Sunday, January 29, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Gossip

Natasha Hudson Kembali Bergelar Isteri, Enggan Sensasikan Perkahwinan

Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya terdapat pihak yang cuba menjejaskan nama baiknya dan keluarga.

by Khai Azfar
March 29, 2022
129
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Natasha Hudson berkongsi khabar gembira apabila kembali bergelar isteri selepas selamat bernikah dengan jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Jay Jasmin.

Enggan Sensasikan Perkahwinan 

Difahamkan, pasangan itu sah disatukan sebagai suami isteri di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor hujung minggu lalu. Bagaimanapun, Natasha atau nama sebenarnya, Natasha Liana Hudson, 39, menerusi sebuah hantaran di Instastory mengharapkan agar perkahwinannya kali ini tidak cuba disensasikan pihak media.

“Doakanlah banyak-banyak buat kami dan sekeluarga hingga ke akhir hayat. Buat pihak media, tolong jangan keluar dengan tajuk laporan tidak betul demi menjual berita kalian.” tulis Natasha

Tegas pelakon ini, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat pihak yang cuba menjejaskan nama baiknya dan keluarga.

“Saya akan mengambil tindakan keras sekiranya kalian mencalarkan nama baik saya dan keluarga. Tak perlu tulis berapa banyak kali (saya sudah kahwin)

“Tolong tulis tajuk yang positif kalau kalian berniat nak tulis kerana saya tidak mahu sebarang publisiti murahan,” katanya

Mula Berkawan Rapat Setahun Lalu

Di kesempatan itu, Natasha turut berkongsi semula beberapa gambar yang dimuatnaik oleh rakan selebriti serta kenalan yang hadir ke majlis pernikahan mereka. Kedua-duanya dilihat sama cantik dan sama padan mengenakan baju sedondon berwarna peach sambil duduk bergambar di atas pelamin.

Difahamkan, pasangan itu dikatakan mula berkawan rapat sejak setahun lalu semasa Jay menyertai aktiviti luncur ombak di Langkawi, Kedah.

Sekadar info, Natasha bercerai dengan suami keempatnya, Noor Nashriq pada Oktober 2019 selepas setahun berkahwin. Bagaimanapun, mereka tidak mempunyai dikurniakan cahaya mata.

Pada 2018, Natasha mengumumkan perceraiannya dengan bekas suami, Carleed Khaza atau Khalid Kamal yang dinikahinya pada April 2012. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Naeema Kalila dan Faatimah. Natasha juga pernah berkahwin dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih pada 2006 namun hanya bertahan selama empat bulan.

Natasha terlebih dahulu berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan,Neesa Helena.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Natasha Hudsonnatasha hudson kahwinsuami natasha hudson
Share52Tweet32SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Aliff Syukri Kongsi Tips Membesarkan Kemaluan, Netizen Kritik- ‘Saya Tengok Video Ni Pulak Segan’
Gossip

Aliff Syukri Kongsi Tips Membesarkan Kemaluan, Netizen Kritik- ‘Saya Tengok Video Ni Pulak Segan’

by Naddy Joe
January 27, 2023
Aksi Syatilla Melvin ‘Terjah’ Sam Selepas Solat Cetus Kritikan Netizen?- “Solat Pun Buat Content?”
Gossip

Aksi Syatilla Melvin ‘Terjah’ Sam Selepas Solat Cetus Kritikan Netizen?- “Solat Pun Buat Content?”

by Naddy Joe
January 27, 2023
Anak Bekas Jurulatih Bola Sepak Tidak Sokong Perkahwinan Kedua?- “We Strongly Against It!”
Gossip

Anak Bekas Jurulatih Bola Sepak Tidak Sokong Perkahwinan Kedua?- “We Strongly Against It!”

by Mas Ayu
January 26, 2023
Puteri Aishah ‘Throwback’ Kenangan Bersama Arwah Bapa- ‘Rindu Ayah..’
Gossip

Puteri Aishah ‘Throwback’ Kenangan Bersama Arwah Bapa- ‘Rindu Ayah..’

by Naddy Joe
January 26, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen

  2. 2

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  3. 3

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  4. 4

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  5. 5

    Janna Nick Pertahan Diri, Komen Fahrin Ahmad Curi Perhatian!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan