Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

“Kekal Kuat Abang Lan”- Nora Ariffin Titip Doa Buat Roslan Aziz

Selain menitip doa buat produser terkenal, Nora juga mengimbau kenangan lama disebalik pembikinan lagu Jentayu

by Puteri Alia
April 20, 2022
via Instagram Datuk Nora Ariffin

via Instagram Datuk Nora Ariffin

170
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menitipkan doa dan ucapan kepada produser dan penerbit terkenal industri hiburan negara, Roslan Aziz menerusi muatnaik terkininya di Instagram.

Doa Agar Roslan Kekal Kuat

Menerusi hantaran Nora di media sosialnya, penyanyi bersuara emas ini meluahkan rasa terkejut dan sedih mendapat perkhabaran bahawa produser terkenal tersebut kini sedang bertarung nyawa melawan kanser yang dihadapinya.

“Tolong kekal kuat abang Lan.

ROSALN AZIZ adalah figura yang telah menggabungkan saya dan Dato Sheila Majid dalam lagu JENTAYU.

Saya tumpang sedih dan terpanggil bila mendapat tahu abang Lan sedang diuji dengan kanser. Allahuakbar. Abang Lan banyak berjasa pada industri dan artis-artis hebat yang mungkin ramai tak tahu.” titipnya

via Instagram Datuk Nora Ariffin

Dedah Orang Kuat Disebalik Lagu Jentayu

Mengimbau kembali disebalik pembikinan lagu popular Jentayu yang pernah memenangi Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1996 itu, Nora mendedahkan Roslan merupakan produser bagi lagu tersebut dan oleh kerana idea kreatif Roslan, Nora berpeluang berduet bersama Dato Sheila Majid.

“JENTAYU sebuah lagu yang pernah memenangi beberapa anugerah besar di AIM 1996. Ramai yang tahu kejayaan dan kehebatan lagu JENTAYU, nyanyian duet saya bersama Dato Sheila Majid dan arwah Johan Nawawi, ciptaan arwah Johan Nawawi dan lirik oleh ayahanda Dato Dr Usman Awang.

Hebat lagu ni. Tapi mungkin ramai yang tak tahu, ini adalah hasil idea kreatif dari saudara Roslan Aziz dan Johan Nawawi.

ROSLAN AZIZ adalah produser untuk lagu ini. Kalau tak kerana idea Roslan Aziz, tak mungkin saya dapat berduet dengan Dato Sheila Majid. Dia juga merupakan figura yang sangat hebat, disegani dan dihormati oleh arwah Johan dan semua rakan-rakan industri.” tulisnya

Arwah Suami Sangat Menghormati Roslan

Dalam pada itu, Nora juga berkongsi bahawa arwah suaminya komposer, Johan Nawawi sangat menghormati Roslan dan mengagumi produser berbakat tersebut.

“Arwah Johan cukup hormat dengan Roslan” dedahnya

via Instagram Datuk Nora Ariffin

Di akhir penulisannya, Nora tidak putus menitipkan doa agar produser berbakat ini kekal kuat melawan penyakit yang dihadapinya dan kembali pulih seperti sedia kala.

'No Roslan Aziz No AirAsia'- Tony Fernandes
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
nora ariffinRoslan Aziz
https://lomp.at/shnkb
Share68Tweet43SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem