Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Shila Amzah Mohon Maaf Kepada Wartawan, Nafi Ibubapa Sudah Berpisah

Menurut Shila, ketika itu hidupnya dikawal oleh kedua ibu bapanya, namun tidak menyalahkan mereka

by Khai Azfar
March 21, 2022
Share on Facebook

Penyanyi Shila Amzah memohon maaf kepada wartawan berikutan isu yang terpalit dengan dirinya pada tahun 2015.

Shila Tidak Salahkan Ibubapa

Menerusi temubual Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah kepada program Melodi pada Ahad, penyanyi popular ini menyifatkan seandainya boleh diputarkan waktu , dia tidak akan meneruskan tindakan saman terhadap sekumpulan wartawan.

Akui menyesal kerana telah membazirkan pelbagai perkara untuk sesuatu hal yang boleh diselesaikan tanpa perlu melibatkan mahkamah, Shila mendedahkan apa yang berlaku bukan atas kerelaan. Menurut Shila, ketika itu hidupnya dikawal oleh kedua ibu bapanya, namun tidak menyalahkan mereka berikutan apa yang terjadi juga kerana faktor tertekan.

“Sejujurnya saya dapat kebebasan buat apa saya nak dalam tiga tahun kebelakangan ini.Apa yang berlaku sebelum ini saya boleh kata bukan keputusan saya. Saya bukan nak menidakkan jasa ibu bapa membesarkan dan melindungi saya, ketika itu saya pun berada dalam keadaan tertekan, memang kita saling memerlukan.

“Kalau boleh undur waktu saya tak nak membazirkan duit dan masa. Saya habiskan amaun duit yang saya boleh beli rumah hanya untuk turun naik mahkamah. Seandaikan saya ada kebebasan masa itu, saya akan selesaikan tapi malangnya mereka (wartawan) tak boleh terus kepada saya, tak ada nombor untuk tanya, kalau saya ada ruang mesti saya jawab.

“Memang keputusan itu bukan keputusan saya! Of course masa muda saya ada emosi… saya tak boleh keluar, tak boleh berkawan dengan sesiapa yang saya nak, saya dikawal rapi,” katanya

Mohon Maaf Kepada Wartawan 

Di kesempatan itu,Shila turut memohon maaf kepada media yang terlibat dengan isu nya sebelum ini dan enggan membiarkan konflik tersebut terus berlanjutan.

“Sekarang ini saya menjalani kehidupan untuk hari ini, kita tak tahu apa akan berlaku esok, saya tak nak berdendam dengan orang. Kalau boleh sesiapa yang tergores hati perasaan, seandainya bermula dari saya atau orang lain saya mohon maaf.

“Semasa itu pandangan saya tentang kehidupan berbeza, saya harap sangat ini tak berpanjangan, kita semua nak hidup tenang sahaja dan semoga menjadi pengajaran dan iktibar untuk anak seni dan kawan-kawan yang lain.

“Apabila dah ada dalam industri selesaikan dengan cara baik. Saya mohon maaf sangat, tak nak hidup dalam dendam dan pergi event pun rasa best je.

“Ini merupakan satu titik hitam paling buruk dalam hidup saya, saya harap kita dapat berbaik semula kerana kita tak tahu esok ada lagi tak untuk kita. Kalau tak nak berkawan lagi pun, jauh di hati saya anda dapat memaafkan saya,” katanya lagi

Dedah pemenang Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) bersama Sekumpulan Orang Gila (SOG) ini, dia bersedia untuk bertentang mata dengan media yang terlibat.

“Untuk masa sekarang ini saya lebih selesa berlaku secara semulajadi. InsyaAllah! Saya harap lepas ini kita buang yang keruh dan ambil yang jernih, ni pun nak bulan Ramadan dah, mana tahu masa raya nanti saya boleh undang datang ke rumah.

“Saya tak mahu hidup dalam penyesalan, tak nak apa-apa berlaku terhadap mereka yang tersinggung benda itu, ia buat hidup saya tak best.

“Saya terkilan apa yang berlaku, kalau boleh pusing masa semula saya tak nak pergi ke mahkamah. Saya tak boleh bayangkan mereka yang terkesan, saya doakan yang baik-baik untuk semua,” katanya.

Nafi Ibubapa Sudah Berpisah

Dalam temu bual yang sama, Shila turut menjawab dakwaan kononnya hubungan rumah tangga ibu bapanya, Datuk ND Lala dan Datin Fauziah Sarman sedang berdepan masalah.

“Dia macam separuh pokok bergoyang, memang mereka sedang melalui waktu sukar tapi tidak lagi bersama itu tak betul.

“Selepas 30 tahun berkahwin mereka sedang melalui fasa sukar… saya harap doakan yang terbaik untuk mereka terutamanya ibu saya,” dedah Shila

YouTube video

Untuk rekod, hubungan Shila dan media mula bermasalah apabila pihak pengurusan penyanyi itu mengadakan sidang media dengan memperkecilkan peranan media Melayu selepas satu pendedahan dibuat akhbar Kosmo! mengenai konsert Shila yang ditaja sebuah syarikat perjudian. Pihak Shila telah memfailkan saman pada 16 Januari 2015 terhadap Kosmo! di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas dakwaan fitnah.

Bukan Semua Bapa Tiri Jahat – Shila Amzah Puji Ubai Layan Seth Seperti Anak Sendiri

Namun pada 31 Mac 2017, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rosnaini Saub menolak saman penyanyi itu kerana mendapati artikel diterbitkan Kosmo! adalah dibuat bawah perlindungan bersyarat dan Shila sebagai selebriti perlu terbuka dalam menerima kritikan.

Justeru, mahkamah memerintahkan Shila membayar kos sebanyak RM20,000 kepada ketiga-tiga defendan iaitu wartawan hiburan Kosmo, Maliah Surip, pengarang akhbar itu dan penerbit, Utusan Melayu (M) Berhad.

shila amzahwartawan
https://lomp.at/y3id6
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara