Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

by Ayu Kamaruddin
March 3, 2026
340
KONGSIAN
Share on Facebook

Berita baik buat rakyat Sarawak, Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 bagi tahun 2026 secara rasmi akan mula disalurkan bermula 10 Mac ini. Bantuan ini dikreditkan terus ke dalam dompet digital S Pay Global, sekali gus memastikan proses agihan lebih pantas dan selamat tanpa melibatkan transaksi tunai.

Majlis pelancaran peringkat negeri dijadual berlangsung di Kuching pada 7 Mac, manakala bayaran Fasa 1 akan mula masuk tiga hari kemudian. Bagi penerima yang layak, notifikasi akan diterima melalui aplikasi sebaik sahaja kredit dimasukkan.

Inisiatif di bawah Kerajaan Negeri Sarawak ini merupakan antara bantuan utama negeri bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi tekanan kos sara hidup.

Apa Itu SKAS?

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) ialah bantuan kewangan tanpa tunai yang diberikan dalam bentuk baucar digital. Ia disalurkan melalui aplikasi S Pay Global (dahulu dikenali sebagai Sarawak Pay).

Maksudnya, bantuan ini tidak boleh dikeluarkan sebagai wang tunai. Sebaliknya, penerima boleh menggunakannya untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan dan barangan dapur di premis yang menerima pembayaran melalui aplikasi tersebut.

Untuk tahun 2026, kerajaan negeri memperuntukkan RM640 juta bagi pelaksanaan SKAS meningkat berbanding tahun sebelumnya dengan sasaran lebih satu juta penerima.

Kadar Bantuan SKAS 2026

Bayaran dibuat setiap empat bulan sekali, iaitu tiga fasa setahun.

Topik Berkaitan Bako National Park Tarikan Popular Di Sarawak, Peluang Lihat Monyet Proboscis Dari Dekat

Bagi Fasa 1 yang bermula 10 Mac:

  • Isi Rumah (pendapatan ≤ RM5,000) menerima sekitar RM316
  • Warga Emas tanpa pasangan/anak (pendapatan ≤ RM5,000) menerima sekitar RM166
  • Bujang (pendapatan ≤ RM2,500) menerima RM100

Secara keseluruhan setahun, jumlah bantuan boleh mencecah:

  • RM950 bagi isi rumah
  • RM500 bagi warga emas
  • RM300 bagi bujang

Kadar ini dinaikkan bagi membantu rakyat menangani peningkatan kos keperluan asas.

Syarat Kelayakan

Antara kriteria utama:

  • Anak Sarawak pemegang MyKad berstatus ‘K’
  • Bermastautin dan beralamat di Sarawak
  • Data kelayakan berdasarkan rekod Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sehingga Fasa 4, 2024

Kategori penerima pula dibahagikan kepada Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas tanpa pasangan serta tanpa anak, dengan had pendapatan tertentu mengikut kategori masing-masing.

Cara Semak Kelayakan SKAS

Untuk mengetahui sama ada anda layak atau tidak, semakan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi kerajaan negeri.

Langkahnya:

  • Layari laman web rasmi The Official Portal Of Sarawak Goverment
  • Klik bahagian “Check Eligibility”
  • Log masuk menggunakan akaun SarawakID
  • Pilih “My Individual Account”
  • Masukkan nombor MyKad dan klik carian

Status kelayakan akan dipaparkan terus pada skrin. Jika layak, bantuan akan dikreditkan ke dalam akaun S Pay Global anda secara automatik.

Cara Guna Bantuan Dalam S Pay Global

Ramai masih tertanya-tanya, bagaimana hendak ‘claim’ bantuan ini?

Caranya cukup mudah:

  • Pastikan aplikasi S Pay Global sudah dimuat turun dan diaktifkan.
  • Baki bantuan akan terpapar dalam dompet digital.
  • Pilih barangan keperluan asas di premis berdaftar.
  • Buat pembayaran menggunakan kod QR S Pay Global.
Topik Berkaitan Tengku Ampuan Pahang Cuba Buat Kek Lapis Sarawak, Rakyat Teruja Tengok!

Jumlah pembelian akan ditolak terus daripada baki SKAS anda. Jika jumlah pembelian melebihi baki bantuan, penerima perlu menambah bayaran sendiri.

Tarikh Bayaran & Kaedah Agihan

Fasa 1 bermula 10 Mac 2026 dan akan disalurkan secara berperingkat. Untuk tahun 2026, bayaran dibuat setiap empat bulan sekali, menjadikan tiga fasa keseluruhannya.

Kaedah ini memastikan bantuan diagihkan secara konsisten sepanjang tahun, bukan sekali gus.

Bagi Murai, pendekatan tanpa tunai melalui S Pay Global ini menunjukkan usaha Sarawak untuk bergerak seiring dengan sistem pembayaran digital. Bagi yang layak, pastikan akaun SarawakID dan aplikasi S Pay Global aktif supaya tidak terlepas manfaat. Jangan tunggu saat akhir untuk semak.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
sarawakSKAS Fasa 1
Share136Tweet85SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara