Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Shuib Gembira Impian Allahyarmah Siti Sarah Bantu Keluarga Rumah Terbakar Tercapai

Shuib dedah hasrat arwah isterinya bina kediaman baru untuk keluarga rumah terbakar berjaya direalisasikan

by Puteri Alia
March 31, 2022
Foto - Instagram @shuibsepahtu

Foto - Instagram @shuibsepahtu

Share on Facebook

Satu perkongsian di Instagram milik pelawak, pelakon dan usahawan, Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad mencuri tumpuan dan perhatian ramai di media sosialnya.

Gembira Dapat Realisasikan Hasrat Arwah Isteri

Menerusi perkongsian video imbas kembali (throwback) yang dimuatnaik di Instagram Shuib, pelawak dan usahawan Bubblebee ini berkongsi rasa gembira kerana akhirnya dapat tunaikan hasrat arwah isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah tercapai jua.

Dalam penulisan ringkas Shuib, berkat usaha bersama pasukan Bubblebee Malaysia akhirnya berjaya menyiapkan dua buah rumah yang musnah akibat kebakaran pada 13 Februari tahun lalu berjaya disiapkan hari ini.

Dedah usahawan ini lagi, sebenarnya arwah isterinya yang paling bersemangat ingin membantu dua keluarga yang hilang tempat tinggal selepas insiden tersebut berlaku.

“13 Februari 2021 #Throwback

Ibu lah yang paling semangat nak sangat bantu 2 keluarga ni untuk ada rumah baru. Allahamdulillah harini Daddy dan pasukan @bubblebeemalaysia_hq akan ke Bachok Kelantan untuk penyerahan kunci.

Terima kasih top management @bubblebeemalaysia_hq yang merealisasikan impian untuk melihat dua rumah ni dibangunkan.

“Ibu… Alhamdulillah, dah siap rumah nya sayang @sitisarahraissuddin” tulisnya

Foto – Instagram @shuibsepahtu

Netizen Banjiri Ruang Komen

Melihat perkongsian tersebut di Instagram Shuib, rata-rata ramai memberi komen meluahkan rasa terharu dan turut tumpang gembira atas kebaikan yang dilakukan arwah Siti Sarah dan menitipkan agar pahala berterusan mengalir untuk beliau.

“Sentiasa mengalir pahala arwah..”

“Alhamdulillah.. Subhanallah.. Banyaknya saham akhirat yang Almarhumah telah persiapkan. Al-fatihah”

“Alhamdulillah. Pahala sentiasa berjalan buat arwah Siti Sarah”

“Wanita berhati mulia.. Syurga tempat mu”

“Beruntung sentiasa ada pahala yang mengalir untuk arwah. Alhamdulillah.” komen mereka

Foto – Instagram @shuibsepahtu

Sekadar info, kebakaran yang berlaku pada 13 Februari 2021 lalu membabitkan dua rumah berhadapan Masjid Alor Bakat di Mahligai, Bachok, Kelantan.

[VIDEO] Nyanyian Talita Dikritik Netizen!-"Bakat Tidak Dapat Diwarisi, Tiada Aura Penyanyi?"

Insiden yang menimpa dua keluarga tersebut mendapat perhatian Shuib dan Allahyarhamah Siti Sarah tahun lalu, dan hari ini usahawan Bubblebee mendedahkan akan menyerah kunci rumah baru kepada dua keluarga berkenaan.

bubblebeeBubblebee MalaysiaShuib SepahtuSiti Sarah Raissuddin
https://lomp.at/neea9
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @ericjjlay (IG)
Asia

Eric Lay Akui Tertekan Lakon Babak Bogel Dalam ‘Kong Tao’

by Nurul A.
March 19, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai hari ini, 19 Mac 2026. Pasukan produksi...

Read moreDetails
Lokal

Firdaus Wong Bersuara Isu Adegan Ranjang Dalam Persembahan Teater-“Apakah Perlu Melakonkan Babak..”

by Naddy Joe
April 16, 2026

Pendakwah bebas, Firdaus Wong tampil bersuara terhadap isu adegan ranjang sebuah persembahan teater yang menyertai pertandingan Karnival Teater (KARVITER) di...

Read moreDetails
Berita

Nabila Huda Kesal Dengan Sikap Segelintir Netizen Yang Mengkritik-“Jangan Pernah Cari Salah Orang..”

by Naddy Joe
May 6, 2026

Pelakon, Nabila Huda meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang melemparkan kata-kata kritikan di media sosial . Nabila Huda...

Read moreDetails
Foto - MR D.I.Y.
Lokal

Alif Satar & The Locos Meriahkan Rumah Terbuka ‘Raya Sama Sama’ MR D.I.Y.

by Nurul A.
April 19, 2026

Apakah makna meraikan Raya Sama Sama? Bagi MR D.I.Y. Berhad, ia bermaksud menyatukan orang ramai untuk berkongsi kegembiraan di musim...

Read moreDetails
Spotlight

Reaksi Jejai Bila Ditanya Nak Kahwin Semula Dengan Nora Danish Buat Ramai Terkejut

by Phic ARMAN
April 24, 2026

Hubungan bekas suami isteri selalunya sinonim dengan drama atau dingin tanpa kata. Tapi lain pula cerita antara Nora Danish dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  3. 3

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  4. 4

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

  5. 5

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara