Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Jangan Ingat Dera Kucing Takde Akta”- Janna Nick Berang Kucing Peliharaan Didera Oleh Jiran

Janna menyatakan bahawa dia bakal melakukan aduan kepada pihak berkuasa berhubung isu penderaan yang berlaku pada kucingnya.

by Naddy Joe
April 7, 2022
Share on Facebook

Pelakon, penyanyi dan pengacara Janna Nick meluahkan rasa berang selepas mengetahui kucing peliharannya telah didera oleh jiran rumah sehingga menyebabkan kecederaan pada badan kucingnya itu.

Pernah Ugut Mahu Sembelih Kucingnya

Menerusi hantaran di Instagram, Janna turut mendedahkan bahawa jiran rumahnya itu turut menggugut untuk menyembelih kucingnya malah kucingnya juga pernah disimbah air sebelum ini.

“Tak fahamlah aku macam mana ada jiran macam ni. Saya kan jarang ada kat rumah. Jadi saya rasa kucing ni selalu pergi rumah dia. Tu yang dia nak warning. Dulu dia pernah simbah air dekat kucing saya sampai basah. Tapi kalau basah air tu kita faham, kalau sampai kau pergi cabut bulu kucing saya tu dah kenapa?”-Janna Nick

Bakal Lakukan Aduan

Tambahnya lagi, Janna menyatakan bahawa dia bakal melakukan aduan kepada pihak berkuasa berhubung isu penderaan yang berlaku pada kucingnya. Malah, warganet turut tampil berkongsi pautan di Instagram untuk melakukan aduan buat Janna.

“Jangan ingat bunuh/dera kucing takde akta dalam dunia ni. Jangan jadi bodoh.”-Janna Nick

Di akhir perkongsian di Instagram, Janna turut menitipkan harapan agar individu yang terlibat dalam mendera kucing peliharaannya agar diberi hukuman yang setimpal oleh Tuhan. Selain itu, dia turut mempersoalkan bagaimana manusia masih boleh bersikap kejam terhadap binatang comel sebegitu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
janna nick
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara