Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Personaliti

“Ni Seni Berat Namanya’- Sultan Selangor Berkenan Beli Lukisan Unik Jadi Tumpuan Netizen

Karya seni lukisan gambaran parlimen yang dibeli Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mendapat pelbagai respon netizen

by Puteri Alia
April 13, 2022
via (IG) Selangor Royal Official

via (IG) Selangor Royal Official

48
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular di media sosial milik Selangor Royal Official di mana Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, di mana Instagram rasmi milik keluarga kerabat diraja Selangor itu memuatnaik foto sebuah karya seni yang cukup unik dan penuh dengan mesej tersirat.

Lukisan ‘Parlimen’ Tarik Perhatian Sultan Selangor

Memetik dari Instagram Selangor Royal Official, Sultan Selangor berkenan untuk membeli lukisan yang menggambarkan suasana parlimen itu sebaik saja baginda melihat karya seni tersebut.

Gambaran dalam dewan parlimen yang memperlihatkan haiwan seperti kera, monyet, orang utan dan katak sebagai ahli dewan menarik perhatian baginda. Dimaklumkan lukisan tersebut digantung di dalam bilik belajar peribadi milik baginda.

via (IG) Selangor Royal Official

“Sebuah hasil karya seni lukisan telah menarik perhatian DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Sebaik melihatnya, Baginda berkenan untuk membeli karya lukisan itu dan menggantungnya di ‘private study room’ Baginda.”

via (IG) Selangor Royal Official
via (IG) Selangor Royal Official

Bukan itu saja, dimaklumkan Sultan Sharafuddin berhasrat melelong lukisan tersebut suatu hari nanti dan hasil lelongan akan disumbangkan bagi tujuan kebajikan.

“Satu hari nanti, Baginda berhasrat untuk melelong lukisan ini dan hasil lelongannya akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan.”

via (IG) Selangor Royal Official
via (IG) Selangor Royal Official

Netizen Banjiri Ruangan Komen

Melihat muatnaik di Instagram rasmi keluarga diraja Selangor itu, ramai pengguna media sosial membanjiri ruangan komen dengan menitipkan ucapan dan komen-komen berkaitan lukisan gambaran parlimen yang dibeli baginda.

“Daulat Tuanku.. Junjung kasih.. Nampaknya Tuanku mengerti apa isi hati rakyat..”

“Cara sultanku melontarkan suara hati pada pemimpin negaranya”

“Mendalam maksudnya ni. Ni seni berat namanya”

“Ada sirat dan tersirat dalam lukisan. Yang faham je tau” ucap mereka

via (IG) Selangor Royal Official

“Mendalam”

“Salah satu cara baik tegur dan nak perli ahli-ahli Yang Berhormat.. Monyet ada, kera ada, katak ada.. Macam-macam spesis”

“Biar lukisan berbicara”

“Lukisan yang sangat penuh makna” komen mereka

Memang penuh makna dan isi tersirat lukisan yang dibeli Sultan Selangor ini. Apa pandangan anda?

Nahas FRU: Sultan Selangor Titah Lesen Pemandu & Syarikat Ditarik Sekiranya Didapati Bersalah
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
lukisansultan selangorSultan Sharafuddin Idris Shah
https://lomp.at/y47j3
Share19Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem