Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Antarabangsa

Aksi Lady Gaga Bantu Pegang Gaun SZA Di Anugerah Grammy Dipuji Netizen

Aksi penyanyi legenda ini mendapat pujian ramai di media sosial

by Puteri Alia
April 4, 2022
via YouTube Recording Academy/Grammy

via YouTube Recording Academy/Grammy

345
KONGSIAN
Share on Facebook

Aksi penyanyi legenda popular, Lady Gaga bantu memegang gaun SZA yang berjalan menggunakan tongkat menuju ke pentas Anugerah Grammy 2022 menarik perhatian orang ramai.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan di YouTube rasmi Recording Academy/Grammy, Avril Lavigne sebagai hos mengumumkan kategori bagi Anugerah Persembahan Terbaik Pop Duo bagi tahun ini dimenangi oleh Doja Cat dan SZA bagi lagu Kiss Me More.

Lady Gaga Bantu Pegang Gaun SZA

SZA yang mendengar namanya dipanggil bagi anugerah tersebut, berjalan sambil menggunakan tongkat menuju ke pentas. Lady Gaga yang kebetulan duduk di depan pentas, bangun dan membantu SZA mengangkat gaun labuhnya sehingga sampai ke pentas.

YouTube video

Netizen Puji Aksi Lady Gaga

Melihat aksi yang dilakukan penyanyi legenda itu, mencuri perhatian ramai warganet di YouTube, rata-rata ramai yang memberi komen memuji dan menghargai perbuatan selebriti terkenal dunia tersebut.

“Boleh tak kita hargai kebaikan Lady Gaga. Dia seorang manusia yang merendah diri. Dan tahniah kepada Doja dan SZA.”

“Dia memang hebat, anda lihat cara dia layan Liza Minnelli di Oscar dengan penuh hormat kerana Minnelli adalah legenda dan sekarang kepada SZA di Grammy, perbuatan berkelas. Minggu terbaik untuk dia”

“Dia sentiasa baik pada semua orang” komen mereka

via YouTube Recording Academy/Grammy

Manakala di Twitter pula, MTV News berkongsi klip video aksi Lady Gaga mendapat perhatian ramai warga Twitter dan masing-masing memuji perbuatan penyanyi jelita itu di media sosial.

Legends supporting legends! @ladygaga held up @sza's dress as she made her way to the stage to accept the #GRAMMYs Award for Best Pop Duo/Group Performance pic.twitter.com/38tpZhjO64

— MTV NEWS (@MTVNEWS) April 4, 2022

“Mungkin saya minum terlalu banyak, kenapa ini menyebabkan saya rasa nak menangis?”

“Lady Gaga adalah bidadari yang kita semua perlukan”

“Dia sangat baik lakukan itu”

via Twitter

Untuk rekod, Lady Gaga bersama Tony Bennett menang bagi kategori Album Vokal Pop Tradisional Klasik bagi lagu Love For Sale pada malam Anugerah Grammy yang ke-64.

[VIDEO] Gelagat Peminat Dapat 'Sign' Lady Gaga Di Tepi Jalan Buatkan Ramai Cemburu-" Dia Punya Jerit Tu.."
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Anugerah Grammy 2022doja catlady gaga\SZA
https://lomp.at/470ik
Share138Tweet86SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem