Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Wanita Ini Dapat RM7.4 Juta! Ada Apa?

Untuk mendaki kejayaan tersemat sebuah kisah yang meruntun hati.

by Khai Azfar
March 31, 2022
Share on Facebook

Ketika ini, di corong radio dan susur masa media sosial sering kedengaran mengenai iklan promosi produk kecantikan terkenal, Nurraysa.

Dapat RM7.4 Juta 

Di sebalik jenama tersebut, perhatian turut tertumpu kepada salah seorang usahawannya, Fatimah Zaharah Mohd Zahib yang berjaya meraih jualan sebanyak RM7.4 juta pada tahun lalu. Namun begitu, untuk mendaki kejayaan tersemat sebuah kisah yang meruntun hati.

Menjual bedak Arab suatu ketika dahulu, Fatimah akui pernah berputus asa pengeluaran pasaran bedak Arab tiruan dari China menyebabkan usaha jualannya mula merosot. Malah, pelbagai liku-liku hidup lain yang menerpa dalam hidupnya sebelum berada pada tahap sekarang.

“Saya berkahwin semasa tahun pertama pengajian di sebuah kolej di Kedah dalam bidang syariah sekitar 2010. Suami ketika itu belajar dalam bidang Tahfiz.

“Semasa belajar, kami terpaksa bersusah payah mencari duit poket meneruskan pengajian selain bantuan pinjaman pendidikan. Kami sendiri jana pendapatan dengan menjual mainan kanak-kanak selepas habis waktu kuliah.

“Selepas tamat belajar, saya dapat peluang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah. Tapi komitmen menjadi guru itu hanya sementara. Habis kontrak saya menjadi suri rumah sepenuh masa. Suami waktu itu pun sudah ada kerja dengan bergelar ustaz,” katanya.

Bagi Fatimah, dia percaya ujian dan liku-liku hidup mematangkan diri.

“Saya setuju kalau ada berpandangan golongan wanita ini susah sikit nak kenal erti putus asa. Kalau dia sudah mula buat sesuatu, usaha itu akan berterusan sampai nampak hasil.

“Ketika menjadi suri rumah, saya banyak berfikir sejenak dan cuba mencari ruang motivasi diri. Sampai bila nak mengharap duit daripada gaji suami. Peruntukan duit itu nak bayar ansuran kereta, rumah dan belanja harian.

“Kadang-kadang sampai tahap terpaksa catu duit belanja sementara menanti duit gaji suami masuk setiap hujung bulan. Malah terpaksa berhutang sebab berhijrah ke ibu kota KL. Mujur kami belum ada rezeki menimang anak, kalau tak tanggungan itu lagi berat,” katanya yang kini sudah kembali menetap di Terengganu.

Dapat Hadiah Kereta Dari Nurraysa

Nasib dan kehidupan Fatimah bagaimanapun berubah selepas menyertai pasukan perniagaan jenama kosmetik itu pada tahun 2015.

“Saya bermula sebagai dropship. Saya harus berterima kasih kepada jenama itu kerana menggalakkan orang ramai berniaga tanpa modal. Bukan itu sahaja jenama itu juga memudahkan peniaga kecil dengan menguruskan stok sehingga pengeposan. Malah mereka bimbing orang macam saya sampai berjaya. Selain itu, orang ramai tak perlu bimbang kerana kekurangan ilmu berniaga, pengasas dan pengedar lain juga menyediakan latihan untuk memudahkan orang lain memulakan langkah dalam perniagaan.

“Ogos tahun lalu dalam mendepani era pandemik COVID-19 boleh dikatakan kemuncak apabila saya berjaya mencapai RM1 Juta dalam tempoh sebulan. Jumlah jualan keseluruhan tahun 2021 juga mencatat angka RM7.4 Juta.

“Hasrat membantu suami pun tercapai kerana dia tidak bekerja lagi. Dia banyak menyokong serta membantu saya dari belakang. Saya juga berjaya memiliki kereta Toyota Alphard dan rumah idaman dengan pengubahsuaian ratusan ribu ringgit hasil 100 peratus duit berniaga dengan jenama itu,” katanya yang turut dihadiahkan Toyota Zellfire ZG bernilai RM330,000 secara percuma dari ibu pejabat Nurraysa.

Nurraysa
https://lomp.at/otc75
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

PMX Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-46, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
February 26, 2026

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan beliau bersama...

Read moreDetails
Foto - @koninklijkhuis (IG) / @leo.norqueen (IG) / @norwegianroyalfamily (IG)
Personaliti

Bakal Ratu Eropah Seterusnya, Ini 5 Pewaris Wanita Yang Bersedia Menaiki Tahkta

by Nurul A.
February 23, 2026

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Ratu Margrethe II dari Denmark merupakan satu-satunya pemerintah wanita dalam monarki Eropah. Namun dalam beberapa...

Read moreDetails
LifeXplore

Dulu Temani Kita Di Berita Malam, Kini Amin Hayat Bina Misi Baharu

by Phic ARMAN
January 4, 2026

MURAI percaya, ada suara yang tidak mudah dilupakan. Salah satunya ialah Amin Hayat Abd Rahim , figura yang sekian lama menemani rakyat...

Read moreDetails
Berita

Putera Mateen & Pengiran Anak Isteri Anisha Kongsi Wajah Puteri Sulung, Sangat Comel!

by Naddy Joe
February 12, 2026

Anakanda kepada Sultan Brunei, Paduka Seri Pangiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah mencuri...

Read moreDetails
Personaliti

YDPA Sultan Ibrahim Gering Akibat Kesakitan ‘Muscoluskeletal’

by Naddy Joe
February 27, 2026

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaporkan kini sedang gering akibat kesakitan muscoluskeletal yang melibatkan bahagian otot dan tulang belakang serta...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore