Monday, October 2, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

“Rupa-Rupanya..” – Shahida Dherbs Dedah Punca Rumah Banglo Terbakar

Isteri kepada jutawan kosmetik dedah punca kebakaran berlaku di kediamannya

by Puteri Alia
March 24, 2022
Foto - Instagram @shahidadherbs

Foto - Instagram @shahidadherbs

106
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam artikel pagi Murai my ada menyiarkan berita rumah banglo mewah milik Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid terbakar pada hari Rabu semalam.

Dedah Punca Kebakaran

Menerusi muatnaik terkini di Instagram milik isteri jutawan kosmetik, Shahida, beliau berkongsi punca sebenar kebakaran berlaku adalah kerana meletakkan power bank yang panas selepas dicas di atas katil.

Menurut Shahida, dia tidak menyangka benda kecil seperti itu boleh menjadi punca kebakaran berlaku di dalam bilik pekerjanya dan menasihati agar orang ramai juga berhati-hati.

View this post on Instagram

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs)

“Rumah saya terbakar..

Ya Allah syukur lah nasib perasan sebab ada bau asap.. Rupa-rupanya punca dia dari power bank.. Kau orang hati-hati ya kadang-kadang kita tak sangka benda kecil pun jadi punca.. Jangan pula kata saya gimik nak bakar rumah buat content….

Bilik staff saya, Idris yang terbakar.. Lepas ni power bank kalau tengah panas-panas lepas cas jangan letak atas katil semua.. Alhamdulillah kami semua selamat.. Yang paling kecoh @aliffsyukriterlajaklaris …. Api dah padam baru dia nak telefon bomba.” tulisnya

Netizen Titip Ucapan Bersyukur Tiada Kemalangan Berlaku

Melihat hantaran Shahida di media sosial, ramai yang memberi komen mengucapkan rasa syukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku keatas keluarga jutawan kosmetik tersebut dan mengambil ikhtibar pengajaran atas apa yang berlaku.

Foto – Instagram @shahidadherbs

“Baik-baik saja semuanya. Nasib baik tak ada kemalangan jiwa”

“Alhamdulillah.. Allahuakbar bahaya kan power bank.. Mungkin cas terlalu lama rasanya.. Bateri dia terlalu panas kot kan..”

“Alhamdulillah nasib tak ada benda lain berlaku.. Risau malam nak cas telefon pun tak berani.. Mesti matikan dulu cas baru tidur” komen mereka.

Dalam hantaran Shahida menjelaskan di dalam kediamannya ada alat pemadam api namun disebabkan panik tidak terlintas untuk menggunakan alat tersebut sebalik mencari air untuk memadam kebakaran. Apa pun syukur keluarga jutawan kosmetik ini selamat dan kebakaran berjaya dipadam.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER Datin Seri Nur Shahidadatuk aliff syukri
Share42Tweet27SendShareShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Puteri Ameerah Dipuji Cantik & Anggun Oleh Rakyat!-“Cara Dia Berjalan Ada CLASS!”

  2. 2

    [VIDEO] “Saya Nak Tidur Dengan Tenang, Itu Jer”- Khairul Aming

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Terpukau Lihat Kereta Terbaru Ameera Khan-“Mummy & Daddy Hadiahkan BMW i7”

  4. 4

    Anzalna Nasir Terpaksa Dirawat Di Pusat Perubatan, Rakan Selebriti & Peminat Titip Doa!

  5. 5

    Aishah Peroleh Markah Kedua Tercorot Di GV 23 All Stars-“Ada Beberapa Perkara Saya Kena Teliti…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan