Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Bekas Penyanyi Nasyid Popular Tanam Ganja Akan Didakwa Hari Ini!

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya pada jam 9 pagi

by Khai Azfar
March 31, 2022
foto via Hazreen Mohamad

foto via Hazreen Mohamad

49
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas seminggu ditahan reman bekas penyanyi nasyid dan komposer popular yang ditahan kerana memiliki dan menanam pokok ganja di kediamannya akan didakwa di Mahkamah Petaling Jaya, di sini pada hari ini.

Didakwa Jam 9 Pagi 

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pertuduhan di mahkamah dibuat selepas polis menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

“Kertas siasatan telah dilengkapkan dan TPR arah untuk tuduh di mahkamah.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya pada jam 9 pagi oleh pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya,” katanya kepada portal akhbar tersebut

Rampas 17 Pasu Pokok Ganja 

Untuk rekod, media melaporkan polis berjaya merampas 214 gram ketulan mampat ganja seberat 214 gram dan 17 pasu pokok ganja, yang dipercayai ditanam sejak dua bulan lalu dalam serbuan di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara, Petaling Jaya, Khamis lalu.

Hasil ujian saringan air kencing terhadap selebriti berusia 47 tahun itu juga didapati positif dadah jenis THC (ganja). Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menanam ganja terbabit untuk kegunaan sendiri selain telah terlibat dengan penagihan dadah sejak 10 tahun lalu.

Kes disiasat mengikut seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Ganjapenyanyi nasyid
https://lomp.at/hgo2c
Share20Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem