Friday, February 3, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Sissy Imann Sebak Kucing Kesayangan Hilang 27 Hari Temui Ajal

Sissy tak dapat menahan rasa sedih apabila kongsi berita kucing kesayangan telah pergi untuk selamanya

by Mas Ayu
April 27, 2022
via Instagram Sissy Imann

via Instagram Sissy Imann

49
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular di media sosial milik Sissy Imann di mana penyanyi berbakat ini berkongsi berita sedih tentang kucing kesayangannya yang hilang di Insta Stories semalam.

Individu Dedah Kucing Sissy Dah Mati

Pada 10 April yang lalu Sissy memuatnaik hantaran di media sosialnya memaklumkan bahawa kucing kesayangannya yang diberi nama Ashecat telah hilang dan meminta agar orang ramai yang menjumpai kucing tersebut segera hubunginya.

Namun penantian terjawab apabila Sissy mendapat mesej dari seorang individu yang dikenali sebagai kak Lin, memaklumkan bahawa kucing peliharaan selebriti tersebut telah mati dilanggar.

“Anak saya jumpa kucing ni kat jalan ***** sebelah kedai motor. Tapi dah mati sebab kena langgar. Masa tu hujan. Anak saya tak pasti kena langgar dengan apa. Dia kata memang sebijik, tali pun sama.” mesejnya

via Instagram Sissy Imann

Individu berkenaan memberitahu selepas Ashecat dilanggar, anaknya sempat alihkan kucing syurga itu ke tepi dan mendedahkan bahawa kucing penyanyi tersebut telah pun selamat di tanam.

“Kedai kak Lin tak tahu. Kucing tu pun dah selamat di tanam. Anak cuma alih sebab masih hidup.. Nyawa-nyawa ikan. Banyak darah.. Anak pun sedih tengok keadaan kucing tu” dedahnya

via Instagram Sissy Imann

Sissy Redha Ashecat ‘Pergi’

Walaupun pahit untuk ditelan, Sissy redha dengan pemergian Ashecat. Dia bersyukur kucing tersebut hadir dalam hidupnya dan akan sentiasa mengingati Ashecat di hatinya.

“Saya rasa ini pengakhiranya, Ashecat. Saya masih ingat nak sangat kucing tapi tak nak renyah bersihkan najis kucing semua sebab saya tak ada masa. Hari-hari cakap dekat @djxz__ Kakak nak bela kucing tapi adik bersihkan ok.

Tapi Allah baik sangat. Dia betul-betul hantar kucing yang baik depan pintu rumah, yang paling senang nak jaga. Yang sangat bersih. Yang pandai bawa diri. Yang kalau makanan dia terjatuh kat lantai pun dia kutip makan. Yang manja sangat. Yang tunggu kita balik kerja.

Tapi kita tunggu dan cari Ashecat 27 hari, Ashecat tak balik. Kenapa Ashecat main jauh-jauh. Tapi walau macam manapun, saya selamanya bersyukur dengan kehadiran kamu dan saya akan sentiasa mengingati kamu sebagai kucing angkat pertama saya.

Rehatlah Ashecat sayang.. Nanti minta Allah nak salmon ok kat syurga.” luahnya

via Instagram Sissy Imann

Di Insta Stories, Sissy banyak berkongsi foto Ashecat bagi melepaskan rasa rindu dan sedihnya. Dan dalam salah satu hantaran yang dimuatnaik, Sissy mengatakan orang ramai banyak mengulas bahawa kucing yang bakal menemui ajal memang akan menghilangkan diri.

“Ramai yang kata, kucing kalau dah nak ajal, dia memang akan hilang. Sebab tak nak meninggalkan dunia depan tuan yang dia sayang. Wallahualam. Tapi betul juga, kalau dia pergi depan mata.. Mungkin lebih pecah hati ni..” kongsinya

Semoga Sissy tabah atas pemergian kucing tersayang.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: kucingSissy Imann
Share20Tweet12SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Janna Nick Puji Fikry Ibrahim- “Sanggup Tolak Semua Job-Job Sebab…”
Lokal

Janna Nick Puji Fikry Ibrahim- “Sanggup Tolak Semua Job-Job Sebab…”

by Phic ARMAN
February 3, 2023
Anggap PM Sokong Konsert Maksiat, PU Syed ‘Koyak’ Ditegur Peminat AR Rahman?
Lokal

Anggap PM Sokong Konsert Maksiat, PU Syed ‘Koyak’ Ditegur Peminat AR Rahman?

by Phic ARMAN
February 3, 2023
Keanu Reeves Dihantui Lelaki Aneh, Ceroboh Masuk Rumah Siap Bawa Ujian DNA
Hollywood

Keanu Reeves Dihantui Lelaki Aneh, Ceroboh Masuk Rumah Siap Bawa Ujian DNA

by Phic ARMAN
February 3, 2023
Beyoncé Umum Senarai Negara Untuk Konsert Jelajah Dunia, Mana Malaysia?
Hollywood

Beyoncé Umum Senarai Negara Untuk Konsert Jelajah Dunia, Mana Malaysia?

by Phic ARMAN
February 2, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  3. 3

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  4. 4

    Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman

  5. 5

    “Janji Jangan Ambil Hak Orang”- Bekas Isteri Pelawak Chot Titip Ucapan Buat Nad Zainal

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan