Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Genap Lima Tahun Tanpamu”-Nora Ariffin Titip Doa Buat Arwah Suami

Rata-rata peminat dan rakan artis menitipkan doa buat arwah suami Nora.

by Naddy Joe
March 24, 2022
Share on Facebook

Hari ini (24 Mac 2022) genap lima tahun suami kepada penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin  yang juga komposer terkenal, Johan Nawawi meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Genap 5 Tanpamu”

Menerusi hantaran di Instagram, Nora dilihat memuatnaik foto keluarga mereka sewaktu bercuti suatu ketika dahulu berserta kapsyen yang menyentuh hati buat arwah suaminya.

“24/3/2022 Genap 5 tahun tanpamu. Doa kami tidak pernah putus. Kami akan sentiasa menyayangi & merinduimu Pa”-tulis Nora

Tiada Yang Berlaku Tanpa Izin Allah SWT

Di kesempatan itu, Nora turut menitipkan pesanan buat dirinya untuk menerima hakikat bahawa tidak ada yang berlaku tanpa izin Allah SWT.

“Pesanan diri. Satu-satunya cara untuk menghentikan kesakitan dalam hidup kita adalah dengan menerima hakikat bahawa tiada apa yang berlaku tanpa izin Allah Swt. REDHA.”- katanya

View this post on Instagram

A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

Rakan Artis & Peminat Titip Doa

Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti menitipkan doa buat arwah suami Johan dan  ada diantara mereka yang merasakan masa berlalu begitu pantas sejak komposer itu menghadap Ilahi.

“Alfatihah”-

“Alfatihah..Sekejapnya masa berlalu dah 5 tahun. Rasa macam baru je arwah pergi.”

“Orang yang baik terhadap keluarga terutama anak isteri sendiri selalu Allah Taala sayang. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman” komen mereka

Sekadar info, Allahyarham Johan telah meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serang jantung.

Selepas empat tahun menjadi ibu tunggal, Nora telah selamat bergelar isteri kepada Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli yang juga sahabat Allahyarham Johan sejak kecil.

Error happened.
Nora Ariffin Puji Tindakan Pantas Rossa Terhadap Isu Royalti Lagu 'Sinaran'-"Hak Cipta Adalah Amanah.."
nora ariffin
https://lomp.at/1yg3d
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara