Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Teruk Dikecam Kerana Bertanyakan Soalan Kepada Madammu, Iqbal Akui Sedih Dengan Sikap Netizen

Iqbal turut meluahkan rasa sedih dengan sikap netizen seolah-olah dirinya tidak tahu menjaga batas dan menghormati orang lain.

by Naddy Joe
April 4, 2022
Share on Facebook

Usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli mendedahkan bahawa dia mendapat kecaman yang teruk oleh netizen selepas bertanyakan soalan kepada pengasas kosmetik Noir Health & Beauty, Eriyca Baiduri atau Madammu yang juga penaja utama Anugerah Juara Lagu k3-36 (AJL 36). Iqbal bertanya adakah pernah merasa bosan untuk memberi barangan berjenama mewah.

Beri Penjelasan Selepas teruk Dikecam

Menerusi Insta Stories, Iqbal memberi penjelasan sebabnya  bertanya soalan sedemikian adalah kerana dirinya sendiri rasa penat untuk membeli barangan jenama mewah meskipun dia mampu untuk membelinya.

“Saya kena kecam teruk tadi apabila bertanya soalan ‘Madam, madam pernah rasa bosan tak beli barang branded mahal-mahal, kasut, bag puluh-puluh ribu?

Kenapa saya tanya begini sebenarnya, sebab saya sendiri kadang rasa penat beli barangan mewah seharga begitu meskipun mampu.

Jadi kerana saya suka ikuti cara pembawaan Madam, saya pun teringin tahu. Sesetengah orang yang mampu, tidak pernah bosan beli barangan seharga begitu. Saya tidak tahu apa yang difaham netizen.”-Iqbal

“Sedih Netizen Fikir Seolah Saya Ini Tiada Didikan”

Tambahnya lagi, Iqbal akui terkejut membaca komen netizen yang memintanya untuk jangan mengganggu Madammu yang sudah berstatus isteri. Malah, Iqbal turut meluahkan rasa sedih dengan sikap netizen seolah-olah dirinya tidak tahu menjaga batas dan menghormati orang lain.

“Saya terkejut baca komen, ‘jangan kacau, Madam sudah kahwin’. Saya mengikuti live Facebook Madam sudah 4 tahun lepas dan Madam sentiasa jawab baik setiap pertanyaan saya.

Sedih netizen fikir seolah saya ini tiada didikan, tidak tahu batas dan menghormati orang”-Kongsi Iqbal

Sekadar info, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu merupakan pengasas produk kosmetik Noir Health & Beauty. Beliau juga menjadi penaja utama Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Mac 2022.

5 Pesanan Eriyca Baiduri Yang Semua Usahawan Wanita Kena Tahu- 'Jangan Syok Sendiri'
Ahmad Iqbal Zulkeflieriyca baidurimadammu
https://lomp.at/cw0y0
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara