Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Senarai Rancangan Menarik Sepanjang Ramadan Di TV AlHijrah

TV AlHijrah memilih tiga komponen utama sebagai fokus stesen ini

by Khai Azfar
March 30, 2022
32
KONGSIAN
Share on Facebook

Bersempena dengan Ramadan yang hampir tiba, TV AlHijrah memilih tiga komponen utama sebagai fokus stesen ini sepanjang menyambut bulan yang mulia dan Syawal 1443H akan datang.

Tampilkan Konsep Kongsi Rezeki 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, Kempen Ramadan dan Syawal 1443H di stesen berkonsepkan Islam ini mendokong tema Ramadan Diberkati, Syawal Dirai. Selain itu, konsep #KongsiRezeki diterapkan dalam semua fokus utama tersebut.

Inisiatif pertama adalah inisiatif teras yang menjadi denyut nadi stesen TV ini iaitu dua puluh rancangan istimewa pelbagai genre yang bakal disiarkan sepanjang Ramadan dan berbaki sembilan rancangan untuk Syawal.

  • Khatam Al- Quran Perdana,
  • Solat Tarawih Dari Mekah,
  • My #QuranHour Assalamualaikum Sahur,
  • Camca,
  • Saranghae,
  • Khilaf,
  • Ngaji On The Go Kids,
  • Moreh,
  • Cinta Ilmu Ramadan,
  • Ittabiouni,
  • Kaunter Netizen,
  • Majlis Ayah,
  • Senangnya Masak Bersama Ayam Perap Makmur Gold dan banyak lagi.

Susulan itu, Syawal akan diceriakan dengan sajian rancangan seperti :

  • Hijrah Berselawat Syawal,
  • Haflah Syawal,
  • Hijrahkan Laguku Reunion Raya,
  • Sitkom Tau Tau Dah Raya,
  • Wanita Syurga Raya,
  • Telefilem Syawal Yang Hilang Filem Indonesia berjudul Mars.

Namanzee berkata disamping program-program yang disiarkan di televisyen, TV AlHijrah turut melancarkan dua inisiatif lain untuk kempen ini iaitu inisiatif platform media digital dan Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Lancar Aplikasi 

Sebagai galakan kepada penonton setia stesen ini, TV AlHijrah memilih untuk membangunkan aplikasi telefon bimbit yang dikenali sebagai AlHijrah Apps (AH). Lebih 5000 rancangan keagamaan pelbagai genre boleh diakses pada bila-bila masa. Seluruh masyarakat boleh menuntut ilmu tanpa memikirkan batasan masa dan tempat.

Pengguna Android boleh ke Google Playstore manakala pengguna Apple boleh ke Apple Apps Store. Buat carian AlHijrah Media dan muat turun aplikasi AlHijrah Apps (AH).

Selain itu, fokus ketiga yang menjadi komponen kepada Kempen Ramadan dan Syawal TV AlHijrah adalah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) iaitu Hijrah Prihatin Skuad Bubur Lambuk 2022.

Bertemakan Dakwah Melalui Frontliner, penambahbaikan dilaksanakan pada tahun ini apabila 20 buah motosikal kuasa besar Harley Davidson akan turun padang ke Pahang dan Johor untuk menyantuni masyarakat setempat.

Malah, edaran bubur lambuk di lokasi Frontliner sekitar Lembah Klang juga masih diteruskan seperti tahun-tahun sebelum ini.

TV Al-Hijrah
https://lomp.at/gtwnv
Share13Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem