Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

by Ayu Kamaruddin
May 6, 2026
727
KONGSIAN
Share on Facebook

Isu mengenai MyKad baharu 2026 kini mula menjadi perhatian apabila kerajaan dijangka memperkenalkan versi terkini kad pengenalan pintar itu seawal Jun tahun ini.

Apa yang menarik, pembaharuan ini bukan sekadar perubahan rupa, tetapi turut melibatkan peningkatan dari segi teknologi dan keselamatan selari dengan keperluan digital masa kini. Namun persoalan yang mula bermain di fikiran ramai, adakah semua rakyat Malaysia wajib tukar MyKad?

MyKad Baharu: Apa Yang Perlu Anda Tahu

MyKad merupakan kad pengenalan pintar yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan menjadi dokumen identiti rasmi bagi warganegara berumur 12 tahun ke atas.

Kad ini dilengkapi cip yang menyimpan maklumat peribadi serta boleh digunakan untuk pelbagai urusan rasmi dan harian.

Menurut laporan New Straits Times, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa kerajaan sedang bersiap sedia melancarkan MyKad generasi baharu bermula Jun 2026.

Pada masa sama, sistem imigresen baharu iaitu National Integrated Immigration System (MyNIISe) turut dijangka diperkenalkan pada September 2026.

Youtube video

Lebih Moden, Lebih Selamat

MyKad versi baharu ini hadir dengan beberapa penambahbaikan utama:

  • Reka bentuk lebih moden dan kontemporari
  • Penggunaan bahan polikarbonat berkualiti tinggi
  • Ciri keselamatan tambahan bagi mencegah pemalsuan
  • Elemen pengesahan digital berlapis
  • Ketahanan kad yang lebih lama

Secara keseluruhan, ia mencerminkan evolusi kad pengenalan negara yang kini semakin selari dengan standard keselamatan global.

Topik Berkaitan SARA One-Off RM100 Mula Disalur Hari Ini, Lebih 22 Juta Rakyat Layak

Tak Wajib Tukar, Ini Penjelasan Penting

Walaupun pelancaran MyKad baharu ini mencuri perhatian, satu perkara penting yang perlu difahami, tidak semua rakyat diwajibkan menukar kad sedia ada.

Jika MyKad anda:

  • Masih dalam keadaan baik
  • Cip boleh dibaca
  • Tiada perubahan maklumat

Maka ia masih sah digunakan seperti biasa. Tiada keperluan untuk tergesa-gesa membuat pertukaran, selagi kad tersebut masih berfungsi dengan baik.

Bila Anda Perlu Tukar MyKad?

Pertukaran hanya diperlukan dalam situasi tertentu seperti:

  • MyKad rosak
  • MyKad hilang
  • Pertukaran alamat
  • Perubahan maklumat peribadi (nama atau agama)
  • Naik taraf daripada MyKid ke MyKad (umur 12 tahun)

Selain daripada situasi ini, orang ramai tidak perlu menukar kad kepada versi baharu buat masa ini.

Naik Taraf Sistem & Infrastruktur

Dalam masa yang sama, pindaan Akta Pendaftaran Negara turut diperkukuh dengan beberapa langkah penting seperti:

  • Kesiapsiagaan infrastruktur digital
  • Latihan pegawai
  • Audit berkala
  • Kerjasama dengan agensi penguatkuasaan

Bukan itu sahaja, pasport Malaysia juga akan melalui proses penambahbaikan dari segi keselamatan dan reka bentuk secara berperingkat melibatkan JPN dan Jabatan Imigresen.

Pelancaran MyKad baharu 2026 jelas menunjukkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh sistem identiti negara ke arah yang lebih moden dan selamat. Namun Murai perlu ingatkan akyat tidak perlu panik atau tergesa-gesa untuk menukar kad sedia ada, jika MyKad anda masih elok, anda masih “good to go”.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
MyKadPassport Malaysiapertukaran baharu
Share291Tweet182SendShare

KINI TRENDING

Foto - @@joejnas.wee7 (Threads)
Sosial Buzz

[VIDEO] Cirit Sepah Hingga Penganjur HYROX Tukar Karpet, Sikap ‘Selfish’ Atlet Buat Netizen Bengang

by Nurul A.
September 14, 2026

Pertandingan HYROX yang berlangsung di Beijing, China baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi. Semasa pertandingan berlangsung, seorang atlet wanita yang berasal...

Read moreDetails
Sosial Buzz

[VIDEO] Rakyat Malaysia Puji Founder Oriental Kopi Tangani Isu Menu Dalam Bahasa Melayu

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Isu penggunaan Bahasa Melayu dalam menu restoran bukan perkara baharu. Namun, cara sesebuah jenama menangani teguran pelanggan boleh menentukan bagaimana...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Pusara Bukan Props”- Netizen Tegur Trend Oversharing Kematian

by Phic ARMAN
September 14, 2026

Kebelakangan ini, semakin banyak perkongsian di media sosial yang memaparkan momen ketika seseorang kehilangan insan tersayang. Ada yang berkongsi gambar...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Lepas Tanam Baru Maklum”- Ahmad Fedri Yahya Tegur Kenyataan Netizen Tentang Kematian Suami

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi. Namun, dalam keadaan berduka, kehadiran keluarga dan sahabat handai juga boleh...

Read moreDetails
Kemalangan
Sosial Buzz

[VIDEO] Sempat Rakam Celoteh Anak Sebelum Kemalangan, Ibu Tak Sangka Jadi Kenyataan

by Nurul A.
October 8, 2026

Di platform TikTok, tular sebuah video mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Salatiga, Jawa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Bukan Setakat Beli Emas, Rakyat Malaysia Berpeluang Bawa Pulang Kereta Mewah BMW

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Beli emas, mana tahu rezeki pula bawa pulang BMW? Itulah antara perkara yang mungkin menarik perhatian rakyat Malaysia apabila Cindai...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Saya India, Ini Permintaan Yang Adil”- Netizen Puji Lelaki Tegur Bunyi Bising Kuil Di Sentul

by Phic ARMAN
September 21, 2026

Bila tinggal di kawasan perumahan, isu bunyi bising memang boleh jadi perkara sensitif. Lagi-lagi kalau bunyi tersebut berlarutan sehingga lewat...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Orang Pandang Serong, Diva M Pilih Balas Dengan Kebaikan

by Phic ARMAN
September 8, 2026

Bila nama seseorang sering dikaitkan dengan kontroversi dan kisah silam, mudah untuk kita membuat penilaian. Tapi, adakah masa lalu seseorang...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Jahatnya Kau…”- Netizen Pertahan Rider Dipersoal Guna Beg Syarikat Lain

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Pernah tak anda order makanan melalui satu aplikasi, tetapi yang sampai depan rumah ialah rider dengan beg daripada syarikat penghantaran...

Read moreDetails
Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara