Thursday, June 30, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Musik

Ramai Teruja! Siti Nurhaliza Mahu Lagu Dari Aina Abdul Untuk Album Akan Datang

Aina berkata dia berbesar hati untuk merealisasikannya tidak lama lagi.

by Khai Azfar
March 28, 2022
Ramai Teruja!  Siti Nurhaliza Mahu Lagu Dari Aina Abdul Untuk Album Akan Datang
Share on Facebook

Selain persembahan mantap daripada lima orang finalis Big Stage 2022 pada malam Ahad, perhatian turut tertumpu kepada persembahan istimewa daripada penyanyi popular tanah air, Dato Sri Siti Nurhaliza dan Aina Abdul.

Ramai Teruja Dengan Persembahan Duet Siti & Aina 

Buat julung kali, dua penyanyi bersuara emas ini telah digabungkan dalam satu pentas dan menariknya lagi kedua-dua mereka saling bertukar lagu hits masing-masing untuk mempersembahkan kepada peminat.

foto via Astro/Azrul Rafie

Siti telah mendendangkan lagu Aina berjudul Semalam, manakala Aina menyanyikan lagu Purnama Merindu milik juri tetap Big Stage 2022 itu. Menjengah ke susur masa media sosial, rata-rata peminat memuji paduan suara Siti dan Aina dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang sangat menghiburkan.

Siti Mahu Lagu Dari Aina 

Susulan itu, tular di media sosial mengenai klip video Siti yang turut terhibur membuat persembahan bersama Aina. Di kesempatan itu, Siti turut menyatakan hasrat untuk memiliki sebuah lagu yang dicipta oleh Aina.

“First time Kak Iti (Siti) bawakan lagu Aina. Dekat YouTube saya tadi, saya cakap dekat Aina, saya nak lagu dia untuk new album” ujar Siti

Teruja mendengar permintaan tersebut, Aina berkata dia berbesar hati untuk merealisasikannya tidak lama lagi.

“MasyaAllah, Insyallah thank you” balas Aina teruja

IKLAN

Siti Nurhaliza Minta Lagu Dari Aina Abdul Untuk Album COMING SOON!!! pic.twitter.com/BkKYMOegyP

— Siti Nurhaliza Fan Page (@ctaavideos) March 27, 2022

Untuk info, Aina telah diundang sebagai juri jemputan Big Stage 2022 bersama-sama Elly Mazlein yang memegang mandat Juri Pedas.

Big Stage 2022 telah menutup tirainya dengan menyaksikan penyanyi Elica muncul sebagai Juara menewaskan saingan terdekatnya, Danial Chuer. Dengan kemenangan tersebut, Elica berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: aina abdulDato Sri Siti Nurhaliza
Share1Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

Mahu Bersinar Jauh Sebagai Penyanyi Solo, Wafahish Muncul Dengan Single Ikatan Kita
Lokal

Mahu Bersinar Jauh Sebagai Penyanyi Solo, Wafahish Muncul Dengan Single Ikatan Kita

by A.Aided
June 20, 2022

Penyanyi yang juga anggota Bahiyya Haneesa, Wafahish kini tampil dengan single terbaru berjudul Ikatan Kita. Dengan kemunculan single pertama sebagai...

Read more
“Saya Sangat Teruja”- Diana Danielle Jadi Pilihan Calum Scott Untuk Berkolaborasi
Musik

“Saya Sangat Teruja”- Diana Danielle Jadi Pilihan Calum Scott Untuk Berkolaborasi

by Phic Arman
June 6, 2022

Penyanyi Britain, Calum Scott memberikan nafas baru pada lagunya, 'Heaven' dengan berkolaborasi dengan artis berbakat dari Asia Tenggara. Antara pemuzik...

Read more
Confirm ‘Mega’! Ziana Zain & Anuar Zain Bakal Disatukan Dalam Sebuah Konsert?
Lokal

Confirm ‘Mega’! Ziana Zain & Anuar Zain Bakal Disatukan Dalam Sebuah Konsert?

by Phic Arman
May 18, 2022

Peminat muzik tanahair pasti ternanti-nanti untuk menyaksikan gabungan dua suara emas pasangan adik-beradik Ziana Zain dan Anuar Zain. Sebelum ini...

Read more
Rakam Semula Lagu Raya Tahun 1995,  Achiks Ukays Akui Sebab & Menitiskan Air Mata
Musik

Rakam Semula Lagu Raya Tahun 1995, Achiks Ukays Akui Sebab & Menitiskan Air Mata

by Phic Arman
April 24, 2022

Apabila tiba saja musim perayaan, lagu–lagu hari raya aidilfitri pasti sudah berkumandang di corong – corong radio, di siaran televisyen,...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Chef Wan Setuju Ulasan Tan Sri Rafidah Aziz Persoal Kenaikkan Gaji Pengerusi FGV

  2. 2

    ‘Kau Pun Ada Special’-Netizen Simpati Dengan Luahan Hati Syafiq Yusof Puji Abangnya

  3. 3

    ‘Padu Weh Time Ending’- Artis & Peminat Puji Lakonan Zarina Zainoordin Dalam Mat Kilau

  4. 4

    “Batang Penyapu Ke B*b*!” – Ini Respond Sakinah Bila Dapat Komen Yang Mengarut Di Media Sosial

  5. 5

    Anak Azhar Sulaiman Sekali Lagi Dikritik Selepas Kongsi Video Seksi Di TikTok

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera