Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Fazley Yaakob Bukan Diva! Ada Sebab Pilih Jenama Untuk Berkolaborasi

Menurut Fazley dia terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan semua pihak.

by Khai Azfar
March 25, 2022
Share on Facebook

Umum sedia maklum bahawa Datuk Fazley Yaakob merupakan seorang figura yang verstail. Setelah menempa nama sebagai pelakon dan penyanyi, identiti nya sebagai seorang cef yang disegani juga seiring dengan pencapaian yang dimiliki.

Jalin Kerjasama Dengan Pelbagai Jenama Besar 

Terbaru, selepas bekerjasama dengan jenama rangkaian kopi terkenal, Starbucks, Fazley turut menjadi wajah istimewa beberapa jenama terkenal lain seperti Tony Roma’s dan Fish Manhattan.

https://www.instagram.com/p/CbO3pBYlC32/

Menyangkal dakwaan bersikap hidung tinggi dengan hanya memilih jenama-jenama terkenal untuk berkolaborasi, menurut Fazley dia terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan semua pihak.

Namun begitu, jelas Fazley dia akui agak cerewet meletakkan syarat untuk bekerjasama. Ini kerana dia mementingkan pemahaman serta idea yang ingin ditampilkan di dalam sesebuah produk jenama itu sebelum bersetuju dengannya.

Dedah Fazley, dia pernah ditawarkan untuk bekerjasama dengan beberapa jenama popular namun terpaksa menolaknya kerana tidak mencapai idea bersama.

“Jujur saya cakap, saya tidak memilih jenama besar atau kecil. Saya pernah bekerjasama dengan sekecil-kecil jenama sebagai contoh jumlah pengikut Instagram baru 9 orang dan saya pernah bekerjasama dengan jenama yang mempunyai jutaan pengikut.

“Bagi saya, bukan jenama yang saya cari tetapi ketelusan untuk bersama saya. Ada jenama besar lain yang ingin bekerjasama dengan saya tetapi bila saya bagi idea mereka tidak mahu saya ubah idea mereka. Syarat saya, nak bekerjasama kena benarkan saya masuk dapur dan nak guna muka saya semata-mata jarang saya terima.” kata Fazley kepada Murai.my

Perlu Terbuka Terima Idea 

Tambahnya, jenama tersebut juga perlu terbuka untuk menerima sebarang pandangan daripadanya bagi tujuan penambahbaikan selain mengutamakan keserasian diantara kedua-dua belah pihak.

“Apabila memilih jenama, saya sangat terperinci dan tak akan ambil sembarangan . Yang pertama produk jenama itu perlu saya pernah rasa dan yakin. Kedua, mereka terbuka dengan idea yang diberikan oleh saya dan ketiga jenama itu perlu sudi untuk ditegur dan kritikan yang membina.

“Bermaksud, kalau saya bekerjasama dengan jenama-jenama tertentu dan saya rasa perlu ada penambahbaikan serta mereka terbuka menerima teguran tersebut, itu yang saya mahukan.

“Kolaborasi ini ibarat perkahwinan di antara dua pihak. Idea saya dan idea sebuah lagi pihak. Saya tidak boleh mengubah sesuatu yang sudah terkenal pada mereka. Kolaborasi memerlukan keserasian dan pemahaman.” katanya

Fazley ditemui  ketika di majlis pratonton Ramadan Festive Blessing Tony Roma’s baru-baru ini. Dalam kerjasama tersebut, Fazley turut memperkenalkan beberapa menu hidangan istimewa Ramadan Tony Roma’s yang mendapat sentuhan peribadinya.

Fazley Yaakob Nasihat Jangan Ambil 'Side' Dalam Isu Perceraian- "Belum Tentu Suami Or Isteri Tu Jujur"
fazley yaakob
https://lomp.at/g2km4
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore