Tuesday, March 28, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Gossip

“Sungguh Memalukan!”-Ustazah Asma’ Harun Beri Teguran MV Lagu Raya Aliff Syukri

Ustazah Asma' turut anggap ia sebagai barah yang semakin kronik dalam masyarakat yang bangga menjadi trending.

by Naddy Joe
April 26, 2022
95
KONGSIAN
Share on Facebook

Pendakwah bebas dan penceramah terkenal tanah air, Ustazah Asma’ Harun tampil memberi teguran terhadap tindakan usahawan kosmetik sensasi, Dato Seri Aliff Syukri berikutan video muzik lagu raya terbaharunya yang telah mencetuskan kecaman dari pelbagai pihak.

“Bangga Pula Dengan Tingginya Viewers Yang  Berjaya Dicapai”

Menerusi hantaran nya di Facebook, pendakwah bebas ini meluahkan rasa hairan bagaimana video muzik dengan aksi melampau itu berani ditayangkan menjelangnya 10 hari terakhir bulan Ramadan.

“Kita tidak pasti apa yang bermain dalam fikiran mereka tetapi bagaimana video muzik dengan aksi yang sangat melampau sebegitu berani ditayangkan saat menjelangnya 10 hari terakhir bulan Ramadan.

Bukan saja tidak ada sekelumit pun rasa malu, bahkan berbangga pula dengan tingginya viewers yang berjaya dicapai. Allahuakbar.”-Ustazah Asma’

Barah Kronik Dalam Masyarakat

Tambahnya lagi, Ustazah Asma’ turut menganggap ia sebagai barah yang semakin kronik dalam kalangan masyarakat yang bangga menjadi trending walau dengan cara yang bertentangan dengan agama.

“Inilah barah yang makin kronik dalam masyarakat, terutama mereka yang inginkan pengaruh dan seumpamanya. Kalian teruja apabila tontonan di media sosial meningkat, BERBANGGA MENJADI TRENDING #1 walaupun dengan cara yang bertentangan dengan agama.

Dulu pernah ditegur, diberi nasihat dan sebagainya, namun masih berulang hal yang sama tanpa ada secebis rasa sesal.”-Ustazah Asma’

Via Facebook Ustazah Asma’ Harun

Malu Dengan Budaya Lelaki Yang Menyerupai Perempuan

via Youtube Rusa Music

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ Harun memberitahu dirinya tidak bermaksud untuk merendahkan golongan lelaki lembut, namun kecewa dengan video muzik lagu raya terbaharu itu yang menampilkan penari iringan yang bersolek seperti wanita.

“Bukan maksud hendak merendahkan golongan lelaki lembut, tetapi jangan sekali-kali mengangkat budaya yang dilarang oleh Allah dan Rasulullah, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan.

Video ini terang-terangan menampilkan penari iringan yang solekannya seperti wanita, maaf ia sungguh memalukan!”-Ustazah Asma’

Pendakwah bebas turut berpendapat sekiranya kita sentiasa diberikan nikmat yang melimpah ruah tanpa henti walaupun hidup dalam keadaan fasiq iaitu berterusan melakukan maksiat secara nyata, berhati-hatilah dengan rezeki yang dikurniakan Maha Pemberi Rezeki kepada kita.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: aliff syukriUstazah Asma Harun
Share38Tweet24SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Iqbal Zulkefli Tayang Kucing Bernilai RM15K Seekor, Peminat Teruja!
Gossip

Iqbal Zulkefli Tayang Kucing Bernilai RM15K Seekor, Peminat Teruja!

by Naddy Joe
March 28, 2023
Fynn Jamal ‘Throwback’ Anak Autisme Alami ‘Meltdown’, Netizen Sebak!
Gossip

Fynn Jamal ‘Throwback’ Anak Autisme Alami ‘Meltdown’, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
March 28, 2023
Diva AA Terhibur Lihat Farid Kamil Bawa Bunga Ke Mahkamah?-“Menggelupuh Berangkut…”
Gossip

Diva AA Terhibur Lihat Farid Kamil Bawa Bunga Ke Mahkamah?-“Menggelupuh Berangkut…”

by Naddy Joe
March 28, 2023
Nabila Huda Tampil Bersuara Isu Kongsi Makanan Dengan Kucingnya-“Kemaen Orang Comment Geli…”
Gossip

Nabila Huda Tampil Bersuara Isu Kongsi Makanan Dengan Kucingnya-“Kemaen Orang Comment Geli…”

by Naddy Joe
March 28, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Sebab Ira Kazar Je Semua Gaduh” -Syamsul Yusof Warning Aaron Aziz, Caprice Dan Farid Kamil Jangan Melampau!

  2. 2

    [VIDEO] Lucu! Netizen Terhibur Sajat Gelak Dengar Suara Sendiri -“Aduhh Suara Tak Kepit Habis…”

  3. 3

    Sudah Tidak Tinggal Sebumbung, Diana Danielle Akui Tidak Menanggung Zaman Kesedihan Lagi

  4. 4

    [VIDEO] Noor Nabila Pergi Korea Bukan Beli Skincare Tapi Beli…-“Apa Yang Lembik-Lembik Ni?”

  5. 5

    Sharnaaz Ahmad Tak Lekang Memuji-Muji Bekas Isteri Noor Nabila, Mungkinkah Keluarga Ini Kembali Bersatu?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan