• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

“Jiwanya Tetap Kuat & Menyinar”- Lagu Terakhir Arwah Siti Sarah Diberikan Kepada Nikki Palikat

Menurut Nikki, dia begitu mengagumi Arwah Sarah

by Khai Azfar
March 23, 2022
Share on Facebook

Lagu terakhir Allahyarhamah Siti Sarah berjudul Sudah kini diberikan kepada penyanyi popular, Nikki Palikat.

Shuib Berterima Kasih Kepada Nikki Palikat & Naim Daniel

Menerusi sebuah hantaran yang dibuat oleh suami arwah Sarah, Shuib, pelakon dan pelawak itu bersyukur kerana lagu tersebut yang disifatkan mampu ke Anugerah Juara Lagu (AJL) kini mempunyai penggantinya. Malah, Shuib turut berterima kasih kepada Nikki dan komposer lagu itu yang juga penyanyi, Naim Daniel.

“Alhamdulillah, akhirnya sayang lagu AJL U itu dah ada yang akan nyanyi. Terima kasih @nikkipalikat. Semoga semuanya dipermudahkan…Lagu yg terlalu indah @naimdanielx” tulis Shuib

View this post on Instagram

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Nikki Terharu 

Dalam perkembangan lain, Nikki yang mengulang siar hantaran video rakaman terakhir Arwah Sarah bersama komposer terkenal, Allahyarham Faizal Uzir (Lok U) berasa terharu dengan penghormatan yang diberikan kepadanya membawakan lagu tersebut.

Menurut Nikki, dia begitu mengagumi Arwah Sarah dan mendedahkan lagu tersebut mempunyai jiwa yang kuat.

“Memang satu anugerah dan tanggungjawab besar apabila diberikan lagu yang pemilik asalnya adalah arwah Sarah Raisuddin. Seorang penyanyi dan insan yang amat saya kagum dari semua segi, bukan saja vokal.

“Tapi dalam video ini walaupun belum hafal sepenuhnya lirik tapi jiwanya tetap kuat dan menyinar. Jiwa itulah yang paling kita rindu. Terima kasih Shuib percayakan Nikki untuk membawakan lagu ini,” tulisnya.

View this post on Instagram

A post shared by Nikki Palikat (@nikkipalikat)

Untuk info, single Sudah bakal dilancarkan di seluruh platform digital pada 25 Mac 2022.

Nikki Palikatsiti sarah
https://lomp.at/q6bjp
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Musik

Berhantu! 10 Lagu Ini Wajib Nyanyi Di Pusat Karaoke

by Khai Azfar
December 1, 2017

Ada peminat karaoke di sini? Jika ya, apakah judul lagu yang sering anda nyanyikan di pusat karaoke tersebut? Tahukah anda...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore