Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Rasanya Saya Tak Ada Keluarkan Ayat ‘Memujuk’ Atau ‘Sudah Berbincang”- Syakilla Khoriri Tegur Portal Hiburan

Pelakon drama 30 Hari Sebelum Raya ini turut meminta pihak terlibat untuk memperbetulkan penulisan agar tidak berlaku salah faham.

by Naddy Joe
April 22, 2022
Share on Facebook

Pelakon, Syakilla Khoriri tampil memberikan teguran terhadap portal hiburan yang telah salah faham dengan kenyataan yang telah diberi olehnya mengenai status hubungannya bersama bekas suami yang juga penyampai radio Suria FM, Fizi Ali.

Akui Tidak Keluarkan Ayat “Memujuk” Atau Sudah “Berbincang” Untuk Kembali Bersama

Menerusi hantaran di Instagram, Shakilla menyatakan bahawa dia tidak mengeluarkan ayat ‘Memujuk’ atau sudah ‘Berbincang’ untuk kembali bersama dengan bekas suaminya itu.

“Rasanya saya tak ada keluarkan ayat MEMUJUK atau sudah BERBINCANG untuk kembali bersama.”-Shakilla Khoriri

Tambahnya, Shakilla tampil memohon maaf jika dirinya terlupa dengan apa yang diperkatakan serta meminta pihak terlibat untuk perdengarkan semula rakaman ayat itu padanya jika dia ada berkata sedemikian.

“Maafkan saya jika saya terlupa apa yang saya katakan tapi jika ada mohon perdengarkan balik pada saya  rakaman ayat yang saya cakap macam tu.”-Shakilla Khoriri

Minta Pihak Terlibat Perbetulkan Penulisan

Pelakon drama 30 Hari Sebelum Raya ini turut meminta pihak terlibat untuk memperbetulkan penulisan agar tidak berlaku salah faham dan dipandang serong disebabkan kenyatannya sebelum ini.

“Jika tidak ADA atau kalian tersalah tulis mohon perbetulkan penulisan supaya tidak ramai lagi pihak yang TERSALAH faham atau memandang serong pada kenyataan yang keluar hari ini. Terima kasih.”-Jelas Shakilla

Sekadar info, Shakilla Khoriri pernah mendirikan rumah tangga bersama Fizi Ali pada Februari 2018 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofia. Namun, hubungan mereka tidak berkekalan apabila Fizi memaklumkan bahawa dia dan Shakilla mengambil keputusan untuk berpisah pada Disember 2021.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Fizi Alishakilla khoriri
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  2. 2

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  3. 3

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara