Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

[REVIEW] Honor X8: Nipis, Ringan Dan Bergaya

by Phic ARMAN
May 17, 2022
205
KONGSIAN
Share on Facebook

HONOR X8 telah direka bentuk dengan badan ultra tipis dan ringan, dengan ketebalan 7.45mm dan berat hanya 177 gram. Ia mempunyai reka bentuk tepi yang rata dan dibulatkan pada bucu pada keempat-empat sisi. Bagi kami,  HONOR X8 muat dengan selesa di tapak tangan dan boleh meluncur ke dalam beg tangan dan poket kecil dengan mudah.

Sebagai pelengkap bagi sesebuah telefon pintar terbaharu, HONOR X8 juga dilengkapi dengan penderia cap jari yang dipasang di sisi, menawarkan pengalaman buka kunci yang mudah. Pengguna boleh membuka kunci HONOR X8 dalam masa kurang dari satu saat.

Tentang skrin pula, HONOR X8 dilengkapi dengan LCD ultra-nipis HONOR Full View 6.7-inci, menyokong resolusi Definisi Tinggi Penuh 2388×1080 piksel, 16.7 juta warna, meningkatkan kejelasan dan menawarkan pengalaman menonton yang benar-benar nyata, sesuai untuk menonton filem, melihat foto atau bermain game.

Untuk visual, HONOR X8 menampilkan refresh rate skrin sehingga 90Hz, membolehkan pengalaman scrolling dan bermian game yang lebih lancar serta memastikan pengguna dapat menikmati kualiti gambar yang unggul. Ia didatangkan dalam tiga warna, Midnight Black, Titanium Silver dan Ocean Blue.

Kuad Kamera

HONOR X8 menampilkan Kamera Utama Ultra-jelas 64MP dengan apertur f/1.8 yang dilengkapi dengan intelligent multi-frame synthesis algorithm, pengguna juga boleh menangkap gambar yang lebih jelas pada jarak jauh, dan gambar yang sangat jelas dengan kejelasan pada waktu malam dan dalam cahaya malap.

Selain itu, terdapat Kamera Sudut Lebar 5MP dengan sudut pandangan 120 darjah dan apertur f/2.2, membolehkan pengguna merakam tangkapan yang lebih luas. Dan untuk melengkapkannya, terdapat juga kamera makro 2MP serta kamera bokeh 2MP dengan apertur f/2.4.

HONOR X8 juga dilengkapi dengan Kamera Depan 16MP dengan apertur f/2.45 dan resolusi imej 4608*3456 piksel.

Prestasi

Bercakap mengenai prestasi, sudah pastinya ramai yang menjangka sesuatu hebat dari HONOR.  HONOR X8 dikuasakan oleh Platform Mudah Alih Snapdragon 680 Qualcomm, pemproses termaju 6nm, yang telah direka untuk menyampaikan prestasi unggul sekaligus menjimatkan kuasa.

Ia direka untuk menawarkan keupayaan permainan dan penstriman yang dioptimumkan, pemproses memberikan peningkatan 25% dalam prestasi CPU dan peningkatan 10% dalam prestasi GPU berbanding generasi sebelumnya bagi memastikan pengguna dapat menikmati kelajuan yang lebih pantas dan lancar.

Menyampaikan pengurangan kuasa dan penggunaan sebanyak 12% berbanding generasi sebelumnya dan bateri 4,000 mAh yang besar, anda boleh mengharapkan sepenuhnya untuk menggunakan peranti dengan hayat bateri sepanjang hari. 22.5W Honor Wired SuperCharge juga boleh mengecas peranti dan hanya dalam sepuluh minit pengecasan, anda boleh menggunakan X8 sehingga tiga jam main balik video.

Oleh kerana harga agak rendah iaitu RM899 , telefon ini tidak memuatkan semua teknologi terkini, tetapi ia memadai untuk menawarkan pengalaman pengguna yang cukup lancar. Semasa menggunakannya, kami tidak mengalami masalah prestasi sebenar dan telefon responsif dan mudah digunakan.

Secara keseluruhan, ia adalah nilai yang bagus untuk mereka yang mencari telefon pintar dalam linkungan harga bajet.

YouTube video
Honor X8
https://lomp.at/5g1fe
Share82Tweet51SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem