• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

“Kita Akan Terbuang Di Mata Manusia”- Rozita Ibrahim Kongsi Tip Berjaya Dalam Perniagaan

Perkongsian usahawan kosmetik ini beri inspirasi kepada orang ramai

by Puteri Alia
April 8, 2022
via (IG) Bonda Rozita Ibrahim

via (IG) Bonda Rozita Ibrahim

Share on Facebook

Satu perkongsian di Instagram milik pengasas usahawan kosmetik Sendayu Tinggi dan Jamu Ratu Malaya, Rozita Ibrahim atau lebih mesra disapa sebagai Bonda Rozita menarik perhatian ramai di media sosialnya.

Kongsi Madah Motivasi

Dalam muatnaik terkini beliau, Bonda Rozita menitipkan perkongsian kata-kata motivasi sebagai seorang usahawan di Instagram nya. Menurut Bonda, untuk menjadi usahawan mereka perlukan jiwa yang kuat untuk bertahan.

Selain itu, usahawan kosmetik ini juga mengatakan sebagai seorang peniaga mereka juga perlu ada dua perkara penting untuk berjaya.

“Niaga ni kalau tak tahan, jiwa tak kebal, usahkan nak tengok duit RM10k – RM100 pun belum tentu dapat.. !! Benda paling susah ialah mencari kejayaan – Kejayaan ada 2 – Material dan spiritual… !!

Material sudut pandangan bonda ialah status dan ekonomi, dari segi spiritual pula ialah iman, adab dan akhlak – Sabar pun ada 2 perkara – Sabar dengan diri sendiri atau sabar dengan orang lain.

Pencarian 2 perkara ini akan jumpa kesakitan – Marah dengan orang dan memberontak dengan diri sendiri yang tak boleh nak lepas “Sukar dan sakitnya bila buat niat untuk redha Allah”

Sebenarnya mencari redha Allah tu sangat perit sakit “Kita akan terbuang di mata manusia”.. Kita memerangi diri sendiri..!!” tulisnya

via (IG) Bonda Rozita Ibrahim

Netizen Terkesan Dengan Penulisan Bonda

Penulisan usahawan kosmetik ini mendapat tumpuan ramai dan rata-rata netizen memberi komen mengagumi perkongsian Bonda Rozita serta membuatkan mereka terinspirasi untuk berjaya seperti beliau juga.

“Saya kagum penulisan dan perkongsian dari bonda. Sangat bermanfaat.”

“Terima kasih bonda untuk setiap nasihat yang bonda kongsi dengan kami”

“Alhamdulillah.. Moga terus jadi inspirasi buat usahawan lain” komen mereka

via (IG) Bonda Rozita Ibrahim

Untuk rekod, Bonda Rozita Ibrahim telah berkecimpung dalam dunia perniagaan herba tradisional sejak dari tahun 1997 dan masih meneruskan perniagaannya sehingga hari ini.

Sebagai pengasas Sendayu Tinggi dan Jamu Ratu Malaya, perkongsian beliau sering memberi inspirasi kepada ramai wanita yang ingin menjadi ahli perniagaan yang berjaya sepertinya.

rozita ibrahim
https://lomp.at/j5b95
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Personaliti

Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

by Phic ARMAN
August 1, 2025

Bila bercakap pasal kerabat diraja, selalunya yang kita nampak sekarang adalah sisi moden, elegan dan penuh protokol. Tapi baru-baru ini,...

Read moreDetails
Inspirasi

8 Selebriti Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Sudah Memeluk Agama Islam?

by Ayden Mikhael
May 5, 2019

Baru-baru ini, dunia hiburan tanah air digemparkan dengan pengakuan daripada penerbit serta pengarah terkenal, Michael Ang yang dikatakan sudah setahun...

Read moreDetails
Inspirasi

[GAMBAR] Kacak & Jelita! Kenali Abang Ummi Nazeera, Dato Nazreem Musa

by Khai Azfar
July 6, 2018

Jika kita bercakap mengenai pelakon Ummi Nazeera tak dinafikan dia sememangnya cantik dengan gayanya tersendiri! Namun suka untuk kami 'siasat'...

Read moreDetails
Inspirasi

Selepas 9 Tahun, Akhirnya Siti Nordiana Bersedia Dedah Punca Penceraian

by Phic ARMAN
September 10, 2018

Bekas juara Gegar Vaganza musim ke-2, Siti Nordiana kini sudah bersedia untuk berkongsi kebenaran di sebalik krisis rumah tangga sehingga...

Read moreDetails
Personaliti

Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

by Phic ARMAN
March 7, 2023

Baru-baru ini di laman TikTok, MURAI MY tertarik melihat video yang dimuatnaik oleh Dato’ Mohd Nazifuddin Najib atau lebih mesra...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore