Pavilion REIT Malls teruja mengalu-alukan kehadiran pengunjung untuk menyambut Hari Raya dengan pengalaman membeli-belah pada musim perayaan, meraikan majlis buka puasa, saat yang menyeronokkan serta ganjaran menarik yang menanti.
Pavilion KL meraikan Aidilfitri dengan ‘Eid In Harmony’, pameran silang budaya antarabangsa dengan kerjasama Kedutaan Iran; ‘Meriah Raya’ di Intermark Mall yang menjemput pembeli-belah menikmati seni permainan bayang-bayang dengan Wayang Kulit tradisional Malaysia sambil mengimbau nostalgia permainan kanak-kanak Malaysia; manakala di Da Men USJ pula, pembeli akan dibawa pulang ke `90 an Malaysia dengan ‘Bestnya Raya!’, meraikan batik Malaysia dalam gaya retro yang ikonik!
Selepas mempamerkan produk asli Iran di samping aktiviti interaktif di Centre Court, Pavilion KL bersempena sambutan Tahun Baru Parsi dari 2 – 7 April yang lepas, Pavilion KL kini berubah wajah bagi meraikan sambutan Hari Raya yang dinanti-nantikan, mempamerkan budaya Malaysia dan Iran menerusi dekorasi perayaan, hadiah, aktiviti, dan pengalaman membeli-belah sehingga 16 Mei.
Pavilion KL turut berbangga dapat bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Kraftangan Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam mempersembahkan kraftangan, seni dan budaya Malaysia yang menakjubkan, di samping mempromosikan seni ketukangan tempatan Malaysia di ‘Eid in Harmony’ Marketplace.
Untuk pengalaman membeli-belah unik di Centre Court, pembeli-belah boleh memilih mana-mana hadiah dan cenderahati Hari Raya daripada pelbagai hasil kraftangan Malaysia dan Iran yang dijual. Terdapat banyak aktiviti mengasyikkan untuk disertai pembeli-belah, antaranya demonstrasi tenunan permaidani Parsi secara langsung yang pertama di Malaysia, bengkel penganamelan kraftangan tembaga, serta persembahan muzik dan tarian daripada kedua-dua budaya.
‘Eid In Harmony’ telah dilancarkan secara rasmi semalam oleh Tetamu Kehormat Datuk Saraya Arbi, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan; bersama H.E. Ali Asghar Mohammadi, Duta Besar Iran ke Malaysia; Dato’ Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan, Pavilion KL; Encik Khairul Azmir Ahmad, Pengarah Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, DBKL; dan Encik B. Ravintharan, Ketua Kad, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Kumpulan Maybank. Selepas pelancaran tersebut, tetamu dihidangkan dengan Pertunjukan Fesyen Islam Malaysia penuh warna warni oleh Yayasan Tuanku Nur Zahirah dan kemudiannya lawatan eksklusif ke gerai-gerai ‘Eid in Harmony.
Tawaran Dan Ganjaran
Pelbagai juadah perayaan dan pengalaman membeli-belah menanti di Pavilion KL sempena musim perayaan ini. Dapatkan baju Raya bergaya idaman anda di Variante, padankan dengan tudung menawan dari Arzu, dan dapatkan wangian khas anda dari Arabian Oud. Untuk menghiburkan hati anda, saksikan filem blockbuster terbaharu di Dadi Cinema, kemudian lengkapkan hari anda dengan hidangan berbuka puasa Timur Tengah yang lazat di Restoran Al Halabi Gourmet dan kunjungi kafe terbaharu Pavilion KL The Coffee Academïcs untuk kopi dan pencuci mulut.
Dapatkan ganjaran apabila anda membeli-belah pada musim perayaan ini! Dengan perbelanjaan minimum RM150 (atau RM100 dengan Kad Kredit atau Caj Maybank), pembeli akan menerima sampul Raya eksklusif yang diilhamkan daripada motif seni bina Iran dan Malaysia.
Baucar makan RM20 percuma juga turut diberikan untuk perbelanjaan minimum RM200, dan dengan perbelanjaan minimum RM300, pembeli-belah akan menerima set peralatan mandian dan set hadiah. Dengan Maybank sebagai rakan kongsi perbankan rasmi Pavilion KL untuk tahun 2022, pemegang kad akan menerima 1 Set Kelengkapan Makan Corelle Livingware percuma dengan pembelian RM1,000 dalam satu resit serta Vision Casserole Dish dengan setiap pembelian RM2,000.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.