Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

[REVIEW] SAMSUNG The Freestyle, Bagaimana Projektor Mudah Alih Ini Boleh Jadi Pilihan Yang Tepat

by Phic ARMAN
April 22, 2022
Share on Facebook

Projektor dari Samsung? Bagus ke? Mungkin ini menjadi persoalan dikalangan penggemar peranti dari jenama Samsung. Ini kerana Samsung baru sahaja melancarkan projektor pintar yang dikenali sebagai ‘The Freestyle’. Kenapa mereka menamakannya ‘The Freestyle’ atau jika diterjemahkan dalam bahasa melayu, Gaya bebas? Jawapannya mudah,  projektor pintar ini memiliki saiz yang kecil sehinggakan anda boleh memasangnya dengan senang, tidak mengira tempat dan keadaan.

Tidak seperti projektor bersaiz besar yang kita selalu lihat, The Freestyle bersaiz sangat comel dan ringan. Sebelum ini kami ada mengeluarkan artikel mengenai pandangan kali pertama menerima projektor pintar ini. Lihat artikel di bawah.

Prejektor Mudah Alih Samsung ‘The Freestyle’ Kini Boleh Didapati di Malaysia, Harganya?

The Freestyle mampu menentukur secara automatik dengan Tizen OS, memberikan pengguna pengalaman yang sama semasa menonton TV Pintar Samsung.

Proses persediaan untuk ‘The Freestyle’ sepadan dengan saiznya yang kecil. Ia agak mudah, jika dibandingkan dengan projektor yang kita selalu lihat. Tidak perlu melaraskan perataan (levelling) atau menukar tetapan keystone secara manual.

Auto-keystone

Terima kasih kepada Auto Keystone, The Freestyle secara automatik akan melaraskan saiz bingkai serta keseimbangan tepi untuk memberikan imej yang paling kemas pada skrin.

Auto Keystone pada The Freestyle menjimatkan banyak masa untuk pengguna. Daripada perlu melaraskan secara manual seperti pada projektor lama, Auto Keystone pada The Freestyle melakukan ini secara automatik, memberikan pengguna lebih masa untuk melakukan perkara yang lebih penting seperti menyediakan pembentangan, memilih filem untuk ditonton, atau memilih muzik untuk didengari.

Dari segi keupayaan zum, The Freestyle sangat fleksibel pada jarak pendek dan jauh. Saiz bingkai boleh berkisar antara 30 inci hingga 100 inci. Ini bermakna, kita boleh menggunakan The Freestyle untuk menayangkan di mana-mana sahaja. Digabungkan dengan Auto Keystone, imej akan sentiasa kemas, walaupun dalam ruang yang sempit dan tidak rata.

Kualiti Visual

Menyokong resolusi HD Penuh (1920 x 1080), The Freestyle menyampaikan imej yang tajam dan sangat terperinci. Selain itu, teknologi imej HDR10, Pur Color dan HLG akan memastikan warna gambar sentiasa terang.

Dengan nisbah kontras yang tinggi (100,000:1), imej yang ditayangkan daripada The Freestyle mempunyai kedalaman dan kelantangan, memberikan perasaan realistik kepada penonton dengan pengalaman yang serupa seperti menonton TV Pintar atau pada skrin lain.

Selain itu, The Freestyle juga menyediakan pengguna dengan lebih banyak mod imej, sesuai untuk keperluan yang berbeza. Seperti pawagam, sukan, siaran langsung, dan sebagainya,

Secara keseluruhan, kualiti visualnya saya berpuas hati. Tetapi terdapat beberapa masalah yang sama seperti kebanyakan projektor lainnya iaitu ia tidak berfungsi dengan baik di ruangan yang terang atau di permukaan yang gelap.

Audio

Apa yang benar-benar mengagumkan adalah kualiti audio yang jernih. Speaker-nya boleh didengari dengan jelas dan tajam. Di kawasan tertutup seperti bilik standard seluas 50 meter persegi, mengekalkan volum pada 70 adalah lebih daripada cukup untuk mendengar video tontonan dengan kuat. 

Nak lebih menarik, The Freestyle dilengkapi dengan Google Assistant di mana dengan Samsung Bixby terbina di dalam, anda boleh mengawal The Freestyle hanya dengan suara anda. Cool kan?

Tidak Mempunyai Bateri

The Freestyle tidak mempunyai bateri, jadi anda perlu memastikan ia dipalamkan melalui port USB-C pada setiap masa.  Sudah tentu, jika anda ingin menonton filem semasa berkhemah atau di luar rumah, anda perlu mendapatkan internet dari hotspot telefon dan ia berfungsi dengan baik dengan telefon pintar saya.  Anda boleh sambungkan The Freestyle dengan menggunakan powerbank dengan kabel USB-C yang disediakan untuk kegunaan mudah alih. 

Untuk dijadikan sebagai pengganti TV, ciri pintar projektor termasuk semua aplikasi penstriman video utama yang anda jangkakan seperti Netflix, Prime Video, YouTube dan sebagainya.

Dari segi sambungan wireless terdapat Wi-Fi 5 dan Wi-Fi Direct, ditambah Bluetooth 5.2 . Kesambungan Wi-Fi ini menyokong platform pintar berkuasa Tizen projektor, yang termasuk aplikasi penstriman.

Raikan pesta

Satu lagi perkara menarik dengan menggunakan The Freestyle ini ketika anda mahu meraikan pesta di rumah. Gunakan The Freestyle untuk memainkan playlist, sambil memprojekkan slideshow atau ambient light yang menyokong mood. Mod ambien membolehkan anda menayangkan daripada pilihan 20 imej atau foto anda sendiri.

Jom saksikan video bawah, bagaimana kami menggunakan SAMSUNG Freestyle dengan mudah sekali.

YouTube video

Dengan harga jualan RM4999 sebuah adalah sesuatu yang agak mahal untuk ditawarkan. Ini kerana terdapat projektor mudah alih lain di pasaran pada harga lebih rendah dan hadir dengan pek baterinya sendiri. Walaubagaimanapun, The Freestyle ternyata memang unik tetapi bila berbicara mengenai harga, mungkin ramai akan ambil masa yang lama untuk membuat keputusan. Namun bagi keluarga yang ingin menonton filem pada skrin besar tetapi tidak mempunyai banyak ruang atau ruang untuk memasang TV, projektor mudah alih ini adalah pilihan yang tepat.

Samsung The Freestyle
https://lomp.at/jf667
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Rasmi Di Malaysia, Ini ‘First Impression’ Honor 600 Pro, Harga Masih Berbaloi?

by Phic ARMAN
April 22, 2026

MURAI sempat tengok sendiri pelancaran terbaru daripada Honor di Malaysia, dan terus terang cakap, memang nampak lain kali ini. Kalau...

Read moreDetails
LifeXplore

[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Nampaknya Samsung sekali lagi tampil dengan sesuatu yang lain daripada biasa. Kali ini, menerusi siri Samsung Galaxy S26, mereka memperkenalkan...

Read moreDetails
LifeXplore

Apa Yang Best Pasal Kad Ryt Ini Kalau Time Shopping? Ini 3 Hal Penting Yang Patut Anda Tahu

by Phic ARMAN
April 23, 2026

Kalau anda jenis suka shopping tapi dalam masa sama nak jaga flow duit, berita dari Ryt Bank ini mungkin buat...

Read moreDetails
LifeXplore

Suri Rumah Memang Suka! Ini Manfaat Ciri Teknologi ‘No Frost’ Pada Peti Ais

by Phic ARMAN
April 23, 2026

Kalau nak cakap jujur, No Frost Technology bukan sekadar ciri “extra”,  tapi dah jadi penyelamat rutin harian, especially untuk suri...

Read moreDetails
LifeXplore

Low Light Tak Lagi Musuh: Galaxy A57 5G Tampil Dengan Kamera Lebih Sharp

by Phic ARMAN
April 17, 2026

Kalau dulu siri Galaxy A dah dikenali sebagai “kamera bajet rasa flagship”, kali ini Samsung Galaxy A57 5G nampaknya naik...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  4. 4

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara