Sunday, April 2, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Ebit Lew Hadiahkan Kereta Perodua Bezza Pada Penjual Aiskrim

Kisah penjual aiskrim potong berniaga menjaga makcik OKU menaiki motor beroda tiga dapat perhatian pendakwah

by Puteri Alia
April 4, 2022
via Facebook Ebit Lew

via Facebook Ebit Lew

189
KONGSIAN
Share on Facebook

Pada akhir bulan Mac lalu tular sebuah video di TikTok di mana kelihatan pemandu motosikal beroda tiga menggunakan beg kecil bagi menahan sinar cahaya matahari pada wajah wanita berusia yang baring di dalam ruang tepi kenderaan tersebut di sekitar jambatan angkat di Terengganu. Ia sekaligus jadi tumpuan ramai.

Kuasa Viral

Difahamkan pemandu motosikal beroda tiga itu merupakan seorang penjual aiskrim potong dan kini menjaga ibu saudaranya yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU). Wanita tersebut sering membawa ibu saudaranya berniaga ke mana-mana sahaja dengan menaiki motosikal beroda tiga itu.

Video yang dikongsikan di Shiha Nizam di akaun TikToknya mendapat perhatian dan simpati orang ramai termasuklah pendakwah terkenal tanah air sendiri, Ebit Lew.

@shihanizam

Tolong sesiapa kenal please let me know! Tolong guna kuasa viral 🙏🏻🤲🏻 saya nak bantu dia dgn cara x seberapa saya.🥺😢#drawbrigeterengganu #kuikhlaskan #adwenfi #berandatiktok #foryoupage #fypシ

♬ Huwannur – SHOLAWAT MUSIC PRO

Hadiahkan Kereta Perodua Bezza

Menjengah di laman Facebook pendakwah terkenal itu, Ebit yang berasa sebak dengan kisah penjual aiskrim yang menjaga ibu saudaranya itu bertindak pantas menghulurkan bantuan dengan menghadiahkan sebuah kereta Perodua Bezza untuknya.

“Sebak syukur rasa pada 1 Ramadhan kami dapat hadiahkan kereta Perodua Bezza baru untuk akak yang viral kebaikannya menjaga makciknya sakit OKU dengan bawa berniaga ke mana-mana dalam motor roda tiga di Terenganu.” Tulisnya

Bayar Secara Tunai

Berdasarkan perkongsian Ebit di Facebook, pendakwah ini dedahkan beliau membawa penjual aiskrim bersama ibu saudaranya yang OKU untuk membeli kereta di Kuala Terengganu dan kenderaan tersebut dibayar secara tunai.

“Lepas subuh terus ke Terengganu. Sampai tadi akak ni terkejut dan gembira. Saya terus bawa kakak ni beli kereta dekat Perodua Kuala Terengganu. Baik layanan semuanya terus kami bayar tunai kereta ni untuk hadiah pada akak ni.” Tulisnya lagi

Dalam perkongsian tersebut Ebit juga menitip pesan bagi yang ingin memberi bantuan, orang ramai boleh berbuat demikian dengan membeli aiskrim potong dari wanita tersebut untuk sebarang program atau majlis berbuka puasa.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER Ebit Lew
Share76Tweet47SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

Ebit Lew Hadir Pengebumian Jenazah 4 Beradik Maut Kebakaran, Netizen Sebak!
Gossip

Ebit Lew Hadir Pengebumian Jenazah 4 Beradik Maut Kebakaran, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
March 31, 2023
Ebit Lew Beri Bantuan Kepada Mangsa Gempa Bumi Turki-Syria, Netizen Kongsi Rasa Kagum!
Gossip

Ebit Lew Beri Bantuan Kepada Mangsa Gempa Bumi Turki-Syria, Netizen Kongsi Rasa Kagum!

by Naddy Joe
February 16, 2023
Safiey Illias Beri Pesanan Buat Netizen Mengenai Isu Ebit Lew Dan PU Azman
Lokal

Safiey Illias Beri Pesanan Buat Netizen Mengenai Isu Ebit Lew Dan PU Azman

by Aphit J.
December 25, 2022
Sambut Ulang Tahun Kelahiran, Ebit Lew Rindu Arwah Ibu…
Selebriti

Sambut Ulang Tahun Kelahiran, Ebit Lew Rindu Arwah Ibu…

by A.Aided
December 22, 2022
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Mia Sara Disangka Kantoi Berparti & Tak Bertudung? Netizen Bimbang- “Sebab Tu Kena Hati-Hati Memilih Kawan”

  2. 2

    Zamarul Hisham Dedah Sikap Rita Nadira Ketika Digandingkan Dalam Telemovie ‘Saat Hilang Cintamu’

  3. 3

    Gambar Adik Neelofa Tersebar, Pemuda Indonesia Pasrah Dan Sanggup Terima Ameera Khan Jadi Isteri

  4. 4

    Mawar Rashid Umum Nama Terkini Anak Ketiga-“Ya Tukar Nama Sebab….”

  5. 5

    Puteri Sarah Mengaku Bahagia Dapat Cincin, Peminat Tak Sabar Tengok Naik Pelamin Kali Ke-2!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan