Wednesday, August 17, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

‘Dahlia Belajar Prosthetic Moulding’ – Aaron Aziz Bangga Anak Masuk Kelas Solekan Kesan Khas

Aktor ini beri pandangan sebagai ibubapa harus kenal pasti minat anak-anak

by Mas Ayu
March 18, 2022
Foto - Instagram @aarondwiaziz

Foto - Instagram @aarondwiaziz

297
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Datuk Aaron Aziz berkongsi rasa gembira dan bangga terhadap anak perempuan bongsunya, Dahlia Arissa di Instagram mencuri tumpuan ramai di media sosial aktor berkenaan.

Belajar Solekan Kesan Khas

Menerusi muatnaik video di Instagram pelakon terkenal ini, Aaron meluahkan rasa bangga kerana anak perempuanya yang tidak sampai berusia 12 tahun telah mula keluar dari zon selesa dan belajar kursus solekan kesan khas secara profesional.

Foto – Instagram @aarondwiaziz

“Alhamdulillah sangat bangga dengan @dahliaarissaaaron kerana berani, keluar dari zon selesa dia dengan menghadiri @ellasandera kelas SFX.

Dahlia belajar Prosthetic Moulding, cara profesional! Ahlia, moonshine saya tak sampai 12 dan sedang menghadiri kelas dewasa.” Tulisnya

Cuba Kenal Pasti Minat Anak Dan Beri Galakan

Aaron juga berkongsi pandangannya dengan mengatakan sebagai ibubapa, mereka harus mengenal pasti minat anak-anak dan beri galakan dan bukannya memberi tekanan terhadap anak-anak dengan harapan yang tidak realistik.

IKLAN

View this post on Instagram

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

“Sebagai ibubapa, kita cuba kenal pasti minat mereka dan dorong mereka kepada kekuatan mereka. Kadang-kala sebagai ibubapa, kita sering beri mereka tekanan yang tidak diperlukan dengan menetapkan harapan yang tidak realistik.

Setiap anak mempunyai matlamat dan harapan yang berbeza. Kalau abang sangat bagus dalam sejarah kenapa mesti adik kena bagus juga? Kalau kakak cemerlang dalam biologi kenapa mesti abang perlu cemerlang juga?

Kita tutup ‘mata’ dalam subjek yang mereka lemah tapi kita setkan jangkaan untuk subjek yang mereka kuat. Diyana dan saya selalu saling mengingati antara satu sama lain, jangka perbezaan kekuatan dan keputusan setiap anak-anak.” Kongsinya

Netizen Puji Bakat Dahlia Dan Setuju Dengan Pandangan Aaron

Melihat nasihat dan pandangan yang diberikan aktor tersebut sebagai ibubapa, ramai yang bersetuju dengan apa yang dikongsikan pelakon tersebut. Dalam masa yang sama ramai yang memuji bakat Dahlia dalam menghasilkan prostetik solekan kesan khas.

Foto – Instagram @aarondwiaziz

“itu sangat mengagumkan, kamu berdua merupakan figura yang memberi inspirasi.. Betul, setiap anak-anak kita mempunyai kekuatan yang berbeza ianya tugas kita sebagai ibubapa untuk sokong mereka”

“Betul.. Jangan corak anak ikut apa yang kita mahu..”

“Terbaik Dahlia”

“Aww!! Tahniah Dahlia! Dia ada bakat semulajadi harap boleh asah jadi lebih baik. Semoga dipermudahkan!” komen mereka

Sekadar info, Dahlia kini menghadiri kelas pengacuan prostetik bagi solekan kesan khas bersama Ella Sandera yang merupakan pakar menghasilkan prostetik bagi solekan kesan khas untuk filem dan televisyen.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: aaron aziz
Share119Tweet74SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

“Bangganya Kau!!”- Ustaz Ahmad Dusuki Tegur Ifa Raziah?
Gossip

“Bangganya Kau!!”- Ustaz Ahmad Dusuki Tegur Ifa Raziah?

by Naddy Joe
August 16, 2022
“Bodo Is Free…”- Caprice Ulas Isu Video Kak Long 7E Yang Diperlakukan Seperti “Lembu’ Oleh Aliff Syukri & Baby Shima
Gossip

“Bodo Is Free…”- Caprice Ulas Isu Video Kak Long 7E Yang Diperlakukan Seperti “Lembu’ Oleh Aliff Syukri & Baby Shima

by Naddy Joe
August 16, 2022
Netizen Dakwa Sudah Berpisah Dengan Diana Nasimuddin, Ini Respon Mas Khan!
Gossip

Netizen Dakwa Sudah Berpisah Dengan Diana Nasimuddin, Ini Respon Mas Khan!

by Naddy Joe
August 16, 2022
[VIDEO] Siti Nurhaliza Titip Pesanan Buat Orang Ramai Isu Penggunaan Wajahnya & Suami Untuk Iklan Penipuan
Gossip

[VIDEO] Siti Nurhaliza Titip Pesanan Buat Orang Ramai Isu Penggunaan Wajahnya & Suami Untuk Iklan Penipuan

by Naddy Joe
August 16, 2022
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Get Well Soon Andi” – Peminat Mula Risau Dengan Video Yang Dimuat Naik Di Instagram Andi Bernadee

  2. 2

    “Wallahi Benci…”- Aliff Syukri Kongsi MV Aksi Gelek Bersama Baby Shima, Rozita Ibrahim Beri Teguran!

  3. 3

    “Mesti Dah Biasa Tengok…”- Baby Shima Bidas Kecaman Netizen Isu MV Lagu Dangdut Bersama Aliff Syukri

  4. 4

    Ditegur Netizen Selepas Azal “Melamar” Neera Azizi Sebagai Isteri, Zarina Zainuddin Beri Penjelasan!

  5. 5

    “Tak Penting Bagi Saya” – Chef Wan Mahu Iklan Berhenti Canang Ayat ‘No.1 Negara’?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera