Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Ramai Teruja! Siti Nurhaliza Mahu Lagu Dari Aina Abdul Untuk Album Akan Datang

Aina berkata dia berbesar hati untuk merealisasikannya tidak lama lagi.

by Khai Azfar
March 28, 2022
Share on Facebook

Selain persembahan mantap daripada lima orang finalis Big Stage 2022 pada malam Ahad, perhatian turut tertumpu kepada persembahan istimewa daripada penyanyi popular tanah air, Dato Sri Siti Nurhaliza dan Aina Abdul.

Ramai Teruja Dengan Persembahan Duet Siti & Aina 

Buat julung kali, dua penyanyi bersuara emas ini telah digabungkan dalam satu pentas dan menariknya lagi kedua-dua mereka saling bertukar lagu hits masing-masing untuk mempersembahkan kepada peminat.

foto via Astro/Azrul Rafie

Siti telah mendendangkan lagu Aina berjudul Semalam, manakala Aina menyanyikan lagu Purnama Merindu milik juri tetap Big Stage 2022 itu. Menjengah ke susur masa media sosial, rata-rata peminat memuji paduan suara Siti dan Aina dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang sangat menghiburkan.

Siti Mahu Lagu Dari Aina 

Susulan itu, tular di media sosial mengenai klip video Siti yang turut terhibur membuat persembahan bersama Aina. Di kesempatan itu, Siti turut menyatakan hasrat untuk memiliki sebuah lagu yang dicipta oleh Aina.

“First time Kak Iti (Siti) bawakan lagu Aina. Dekat YouTube saya tadi, saya cakap dekat Aina, saya nak lagu dia untuk new album” ujar Siti

Teruja mendengar permintaan tersebut, Aina berkata dia berbesar hati untuk merealisasikannya tidak lama lagi.

“MasyaAllah, Insyallah thank you” balas Aina teruja

https://twitter.com/ctaavideos/status/1508124336267309058

Untuk info, Aina telah diundang sebagai juri jemputan Big Stage 2022 bersama-sama Elly Mazlein yang memegang mandat Juri Pedas.

[VIDEO] Siti Nurhaliza Hadiri Majlis Anugerah Inspirasi Bersama Suami Tercinta, Menawan Perhatian Umum!

Big Stage 2022 telah menutup tirainya dengan menyaksikan penyanyi Elica muncul sebagai Juara menewaskan saingan terdekatnya, Danial Chuer. Dengan kemenangan tersebut, Elica berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aina abdulDato Sri Siti Nurhaliza
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara