Sunday, June 22, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Ini Soal Hidup & Mati”- Syed Saddiq Bertemu Dengan Keluarga Yasin Sulaiman

Ujar Mantan Menteri Belia dan Sukan, undang-undang pengharaman perubatan kanabis sudah lapuk.

by Naddy Joe
April 14, 2022
93
KONGSIAN
Share on Facebook

Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil berkongsi dengan pengikutnya di Instagram mengenai pertemuannya bersama keluarga penyanyi nasyid, Yasin Sulaiman baru-baru ini.

“Tangisan Meminta Pertolongan”

Menerusi laman Instagram, Syed Saddiq berpendapat apa yang berlaku terhadap penyanyi itu merupakan tangisan meminta bantuan bukan sahaja pada dirinya, tetapi kepada orang lain yang turut menderita dan memerlukan kanabis sebagai rawatan perubatan.

“Tadi saya sempat berjumpa dengan keluarga Yasin. Saya mohon maaf kepada Saudara Yasin sebab terlepas pandang post saudara pada Oktober lepas.

Ianya adalah tangisan meminta pertolongan bukan sahaja untuk Yasin tetapi untuk orang lain yang menderita dan memerlukan kanabis sebagai rawatan.”-Syed Saddiq

Ibu Bapa Terpaksa Beli CBD Dari Luar Negara

Tambahnya lagi, Syed Saddiq menceritakan bahawa dia seringkali bertemu dengan ibu bapa yang terpaksa membeli phytocannabinoid CBD (cannabdiol) atau minyak CBD dari luar negara untuk merawat anak- anak mereka.

“Saya ada jumpa mak ayah yang terpaksa beli CBD dari luar negara untuk anak-anak mereka.Doktor-doktor pun ada cuba bantu dapatkan CBD untuk pesakit.

Mereka layak mendapat ubat yang terbaik untuk kesihatan mereka. Ini soal hidup & mati.”-Syed Saddiq

View this post on Instagram

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Undang-Undang Pengharaman Perubatan Kanabis Sudah Lapuk

Ujar Mantan Menteri Belia dan Sukan, undang-undang pengharaman perubatan kanabis sudah lapuk. Malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri telah mengeluarkan kanabis dari senarai narkotik.

“Undang-undang pengharaman perubatan kanabis dah lapuk. WHO sendirid ah keluarkan kanabis dari senarai narkotik. Realitinya, bila cakap mengenai rokok, rokok membunuh 8 juta orang setiap tahun, di Malaysia sahaja 27,000. Alkohol pula 3 juta kematian setiap tahun.

Tapi bila bercakap hal kanabis untuk perubatan, Tiba-tiba ia menjadi satu taboo dan tindakan hukuman undang-undang dikenakan. Ingat pesakit bukan penjenayah!”-Syed Saddiq

Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman telah dihadapkan ke mahkamah kerana disyaki mengusahakan ‘ladang mini’ tanaman ganja di kediamannya di Kota Damansara. Yasin didakwa mengkitu Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

syed saddiqYasin Sulaiman
https://lomp.at/rzse6
Share37Tweet23SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem