Wednesday, June 7, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Teknologi

Jom Kumpul Pahala Ramadan! Aplikasi Marhaen.my Salur Bantuan Golongan Memerlukan

Platform ini dibangunkan secara kutipan derma atas talian

by Khai Azfar
March 31, 2022
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum ini oleh kerajaan ternyata memberikan kesan kepada ramai rakyat Malaysia terutama dalam sektor ekonomi.Banyak syarikat terpaksa gulung tikar sekaligus membuatkan segelintir rakyat menganggur dan mencari ikhtiar untuk meneruskan kehidupan.

Kutipan Derma Atas Talian 

Prihatin dengan masalah tersebut, sebuah syarikat tempatan tampil dengan inisiatif serta idea kreatif memperkenalkan aplikasi Marhaen.my. Platform ini dibangunkan secara kutipan derma atas talian bagi membantu rakyat Malaysia yang bergelut dari segi kewangan dan memerlukan bantuan makanan dengan segera.

Objektif platform ini adalah untuk membantu dan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan platform digital dan kemudahan menyampaikan dana, infaq, wakaf dan sumbangan secara atas talian. Di samping itu, Marhaen.my dapat memastikan capaian maklumat berkenaan sebarang kempen dan program yang dianjurkan oleh pertubuhan atau organisasi yang berdaftar dapat disalurkan secara telus kepada rakyat di setiap pelusuk tempat dalam negara ini.

Salur Bantuan Kepada Golongan Memerlukan 

Marhaen.my juga komited dan fokus dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan individu, secara terurus dan mudah di mana pemeriksaan latar belakang akan dilakukan bagi mengelakkan berlakunya penipuan.

Inisiatif ini juga menggalakkan orang ramai untuk terus memberi bantuan secara berterusan dan tidak terhad kepada satu kempen sahaja. Proses pemberian sumbangan kepada penerima bantuan dibuat secara mengintegrasikan fungsi pembayaran dalam talian (FPX). Pengguna aplikasi boleh memantau perkembangan sesuatu kempen yang dipilih dari semasa ke semasa sehingga berjaya.

Menariknya lagi, aplikasi ini akan terus memaparkan kempen kutipan derma yang masih aktif. Apabila kutipan derma berjaya dikumpulkan mengikut jumlah yang ditetapkan, bantuan tersebut akan terus diagihkan kepada golongan yang memerlukan mengikut kempen. Secara tidak langsung,
Marhaen.my menjadi sebuah platform yang dipercayai.

Aplikasi ini bukan sahaja dapat membantu masyarakat dari segi kewangan menerusi kempen derma orang ramai, malah bantuan bank makanan secara virtual turut disediakan. Orang ramai boleh menyumbang dengan memilih untuk menambah barang keperluan  di ruangan Gerobok Rezeki.

Selain itu, pemohon juga boleh memohon barangan keperluan tertentu seperti lampin bayi atau ubat-ubatan di aplikasi tersebut. Pihak Marhaen.my akan menguruskan barangan yang dimohon dan menguruskan penghantaran secara kurier kepada pemohon.

Platform ini turut bekerjasama dengan 24 badan-badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di seluruh Malaysia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER aplikasiMarhaen.my
Share6Tweet4SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

via Bonology
Lokal

Aplikasi Tukar Isteri Berleluasa? PU Syed Gesa Pihak Berkuasa Bendung Aktiviti Zina

by Puteri Alia
August 10, 2022
Teknologi

Bosan Terperap Di Rumah? Lihat Bagaimana Aplikasi ‘PLAY’ Boleh Membantu

by Phic ARMAN
February 4, 2021
Filem

Ini Cara Mudah Untuk Jadikan Netflix Anda Sepenuhnya Dalam Bahasa Melayu

by Phic ARMAN
September 2, 2020
Foto: APK Pure
Lebaran

Ini Dia Aplikasi Kad Dan Bingkai Gambar Raya Gempak 2019!

by Puteri Alia
May 21, 2019

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Anzalna & Afifah Bersuara Isu Bapa Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS

  2. 2

    Tidak Kisah Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Bakal Suami, Shila Amzah Terima Ubai Walaupun Gaji Bulanan Rendah!

  3. 3

    Penampilan Yasmin Hani Undang Pelbagai Reaksi Netizen?-“Untung Cameraman…”

  4. 4

    Karan Johar Mahu Aishwarya Rai Ganti Kajol Untuk Filem ‘Kabhi Khushi Khabhie Gham’ Tapi…

  5. 5

    Gara-gara Teruk Difitnah, Aqil Zulkiflee Akhirnya Menang Saman

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan