Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

Netizen Bangga Siti Norhaliza Tersenarai Dalam Top 100 Most Awarded Musicians Of All-Time

Netizen bangga melihat nama penyanyi nombor satu negara turut tersenarai dalam senarai tersebut

by Puteri Alia
April 6, 2022
via Twitter / (IG) Datuk Seri Siti Nurhaliza

via Twitter / (IG) Datuk Seri Siti Nurhaliza

220
KONGSIAN
Share on Facebook

Trending di media sosial apabila akaun Twitter The Artist Museum, mengeluarkan senarai Top 100 Most Awarded Musicians All-Time menjadi bualan hangat warga Twitter.

Melihat senarai yang dikeluarkan itu, banyak nama-nama selebriti terkenal dunia tersenarai sebagai artis yang banyak menerima anugerah sepanjang zaman.

Siti Nurhaliza Duduki Tangga Ke-27 Dengan 329 Anugerah

Dan ini termasuklah nama penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berada ditangga ke-27 dalam carta top 100 ahli muzik yang terima anugerah sepanjang zaman.

Siti Nurhaliza memiliki 329 anugerah sepanjang bergelar penyanyi, jumlah anugerah yang dimiliki sekaligus mengalahkan nama-nama besar seperti Justin Timberlake, Usher, Nicki Minaj, Katy Perry, Jolin Tsai, Celine Dion dan ramai lagi.

https://twitter.com/TheArtistMuseum/status/1511376585848684544

Netizen Bangga Dengan Siti Nurhaliza

Melihat senarai nama penyanyi nombor satu Malaysia tersenarai di dalam carta tersebut, ramai warga Twitter memuji Siti Nurhaliza dengan memuatnaik ciapan mereka di Twitter.

“Siti Nurhaliza terima anugerah Penyanyi Wanita Paling Popular disini semenjak debut pada 96, kemudian 97, 98, 99, 00, 01, 02, 03, 04, 05, 06, 07, 08, 09 dan akhirnya mengundur diri.”

“Siti Nurhaliza kalahkan JT, Bruno, Celine, Jennifer, Twice, lain-lain tanpa promosi seluruh dunia. Impak dia”

“Ya!!! Siti Nurhaliza Artis No 1 di Malaysia. Bangga dengan anda”

“Kejap! Siti Nurhaliza??!!! Wow” ciap mereka

via Twitter

Untuk rekod, melihat senarai yang dikeluarkan itu tempat pertama dimiliki oleh raja pop, Michael Jackson dengan jumlah anugerah yang dimiliki sebanyak 1003.

Manakala tempat kedua diduduki oleh Beyonce dengan jumlah anugerah sebanyak 896 dan tempat ketiga diduduki oleh Taylor Swift dengan jumlah anugerah sebanyak 867.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Senyuman Siti Nurhaliza & Maya Karin, Curi Tumpuan Ramai!
siti nurhalizaTop 100 Most Awarded Musicians All-Time
https://lomp.at/gf9ws
Share88Tweet55SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem