• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella & Netizen Luah Rasa Tak Puas Hati

by Zaidin Albert
April 8, 2022
Share on Facebook

Isu berkaitan adik Bella terhadap kes penderaan yang dialaminya terus hangat diperkatakan sejak beberapa hari ini. Menurut tinjauan kami di laman twitter, tanda pagar #justiceforbella kembali menjadi trending nombor satu.

Ia bermula selepas seorang pengguna twitter dengan menggunakan nama Bomoh Bursa berkongsi sebuah catatan tentang pengalamannya berada di Mahkamah mendengar kes penderaan Bella. Beberapa fakta baru terungkap yang mengejutkan ramai orang.

  1. Tiada Liputan Media: Menurut pengguna twitter ini yang menggelarkan diri dengan nama ‘Tok’ menulis, tiada media yang hadir ketika perbicaraan dan tiada media yang membuat liputan.
  2. Di dera dalam jangka masa yang lama: Dalam hantarannya itu juga menulis,  saksi ke 2,3,4 ialah doktor-doktor pakar yang merawat Bella mengesahkan Bella telah didera dalam jangka masa yang lama. Ada parut dan luka lama akibat disimbah air panas, ada juga luka dan parut akibat ditekap dengan alat panas seperti seterika. Luka kepala disiram air panas.  Lebam pada tubuh disebabkan disepak atau dipijak. Bella ada kecederaan kerana mungkin dipijak orang bertubuh besar. Kecederaan Bella yang tidak dirawat menyebabkan terkena jangkitan dan setelah sembuh terdapat parut yang sangat mengerikan.
  3. Bella Mengalami Trauma yang dahsyat: Tambahnya lafi, salah seorang doktor telah mengesahkan yang Bella telah mengalami trauma yang sangat dahsyat termasuk mentalnya. Bella akan mengalami mimpi-mimpi ngeri didera yang tidak diketahui bila akan hilang.
  4. Mangsa Menggelupur Kesakitan: Ketika perbicaraan, pengadu utama dan juga saksi utama iaitu Yasmin atau SP 5 telah memberikan keterangan bahawa OKT mengarahkan beliau untuk memegang Mangsa dan kemudiannya OKT akan simbahkan air yang panas menggunakan cawan plastik IKEA pada badan Mangsa.
  5. Mangsa terus menggelupur dalam kesakitan. SP 5 kemudian menambah, bahawa OKT telah melakukan tindakan yang sama tersebut melebihi lima (5) kali terhadap Mangsa dan setiap kali perbuatan tersebut dilakukan, SP 5 telah dipaksa untuk memegang Mangsa. Pernah SB suruh SP 5, bersama beberapa anak-anak jagaan OKT yang lain untuk mengikat Mangsa. Setelah itu, OKT akan menolak Mangsa menyebabkan Mangsa jatuh dan kemudian SP 5 dan anak-anak yang lain disuruh untuk mengangkat semula Mangsa dan OKT kemudiannya bertindak untuk simbah air panas pada badan Mangsa.
  6. Mangsa telah diikat tangan dan kaki didalam tandas: SP 5 kemudiannya menyatakan terdapat 1 hari kejadian dimana Mangsa telah diikat tangan dan kaki didalam tandas. OKT telah bertindak memandikan Mangsa dengan air yang telah dipanaskan ‘heater’ dan kemudian OKT akan mengarahkan SP 5 untuk mengambil air panas ‘cuckoo’ untuk diberikan kepada OKT dan kemudian OKT akan simbah lagi pada badan Mangsa.
  7. Mangsa Dibogelkan: Mangsa dibogelkan dan menggelupur lemah, minta tolong dan keletihan. Tertuduh larang orang lain tolong mangsa.
  8. Badan Mangsa berbau busuk: SP 5 turut menyatakan bahawa badan Mangsa berbau busuk akibat daripada kesan dan luka-luka yang telah bernanah sehinggakan jikalau Mangsa ditempatkan didalam bilik, seluruh bilik tersebut boleh dipenuhi dengan bau Mangsa.
  9. Dipaksa Makan Cili: Antara kejadian lain yang berlaku pada Mangsa melibatkan Cili. SP 5 menyatakan OKT telah memaksa Mangsa untuk memakan sebanyak dua puluh (20) biji cili yang telah dihancurkan. Kemudian OKT sendiri telah menyuapkan pada Mangsa cili-cili hancur tersebut. Andai Mangsa enggan, OKT akan tonyoh pada mata Mangsa. Mangsa juga pernah memakan makanan yang telah dicampur gaul dengan sisa makanan penghuni lain dalam premis tersebut.
  10. Mangsa Dipaksa Makan Najis: Kemudian terdapat kejadian lain yang berlaku pada Mangsa melibatkan najis, Mangsa pernah terberak di ‘laundry’ dalam premis. OKT telah memarahi Mangsa dan kemudian OKT telah menyuruh Mangsa mengutip semula najis tersebut dan kemudian OKT telah memaksa Mangsa makan. Kemudian apabila Mangsa telah termuntah akibat memakan najis tersebut OKT akan menyuruh lagi Mangsa untuk memakan muntah beliau digaul bersama dengan najis sehingga habis.
Kereta Nissan Skyline R34 Milik Isteri Alif Irfan Jadi Hadiah Cabutan Bertuah Paling “Gila” Tahun Ini!

Menurut tinjauan kami menerusi laman twitter, ada di antara mereka yang tidak berpuas hati kerana terhadap pengasas Rumah Bonda yang masih lagi terlepas dari hukuman. Ini kerana, mereka mahu pengasas Rumah Bonda ditahan kerana disyaki mendera adik Bella.

Isu ini turut mendapat perhatian pelakon dan pengacara popular, Nabila Huda di laman twitter peribadinya.

Kes Adik Bella Masih Dalam Siasatan

Terdahulu, Adik Bella yang mengalami sindrom Down berusia 14 tahun  dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu kota. Kisah menyayat hati itu mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib Bella sehingga trending tanda pagar #JusticeFOrBella di twitter. Sementara itu, sebuah petisyen

bellapeguam siti bainunsiti bainun
https://lomp.at/p9hb2
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

FAKTA

Faliq & Chryseis Tan Nikah Februari Ini, Netizen Persoalkan Status Agama

by Zaidin Albert
January 4, 2018

'Kalau dah jodoh tak kemana’, seperti pasangan sepadan ini yang memutuskan untuk melangsungkan pernikahan pada bulan Februari ini. https://www.instagram.com/p/BdY3-4XjzKq/?taken-by=chrystan_x Menerusi...

Read moreDetails
FAKTA

Suami Dibunuh Kejam Komunis, Ini Kisah Sebenar Mangkuk Tingkat Mak Teh

by Khai Azfar
May 10, 2021

Selain himpunan lagu-lagu raya dimainkan di corong radio, iklan raya yang dihasilkan oleh pelbagai penggiat industri juga antara dinanti-nantikan saban...

Read moreDetails
FAKTA

6 Fakta Menarik ‘Mall’ Terbaru LaLaport BBCC, Dulu Merupakan Tapak Penjara Pudu

by Phic ARMAN
January 20, 2022

Generasi sekarang mungkin tidak tahu Bukit Bintang City Centre (BBC) atau kini berdiri megah pusat membeli-belah terbaru LaLaport BBCC sebenarnya...

Read moreDetails
FAKTA

Berhantu? Ini Senarai Tempat ‘Keras’ Yang Ada Di Malaysia

by Jash Lee
August 15, 2020

Anda pernah dengar filem mistik yang bertajuk 'Bangunan'? Jom kita tengok bagaimana filem ini dirakam dan misteri tempat yang dikosongkan...

Read moreDetails
FAKTA

Selepas ‘Kardashians Kelantan’, ‘The Azmin’Pula Jadi Tumpuan Netizen

by Khai Azfar
July 16, 2021

Sejak minggu lalu, anak-anak kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi tumpuan warganet berikutan salah seorang daripadanya menafikan bahawa mereka...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    [VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore