer di bawahnya.

 

Alat kawalan jauh yang disertakan agak kecil dan padat juga. Anda akan menemui kawalan biasa padanya, termasuk kuasa, pelarasan suara, dan sebagainya. Beberapa butang tambahan pada alat kawalan jauh iaitu akses mudah ke Netflix dan Prime Video. Selain itu, alat kawalan jauh dicas semula melalui USB-C supaya anda tidak perlu bimbang tentang menukar bateri di dalamnya.

Satu lagi ciri menarik ialah penutup kanta keruh itu sendiri. Projektor mempunyai mod ambien dengan warna dan juga pemandangan yang berbeza. Apabila penutup lensa diletakkan pada projektor, ia menambahkan sedikit suasana menarik pada bilik. Selain itu, terdapat beberapa jenis ambien yang menyeronokkan yang boleh anda mainkan untuk parti atau semasa anda mendengar muzik dengannya .

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan pandangan kali pertama dengan The Freestyle dari Samsung. Kami akan kongsikan pengalaman menggunakannya dalam artikel review penuh dari Murai MY tidak lama lagi ya.

 

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: Samsung Free Style
Share1Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

Pilihan Yang Lebih Pandai? Sudah Tentu! Pandai Kini Mempunyai Pakej Baharu Premium Lite
Sponsored

Pilihan Yang Lebih Pandai? Sudah Tentu! Pandai Kini Mempunyai Pakej Baharu Premium Lite

by Phic Arman
June 24, 2022

Aplikasi Pandai bukanlah asing dalam kalangan pelajar, ibubapa dan guru-guru. Ia merupakan aplikasi pembelajaran no 1 bagi pelajar sekolah rendah...

Read more
Netizen Terkejut Kitar Semula Barang Elektronik Boleh Dapat RM100
Teknologi

Netizen Terkejut Kitar Semula Barang Elektronik Boleh Dapat RM100

by Mas Ayu
June 23, 2022

Tular di media sosial baru ini, di mana seorang pemilik akaun Twitter yang dikenali sebagai Neyra mendedahkan dia mendapat wang...

Read more
‘Tak Sabar Lihat Hasilnya’- Zee Avi Curah Ilmu Dalam Projek HP Mentorship
Teknologi

‘Tak Sabar Lihat Hasilnya’- Zee Avi Curah Ilmu Dalam Projek HP Mentorship

by Phic Arman
June 15, 2022

Projek HP Mentorship telah berakhir setelah berlangsung selama tiga bulan di mana 11 mentee dari seluruh Malaysia diberi peluang seumur...

Read more
[REVIEW] HUAWEI MateBook D15, Selesa Berkerja Dan Bateri Pun Tahan Lama
Teknologi

[REVIEW] HUAWEI MateBook D15, Selesa Berkerja Dan Bateri Pun Tahan Lama

by Phic Arman
June 8, 2022

Sejak akhir-akhir ini, beberapa jenama popular mengeluarkan komputer riba dengan harga mampu milik di bawah RM2k. Salah satu komputer riba...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ‘Kau Pun Ada Special’-Netizen Simpati Dengan Luahan Hati Syafiq Yusof Puji Abangnya

  2. 2

    [VIDEO] Chef Wan Setuju Ulasan Tan Sri Rafidah Aziz Persoal Kenaikkan Gaji Pengerusi FGV

  3. 3

    Ismail Leon Persoal Di Mana Bapa, Ini Penjelasan Rihana Oksana Petra

  4. 4

    “Batang Penyapu Ke B*b*!” – Ini Respond Sakinah Bila Dapat Komen Yang Mengarut Di Media Sosial

  5. 5

    ‘Gambar 4 Tu’ – Netizen Terkejut Lihat Saiz Pinggang Aina Abdul?

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera