Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Rakam Semula Lagu Raya Tahun 1995, Achiks Ukays Akui Sebab & Menitiskan Air Mata

by Phic ARMAN
April 24, 2022
Share on Facebook

Apabila tiba saja musim perayaan, lagu–lagu hari raya aidilfitri pasti sudah berkumandang di corong – corong radio, di siaran televisyen, mahupun di pusat membeli belah . Pelbagai jenis lagu raya yang akan diputarkan dari yang lama hingga kini .

Inilah juga yang di ambil peluang untuk penyanyi muda baru , Achik Ukays merakamkan semula lagu raya yang dicipta oleh composer Salman Shariff dan lirik ditulis oleh Khairul Anuar untuk aidilfitri tahun 2022 ini.

‘’Lagu ini versi asalnya berentak Melayu+Arabic dan telah dirakam untuk Amir (UK’s) di tahun 1995 yang bertajuk BERMAAFAN DI AIDILFITRI dan terus kekal sebagai salah sebuah lagu popular yang sinonim dengan sambutan Hariraya Aidilfitri pada setiap tahun’’– Jelas Salman Shariff.

‘’Namun untuk versi terbaru di tahun 2022 lagu ini digubah muziknya kepada rentak yang rancak serta moden dan dirakam untuk penyanyi baru Achik (Ukays) bertajuk BERMAAFAN DI HARI RAYA dengan tujuan agar lagu ini akan terus popular dan boleh disiarkan ketika sambutan Hariraya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha pada setiap tahun ‘’, Tambah Salman Shariff .

Perancangan awal untuk rakaman semula lagu raya ini adalah dari Salman Shariff , composer dan penerbit lagu ini sendiri . Kemudian dibawakan kepada tenaga produksi Luncai Emas untuk menerbitkannya dan memandangkan lagu asal ini oleh Amir ( UK’S), lalu ditawarkan kepada Achik (Ukays) .

Achik (Ukays) sememangnya bergandingan dengan kumpulan Ukays untuk menggantikan vokalis kumpulan mereka menerusi lagu Ukays seperti Terseksa, I Love U I Miss U Raya dan Terpaksa Ku Lepaskan .

‘’ Perasaan saya ketika ditawarkan untuk menyanyi semula lagu raya ni agak bagus lah untuk saya terus menonjol dan kembali aktif semula . Mungkin ada yang fikir saya tidak lagi aktif dalam industri . Saya masih lagi berada dalam industri tanah air kita dan masih aktif membuat persembahan di luar bersama Ukays.

Achik mendedahkan dia hampir menitiskan air matanya ketika rakaman suara di Studio The Bengkel Artwork . ‘

’Saya hampir menitiskan air mata kerana sebuah lagu yang ada kena mengena dengan saya yang sangat bermakna’’ .

Achik sebelum ini pernah muncul single sulungnya dibawah Luncai Emas berjudul Hanya Doa ciptaan Awang BPR dan I.Kay dengan nama pentas Achik Roslan. Lagu ini juga diterbitkan dalam versi instrumental alunan duet gitar dan flute. Selain lagu BERMAAFAN DI HARI RAYA , Salman Shariff juga adalah komposer dan penerbit bagi lagu hari raya lain iaitu CAHAYA AIDILFITRI (Ramlah Ram), SUASANA HARI RAYA (Zamani Slam), RINDU SYAHDU DI HARI RAYA(Nurul).

Lagu BERMAAFAN DI HARI RAYA ini bakal meriliskan video liriknya di saluran youtube Luncai Emas pada hujung ramadan April ini dan secara jualan digital di platform streaming dan itunes. Anda boleh dengarkan lagu BERMAAFAN DI HARI RAYA  di sini.

https://murai.my/wp-content/uploads/2022/04/Achik-Ukays_Bermaafan-Dihari-Raya_FullSong.wav
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Achiks Ukays
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara