Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Isu Penangkapan Yasin Sulaiman Kerana Ganja, Syed Saddiq Tampil Bersuara!

Syed Saddiq akui kelulusan penggunaan ganja dalam bidang perubatan adalah bukan satu perkara mudah

by Naddy Joe
April 1, 2022
342
KONGSIAN
Share on Facebook

Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil bersuara selepas penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman menitipkan pesanan untuk menyegerakan kelulusan kanabis untuk perubatan di Parlimen.

Tidak Mahu Ulas Lebih Lanjut

Menerusi laman Facebook, Syed Saddiq menjelaskan bahawa dia tidak akan mengulas kes penggiat seni yang ditahan kerana dadah dan akan menyerahkannya kepada pihak mahkamah.

“Saya menerima satu laporan dan klip video tentang seorang penggiat seni yang ditahan kerana terlibat dalam aktiviti ganja dan dadah. Saya tidak akan mengulas berkenaan kes ini dan akan serahkan kepada pihak mahkamah dan peguam. Saya tidak mahu mengganggu perjalanan kes.”-Syed Saddiq

Akui Meluluskan Penggunaan Ganja Dalam Perubatan Bukan Perkara Mudah

Walaubagaimanapun, Syed Saddiq akui kelulusan penggunaan ganja dalam bidang perubatan adalah bukan satu perkara mudah namun dia tetap dengan pendiriannya dalam menggesa kerajaan untuk membenarkan penggunaan ganja dalam perubatan (medical cannabis).

“Saya cuma nak ulang pendirian saya dalam isu penggunaan ganja/ kanabis. Ini bukan satu perkara mudah tetapi saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk pastikan ada perkembangan yang baik.”-Syed Saddiq

Konsisten Menggesa Kerajaan

Tambahnya lagi, ketika menjadi menteri, beliau konsisten menggesa kerajaan untuk membenarkan penggunaan ganja dalam bidang perubatan (medical cannabis) malah menyatakan bahawa Kementerian Kesihatan di bawah bekas menteri, YB Dr Dzulkefly juga pernah mengeluarkan kenyataan mengenai kesediaan Kementerian untuk membuka ruang kajian perubatan kanabis di Malaysia.

“Sejak menjadi menteri pada 2018-2020, saya konsisten dalam menggesa kerajaan untuk membenarkan penggunaan ganja dalam bidang perubatan (medical cannabis).

Malah, Kementerian Kesihatan di bawah bekas menteri, YB Dr Dzulkefly pun ada keluarkan beberapa kenyataan tentang kesediaan MOH untuk membuka ruang kajian perubatan kanabis di Malaysia.

Ia juga disambut dan diteruskan dan diteruskan di bawah menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin sekarang.”-Jelas Syed Saddiq

Titip Doa Buat Yasin

Foto: Astro Awani

Melalui Instagram, Syed Saddiq turut menitipkan doa agar Yasin mendapat pembelaan yang terbaik di mahkamah malah menggesa pihak terlibat untuk tidak melayan mereka yang menggunakan kanabis perubatan sebagai penjenayah.

“Saya doakan saudara @yasinsulaiman dapat pembelaan yang terbaik di mahkamah. Jangan melayan mereka yang mengambil kanabis perubatan sebagai PENJENAYAH.”-Syed Saddiq

View this post on Instagram

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Dipetik dari laporan Utusan Nasional, penyanyi nasyid dan komposer Yasin Sulaiman dihadapkan ke mahkamah kerana disyaki mengusahakan ‘ladang mini’ tanaman ganja di kediamannya di Kota Damansara. Yasin didakwa mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Dadah berbahaya

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Gelagat Bella Astillah Kantoi VC Dengan Syed Saddiq, Raih Perhatian Ramai!
syed saddiqYasin Sulaiman
https://lomp.at/dqsoe
Share137Tweet86SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem