Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

[VIDEO] Lelaki Curi Telefon Baru Milik Adik Rita Sosilawati, Usahawan Kosmetik Tayang Wajah Pencuri

Rita meminta agar orang ramai viralkan video yang dikongsikan di media sosial

by Puteri Alia
April 21, 2022
via Instagram Rita Sosilawati

via Instagram Rita Sosilawati

Share on Facebook

Tular di media sosial milik usahawan kosmetik Datin Rita Sosilawati, 37, baru ini di mana dia memuatnaik rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) milik restorannya di Instagram.

Tayang Wajah Pencuri Telefon

Menerusi rakaman video yang dikongsikan, kelihatan seorang lelaki mengambil beg berisi yang terletak di atas kaunter pembayaran. Rita mendedahkan beg bungkusan yang diambil oleh lelaki berkenaan, mengandungi telefon pintar yang baru sahaja dibeli oleh adiknya.

“Pencuri dikesan. Tolong viralkan.

Adik saya baru beli telefon dan letak atas meja yang saya tandakan dalam video. Kebetulan  saya dan adik-adik tengah moreh bersama-sama.

Ada satu pelanggan datang nak bungkus makanan dari restoran kami di ‘Wekspeyek Publika’ dan dalam perjalanan ke kaunter beliau nampak mencurigakan dan kelam-kabut. Dia terus mencapai beg kertas yang berisi telefon tersebut… Telefon tersebut masih baru dan masih dalam kotak lagi..

Ya Allah agak-agak nak buat kerja mencuri masa bulan puasa ni.. Nasib ada CCTV yang menunjukkan wajah beliau yang sangat jelas. Kepada pencuri tersebut insaflah. Adik saya telah pun membuat laporan polis.

Saya paling tak suka aibkan orang. Tapi bila melibatkan keluarga saya… Cubit peha kanan peha kiri terasa..” tulisnya

via Instagram Rita Sosilawati
via Instagram Rita Sosilawati
via Instagram Rita Sosilawati

Netizen Kecam Tindakan Pencuri

Muatnaik usahawan kosmetik ini mendapat perhatian selebriti, kenalan rapat dan orang ramai di media sosialnya. Masing-masing memberi komen mengecam tindakan pencuri tersebut melakukan perbuatan terkutuk itu dalam bulan mulia ini.

“Ramadan lah sempat!”

“Oh gosh. Dahsyat”

“Geram jer tengok”

“OMG! Teruknya!” komen rakan kenalan dan selebriti

via Instagram Rita Sosilawati

“Allahuakbar… Bulan puasa pun ada juga spesis macam ni”

“Bulan puasa pun nak mencuri”

“Allahuakbar.. Bulan-bulan puasa pun buat perangai gini”

“Bagus juga tayang mukanya, yang lain boleh berjaga-jaga.. Duduk dalam penjara baru tahu erti penyesalan” komen netizen

https://www.instagram.com/p/CclF3esJl0c/

Topik Berkaitan KATSEYE Manon Perjelas Video Tular, Nafi Dakwaan Bergaduh Sesama Ahli

Semoga pesalah insaf dan jadikan kejadian seperti ini pengajaran buat semua agar lebih berhati-hati.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
pencuriRita SosilawatiViral
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  4. 4

    [REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu

  5. 5

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara