Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Elica Paujin Juara Big Stage 2022!

Elica memperoleh markah tertinggi sebanyak 78.93%

by Khai Azfar
March 28, 2022
Share on Facebook

Dikatakan sebagai persaingan sengit di antara 3 peserta finalis, Elica Paujin menarik perhatian ramai dengan memberikan persembahan terbaik sekaligus muncul sebagai juara Big Stage 2022.

Tewaskan 4 Peserta Lain 

Pengumuman juara tersebut telah dibuat oleh pengacara Big Stage, Alif Satar dan Sherry Al-Hadad secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Elica yang menewaskan saingan terdekatnya menerusi dua buah lagu iaitu Cinta nyanyian asal Marsha Milan,  dan duet bersama Hael Husaini membawakan lagu Believer, berjaya membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.

Sementara itu, Danial Chuer yang memenangi tempat kedua menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,00 beserta trofi, tempat ketiga yang disandang oleh Aisha Retno membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000 beserta trofi. Bagi Yazmin Aziz dan Tegar Septian masing-masing di tempat keempat dan kelima tidak pulang dengan tangan kosong kerana turut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.

‘Finale’ Big Stage 2022 telah diadili oleh dua juri tetap terdiri daripada Dato Sri Siti Nurhaliza dan Ajai serta juri juara, Aliff Aziz. Manakala, penyanyi bersuara emas yang turut membuat persembahan bersama Siti, Aina Abdul  dijemput menjadi juri jemputan.

Selain itu, Dato Sri Vida yang menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Netizen telah ditemani oleh Elly Mazlein sebagai Juri Pedas.

Markah Penuh Peringkat Akhir Big Stage 2022

  1. Elica Pauji – 78.93%
  2. Danial Chuer – 72.62%
  3. Aisha Retno – 71.04%
  4. Yazmin – 59.35%
  5. Tegar Septian – 59.13%

*lagi gambar akan dikemaskini

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
big stage 2022elica paujin
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  5. 5

    Fatiya Latiff Dedah Realiti Dunia Seni, Akui Tidak Lagi Jadi Pilihan Untuk Watak Utama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara