Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Saya Memang Minat Mengacara” – Wany Hasrita Teringin Jadi Pengacara Nona

Jelas Wany dia mengagumi dengan setiap hos yang pernah mengendalikan Nona.

by Khai Azfar
March 30, 2022
76
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sangka penyanyi popular Wany Hasrita memendam hasrat untuk bergelar sebagai seorang pengacara televisyen.

Impi Jadi Hos Nona

Menurut Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, dia akui meminati bidang itu dan bersyukur kerana diberikan peluang untuk mengacara sebuah program bual bicara pada Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. Malah, Wany juga mengimpikan untuk menjadi hos program bual bicara perihal wanita dan gaya hidup, Nona.

“Selain menyanyi, saya memang minat dalam bidang pengacaraan. Saya pernah mengacara beberapa program sebelum ini.

“Alhamdulillah, pada tahun ini, saya ada menerima tawaran untuk mengendalikan program bual bicara sepanjang Ramadan.

“Saya masih baru dalam bidang ini dan masih banyak yang perlu saya pelajari. Saya menanam impian untuk mengacarakan rancangan Nona.

“Mungkin perjalanan saya dalam bidang ini masih panjang, tapi tak salah untuk saya menyimpan cita-cita untuk menjadi hos program hebat seperti Nona. Insya-Allah, satu hari nanti,” katanya.

Jelas Wany, dia merupakan peminat setia program tersebut dan mengagumi dengan setiap hos yang pernah mengendalikan Nona.

“Saya memang peminat Nona dan semua pengacara yang mereka tampilkan mempunyai karisma.

“Seperti contoh, Amyra Rosli mempunyai keunikan dan saya suka menonton cara dia membawa program Nona. Begitu juga Mira Filzah yang mempunyai kelembutan tersendiri.

“Ada juga peminat yang mengatakan ciri-ciri kelembutan yang ada dalam diri saya sesuai untuk program ini, saya sendiri tak pasti.

“Tapi, menjadi seorang yang suka mencuba, saya sangat terbuka jika diberikan peluang, mungkin untuk mengendalikan segmen terlebih dahulu,” katanya lagi

Jadi Tetamu Khas Baloy

Wany ditemui Murai.my di majlis pelancaran Baloy Wholesale Mart Bandar Melaka pada Sabtu. Sekadar info, Baloy Wholesale Mart merupakan gudang borong barangan runcit harian dengan harga rendah yang kini dibuka di bandar Melaka.

Wany Hasrita Akui Rindu Tak Pernah Habis, Doa Tinggal Sebumbung Dengan Suami Jadi Harapan

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Baloy Sdn Bhd, Yen Chee Yong, Naib Presiden Baloy Sdn Bhd, Lee Wei Sheong dan Pemegang Lesen Baloy Wholesale Melaka, Dennis Yong dan Chan Chin Hwa. Selain Wany, selebriti seperti Ara Johari dan Issey Fazlisham turut diundang menyerikan lagi majlis.

Menumpukan untuk memberi perkhidmatan kepada peniaga kecil dan usahawan, Baloy Wholesale Mart Bandar Melaka turut mempunyai pusat khidmat pelanggan yang lengkap dengan kafe serta tersediah dengan lebih 1000 barangan dari pelbagai jenama terkenal.

Pihaknya juga akan membuka sebuah lagi Baloy Wholesale Mart di Bukit Rambai tahun ini sebelum Kuala Lumpur dan Pulau Pinang akan turut dibuka.

wany hasrita
https://lomp.at/4l5oi
Share30Tweet19SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem