Monday, June 27, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Filem

Dari Drama Hingga Konsert Dakwah! Jom Lihat Program-program Terbaharu Bersiaran Sepanjang Ramadan Ini Di RTM

by Phic Arman
April 5, 2022
Dari Drama Hingga Konsert Dakwah! Jom Lihat Program-program Terbaharu Bersiaran Sepanjang Ramadan Ini Di RTM
Share on Facebook

Keberkatan bulan Ramadan menjadi inspirasi kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi tagline “Berkat Ramadan” dalam mempromosikan program-program terbaharu bersiaran sepanjang Ramadan 1443H.

RTM menawarkan pilihan tayangan program-program terbaik dalam menghayati dan mengimarahkan bulan Ramadan menerusi tiga saluran utama TV1, TV2 dan TV Okey begitu juga program yang bersiaran menerusi 34 stesen radio RTM seluruh negara.

Saluran utama TV1 menyediakan pengisian program kerohanian dan keagamaan menerusi Tadarus Al-Quran, dua kali sehari iaitu pukul 12.30 tengah malam dan pukul 4.30 pagi dan kembali bersiaran Siaran Langsung Solat Sunat Tarawih Dari Mekah bersiaran pukul 2.00 pagi. Seterusnya RTM mengekalkan siaran program dokumentari “Syadahah” yang memasuki edisi ke-16, dengan menjanjikan pendekatan lebih segar dan dekat di hati seluruh rakyat Malaysia.

Mengangkat tema Hijrah: Pendekatan Kandungan Islamik dan Perspektif Komuniti Etnik Di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, ikuti siarannya mulai 3 April 2022, pukul 6.30 petang (siaran ulangan pukul 4.30 pagi) di TV1, pukul 8.30 malam (siaran ulangan pukul 1.30 tengahari) di Saluran Berita RTM dan pukul 9.30 malam di TV Okey.

Saksikan siaran langsung program bual bicara interaktif, “Borak Dulu Baru Buka #barakahnyadisini”, mulai 2 April 2022, pukul 7.00 petang sepanjang bulan Ramadan yang mengekalkan hos tetap Amin Idris disamping tetamu undangan yang menampilkan asatizah yang berkreadibiliti mengupas topik pilihan berkaitan Ramadan, motivasi, kerohanian dan kesihatan.

Dua drama bersiri terbaik mulai 3 April 2022 mengisi slot Widuri, “Aku Pilih Bahagia” (setiap hari, pukul 3.05 petang), dan slot Sitrus bertajuk “Kerana Hafsanya Cinta” (setiap hari kecuali Jumaat, pukul 12.05 tengah hari). Aku Pilih Bahagia lakonan Emma Maembong, Alvin Chong, Dato’ Fizz Fairuz, dan Bella Dally, mengisahkan watak tiga wanita yang berdepan masalah rumah tangga namun mereka nekad memulakan kehidupan baru.

Manakala konflik dalam Kerana Hafsanya Cinta pula kisah liku rumah tangga dihadapi Delaila (Mona Ellen) dan Ali Syukri (Azrel Ismail) yang bertemu kembali setelah 12 tahun terpisah.

Peminat Panggung RTM nantikan telefilem eksklusif disiarkan setiap Sabtu, pukul 9.00 malam iaitu 3 Hari (9 April), Doa Untuk Adik (19 April), 40 Hari (23 April) dan Rumah Di Hujung Jalan (30 April). Ikuti juga siaran program majalah motivasi mulai 2 April lalu iaitu Ar-Rayyan disiarkan setiap hari kecuali Jumaat, pukul 1.30 petang, dan Insyirah, Sabtu dan Ahad, pukul 2.00 petang yang membawa penonton membina kekuatan diri dalam kehidupan seharian.

Turut disediakan buat penonton cilik setiap Sabtu dan Ahad program Rehal Adik, pukul 4.05 petang diikuti majalah keibubapaan iaitu Budak Baru Belajar, pukul 4.30 petang.

IKLAN

Saluran TV2 melalui program terbitan Unit Hiburan TV pula menghadirkan persembahan dakwah dalam hiburan yang mendidik dan menyampaikan mesej kerohanian dibawakan dalam empat episod program Konsert Minggu Ini, Sabtu, pukul 9.00 malam yang menampilkan artis terkenal iaitu Inteam (9 April), Mirwana (16 April), dan Hafiz Hamidun (30 April).

Dakwah dalam hiburan secara santai diteruskan dengan program Ihya Ramadan mulai 9 April ini, setiap Sabtu, pukul 4.00 petang menampilkan artis Haqiem Rusli, Aris Ariwatan, Ernie Zakri, Lah Ahmad, Khai Bahar, Ustaz Don Daniyal, Wani Hasrita, Naim Daniel, Raihan dan Zizi Kirana. Bersama hos Nen Tebabo dalam program Ronda-Ronda Ramadan terbitan bersama Unit Hiburan TV dan Unit Majalah dan Dokumentari RTM mulai 4 April ini.

Isnin hingga Jumaat, pukul 6.30 petang menjelajah seluruh negara mencari makanan yang viral dan popular untuk berbuka puasa dan sahur. Turut diundang cef berkaliber dan artis jemputan pilihan. Santai bersama program sitkom Apartmen Putra mulai 16 April ini, Sabtu dan Ahad, pukul 6.00 petang lakonan Joey Daud, Syafie Naswip, Along Cham, Reen Rahim, dan Eric Fuzi. 13 episod program ini terbitan Unit Drama TV RTM.

Saksikan juga travelog Islamik, Musafir yang mengetengahkan Mawi sebagai hos sedang bersiaran Isnin hingga Sabtu, pukul 9.30 pagi diikuti tiga drama bersiri Leon Zalika, setiap hari, pukul 5.00 petang, Selumbar Kasih (sedang bersiaran setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 8.00 malam), dan Cerita Ramadan Hazim (mulai 3 April lalu, Isnin hingga Sabtu, pukul 9.00 pagi).

Sementara itu TV Okey menyantuni penonton setia salurannya dengan drama bersiri baharu 26 episod, Imamku Okey menggandingan pelakon utama Ashraf Muslim dan Sharifah Husna. Turut berlakon Ozlynn Wati, Didie Alias, Liza Abdullah dan Aidil Aziz. Drama menarik ini menemui penonton setiap Selasa hingga Sabtu, pukul 2.30 petang.

Menyusul program baharu iaitu majalah masakan, Dapur Latino mulai 4 April, Isnin hingga Rabu, pukul 11.30 pagi bersama hos Cef Nik Micheal memasak pelbagai jenis masakan Latin Amerika bersama personaliti tempatan. Program majalah Gaya Hidup pula disiarkan mulai 7 April, Khamis hingga Sabtu, pukul 11.30 pagi dimana Zizi Kirana bersama selebriti undangan berkongsi kisah dan pengalaman tentang karier juga persiapan awal Ramadan masing-masing juga saksikan program Masak Sana-Sini disiarkan setiap Sabtu hingga Selasa, pukul 4.30 petang menerokai pelbagai jenis masakan serata negeri bersama selebriti tempatan.

Saluran sama turut menyiarkan antaranya program majalah bual bicara Steady, Versus, Sinaran Rohani, Qudwah, Fresh Brew, Eksplorasa Thai Yogya, Risik-Risik Resipi Ramadan, dan Cuit-Cuit Che Ta.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: RTM
Share2Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

Luar Biasa! Kutipan Filem Mat Kilau Atasi Filem Jurrasic World & Top Gun Maverick?
Filem

Luar Biasa! Kutipan Filem Mat Kilau Atasi Filem Jurrasic World & Top Gun Maverick?

by Naddy Joe
June 27, 2022

Pengarah filem dan pelakon, Syamsul Yusof menitipkan rasa syukur apabila filem arahannya, Mat Kilau telah berjaya atasi kutipan beberapa filem...

Read more
[REVIEW] Ejen Ali Musim 3 Menampilkan Animasi Yang Lebih Gempak!
Filem

[REVIEW] Ejen Ali Musim 3 Menampilkan Animasi Yang Lebih Gempak!

by Hakim Faz
June 23, 2022

Baru-baru ini, kami di Murai.my berkesempatan untuk menghadiri tayangan eksklusif dua episod pertama Ejen Ali musim ke-tiga terbitan PrimeWorks Studios...

Read more
Jom Intai Senarai Rancangan Menarik di iQiyi Untuk Ditonton Pada Hari Bapa Ini
Filem

Jom Intai Senarai Rancangan Menarik di iQiyi Untuk Ditonton Pada Hari Bapa Ini

by Aphit J.
June 19, 2022

Menjelang Hari Bapa yang semakin hampir, rakyat Malaysia pastinya akan memikirkan hadiah yang sesuai dan iQiyi semestinya pilihan terbaik pada...

Read more
Harith Iskander Ulas Babak LGBT Dalam Filem ‘Lightyear’ Yang Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia
Antarabangsa

Harith Iskander Ulas Babak LGBT Dalam Filem ‘Lightyear’ Yang Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia

by Hakim Faz
June 15, 2022

Baru-baru ini, filem 'Lightyear' yang dihasilkan oleh Disney menjadi topik perbualan netizen kerana tidak benar ditayangkan di 14 buah negara...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ismail Leon Persoal Di Mana Bapa, Ini Penjelasan Rihana Oksana Petra

  2. 2

    ‘Gambar 4 Tu’ – Netizen Terkejut Lihat Saiz Pinggang Aina Abdul?

  3. 3

    “Batang Penyapu Ke B*b*!” – Ini Respond Sakinah Bila Dapat Komen Yang Mengarut Di Media Sosial

  4. 4

    “Rasa Nak Pengsan Jap Masa Tu”- Lisa Surihani Kongsi Momen Pertama Kali Bertemu Nora Ariffin

  5. 5

    “Nak Sangat Aku Serang Kau Ke!”-Zarina Zainuddin Berang Netizen Ini Persoal Gaya Tudungnya

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera