Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Harith Iskander Ulas Kes Langgar Mati 8 Remaja Berbasikal Lajak, TMJ Bagi Komen Padu

Dia turut berpendapat kanak-kanak itu tidak sepatutnya keluar menunggang basikal dengan cuai di atas jalan pada lewat malam.

by Naddy Joe
April 14, 2022
Share on Facebook

Kes langgar mati 8 remaja berbasikal lajak mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah pelakon, pelawak dan pengacara, Harith Iskander yang mempersoalkan keadilan di antara pemandu wanita dan 8 remaja basikal lajak yang telah mati akibat pemandu wanita itu.

“Tidak Faham Di Mana Terletaknya Keadilan”

Menerusi hantaran di Instagram, Harith menyatakan bahawa dirinya tidak memahami di manakah keadilan dan meminta orang ramai yang memahami dengan kes tersebut untuk memberi penjelasan padanya bagaimana pemandu wanita itu didapati bersalah.

“Minta maaf, Dalam isu ini saya tidak faham di terletaknya ‘justice’ atau keadilan. Seberapa yang saya tahu dari laporan yang ada Cik Sam Ke Ting tidak membawa kenderaan dengan cara ‘reckless’ atau cuai. Minta tolong siapa-siapa yangt faham dengan kes ini cuba terangkan bagaimana dia didapati bersalah.?”-Harith Iskander

View this post on Instagram

A post shared by Harith Iskander (@harithiskander)

Tambahnya lagi, dia turut berpendapat kanak-kanak itu tidak sepatutnya keluar menunggang basikal dengan cuai di atas jalan pada lewat malam.

“Bagi ibubapa mangsa. saya pun tidak tahu nak cakap apa. Netizen dah banyak cakap dah. Kanak-kanak tidak sepatutnya keluar menunggang basikal di atas jalan pada lewat malam.”-Harith Iskander

TMJ Beri Komen ‘Padu’

Hantaran yang dimuatnaik oleh Harith mendapat pelbagai reaksi netizen termasuklah Tunku Mahkota Johor, TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang turut memberikan pendapat di ruangan komen.

“Ibu bapa perlu bertanggungjawab dan mendidik anak-anak kita. Kepada pemandu pula mereka harus berhati-hati dan memperbaiki kesedaran mereka.”-TMJ

Dalam pada itu, TMJ turut berpendapat kanak-kanak itu tidak seharusnya berada di situ dan meminta orang ramai untuk berfikir secara rasional berdasarkan fakta dan bukan memberikan kenyataan mengikut trend.

“Kanak-kanak itu tidak sepatutnya berada di situ, saya setuju. Tetapi untuk melanggar 8 orang kanak-kanak, bukan seorang, apa yang anda akan gelar? ‘Memandu secara cuai’.

Pada masa kini mengenai setiap isu, semua orang merasakan keperluan untuk membela pihak yang menuduh. Bagaimana pula dengan mangsa? Siapa yang membela mereka? Berfikir secara rasional dan bukan membuat kenyataan mengikut trend.”-TMJ

Dipetik dari laporan Harian Metro, Mahkamah Tinggi memerintahkan kerani wanita dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000 kerana memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu.

Responden, Sam Ke Ting,27, turut diperintah menjalani hukuman enam bulan penjara jika tidak membayar denda selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun yang berkuatkuasa selepas selesai hukuman penjara.

Harith Iskandertunku mahkota johor
https://lomp.at/pusl6
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  4. 4

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara