Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Saya Tak Seharusnya Buat Kenyataan Kerana…”- Ras Adiba Komen Isu Penderaan Bella

Ras Adiba menyatakan bahawa dia mengikuti kes adik Bella secara dekat walau secara peribadinya tidak hari ke perbicaraan tersebut. 

by Naddy Joe
April 11, 2022
Share on Facebook

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang mewakili OKU di Malaysia tampil bersuara terhadap kes adik Bella  yang mengalami sindrom Dpwn berusia 14 tahun dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu kota.

Ikuti Kes Bella Walaupun Tidak Hadir Perbicaraan

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Instagram, Ras Adiba menyatakan bahawa dia mengikuti kes adik Bella secara dekat walau secara peribadinya tidak hari ke perbicaraan tersebut.

“Saya ingin menyatakan bahawa saya telah mengikuti kes beliau secara dekat, walaupun secara peribadinya tidak hadir ke perbicaraan tersebut.

Bagaimanapun, memandangkan kes ini sedang berjalan, saya telah menerima nasihat dari segi perundangan bahawa saya tidak seharusnya membuat sebarang kenyataan berkaitan kes itu, kerana ia mungkin boleh mengganggu proses undang-undang.”-Ras Adiba

Percaya Kepada Proses Undang-Undang Malaysia

Tambahnya lagi, Ras Adiba memberitahu bahawa dia percaya pada proses perundangan di Malaysia dan tidak akan memberikan komen spesifik berkaitan kes tersebut dan mengakui Bella adalah seorang kanak-kanak yang istimewa dan harus dilindungi.

“Imej-imej yang kita lihat bagaimana Bella diperlakukan amat menyedihkan dan seperti semua dan komuniti OKU juga, mahukan jawapan dan keadilan ditegakkan.

Saya percaya kepada proses undang-undang Malaysia, dan selagi kes ini masih dibicarakan, saya tidak akan membuat komen secara spesifik berkaitan kes tersebut.

Bella adalah seorang kanak-kanak yang istimewa, beliau perlu dilindungi, kita perlu memastikan bahawa kes seperti ini tidak lagi berlaku di negara kita.”-Tegas Ras Adiba

View this post on Instagram

A post shared by Senator (R) Datuk (Dr) Ras Adiba Radzi (@rasadibaradzi)

Dipetik dari laporan Bernama, rakan baik kepada pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella ada menceritakan padanya bahawa dia dicili, dijirul dengan air panas dan diikat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
adik bellaras adiba
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  5. 5

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara