Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

“Cubalah Bersangka Baik”-Fazley Yaakob Tegur Pihak Yang Pertikai Kemenangan Aliff Aziz

Tidak berkecil hati, sebaliknya Fazley terhibur membaca segala komen yang diberikan terhadap dirinya.

by Naddy Joe
January 24, 2022
166
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi dan chef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob tampil menegur sesetengah pihak yang mempertikaikan kemenangan Aliff Aziz sebagai juara di pentas akhir Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) pada malam tadi.

Kemenangan Aliff Rezeki Yang Ditentukan Allah

Menerusi perkongsian di Instagram, Fazley meminta pihak terlibat untuk bersangka baik dan menganggapnya sebagai rezeki yang telah ditentukan Allah.

“Buat kalian yang sibuk-sibuk kan ‘kenapa orang Singapura yang menang? Sebab @tokram_ramlims orang Singapura maka dia menangkan orang Singapura!’

“Cubalah bersangka baik, hanya kali ini! Rezeki semua Allah dah tentukan.

“Tak kiralah Malaysia ke. Indonesia ke, Singapura ke, kita dah satu rumpun. Jangan bawa sentimen kenegaraan ke pentas rezeki @gegarvaganzaofficial”-pesan Fazley

Rezeki Tak Pernah Salah Alamat

Tambah Fazley lagi, dia menyifatkan mereka yang ‘berhati hitam’ sering berasa layak untuk memberi kritikan tanpa mempunyai rasa segan silu.

“Rezeki tak pernah salah alamat, namun mereka yang berhati hitam seringkali merasa mereka yang lebih layak mengutuk dan mengeji tanpa ada rasa segan”- sindir Fazley

View this post on Instagram

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Di akhir hantaran nya, Fazley turut menitipkan ucapan terima kasih terhadap mereka yang memberi ‘pahala percuma’ dengan segala kutukan dan kejian sepanjang dirinya berada dalam GV8. Tidak berkecil hati, sebaliknya Fazley terhibur membaca segala komen yang diberikan terhadap dirinya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Doa Mahu Lelaki Setia Termakbul, Tahun Ini Muncul Syed Saddiq "24 Jam" Di Sisi Bella
aliff azizdato fazley yaakob
https://lomp.at/uejlv
Share66Tweet42SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem