Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

“Semoga Kita Sentiasa Bersyukur”- Dayah Bakar Harap Kisah Pakcik Penjual Pen Beri Inspirasi

Muat naik pengacara ini mendapat perhatian netizen di media sosialnya

by Puteri Alia
April 28, 2022
via Instagram Dayah Bakar

via Instagram Dayah Bakar

Share on Facebook

Tular video yang dimuatnaik pengacara terkenal tanah air, Dayah Bakar di Instagram nya semalam, mendapat perhatian dan bualan hangat orang ramai di media sosialnya.

Terdiam Lihat Pakcik Kurang Upaya

Melihat rakaman video yang dikongsikan pengacara ini, Dayah terjumpa seorang pakcik yang dalam keadaan kurang upaya di mana sebelah kaki pakcik tersebut tergantung pada tongkat. Dia ternampak pakcik berkenaan ketika berhenti di lampu isyarat di kawasan persimpangan One Utama.

“Tadi berhenti di lampu isyarat, nampak pakcik ni. Dayah terus terdiam dan rasa macam ‘Ya Allah susahnya pakcik nak jalan, dia nak melintas bahayanya’ Tertanya, apa yang banyak-banyak dekat beg pakcik tu, pakcik nak pergi mana.” katanya

via Instagram Dayah Bakar

Penjual Pen Yang Gigih Cari Rezeki Halal

Dalam rakaman tersebut, Dayah memberitahu bahawa pakcik serba kekurang tersebut merupakan seorang penjual pen. Pengacara ini berasa tersentuh melihat kegigihan dan usaha pakcik berkenaan dalam mencari rezeki yang halal walaupun dalam keadaan sebegitu.

“Rupanya pakcik jual pen. Masha Allah dengan keadaan yang yang begitu, masih berusaha keras mencari rezeki halal. Allahuakbar.” ujarnya

Hidap Penyakit Polio

Pengacara ayu ini kemudiannya membuat keputusan memberhentikan keretanya di tepi jalan untuk bertanya tentang jualan dan juga keadaan kaki pakcik tersebut.

Dan berdasarkan perkongsian di video, pakcik berkenaan menjelaskan kakinya menjadi begitu kerana menghidapi penyakit polio yang menyebabkan kakinya lumpuh dan boleh mengancam nyawa jika tidak di rawat.

“Dayah terus bagi isyarat berhenti tepi dan nak tanya jualan pakcik dan tanya keadaan kaki. Pakcik kata kaki dia kena penyakit polio (penyakit lumpuh dan mengancam nyawa yang disebabkan virus polio).” dedahnya

via Instagram Dayah Bakar

Netizen Sebak Lihat Keadaan Pakcik

Melihat video yang dimuatnaik itu, orang ramai mula membanjiri ruangan komen posting tersebut dan rata-rata ramai yang berasa tersentuh hati melihat keadaan pakcik tersebut.

“Allahuakbar”

“Kat kawasan mana ni Dayah?”

“Ya Allah sebaknya dia tetap menjual walaupun keadaan dia macam tu. Alhamdulillah Allah ketemukan dengan kak Dayah”

“Jalan mana ni kak Dayah?” komen mereka

via Instagram Dayah Bakar

“Ya Allah menggigil dia”

“Kesiannya lah.. Dalam keadaan begitu dia masih gigih bekerja untuk cari rezeki..”

“Semoga Allah permudahkan semua untuk pakcik ni dan dipermurahkan rezeki”

“Rasa nak tolong juga” komen mereka lagi

View this post on Instagram

A post shared by DAYAH BAKAR (@dayahbakar)

Sebelum beredar, Dayah sempat bersedekah kepada pakcik tersebut dan dengan serta merta pakcik berkenaan berdoa atas pemberian ikhlas pengacara tersebut.

Dayah juga berharap kisah pakcik penjual pen ini dapat memberi inspirasi kepada orang ramai dan dirinya untuk menjadi insan yang sentiasa bersyukur serta belajar untuk membri dan berkongsi kepada mereka yang memerlukan.

Bapa Dayah Bakar Meninggal Dunia-"Kami Terima Dengan Hati Yang Berat.."
Dayah Bakar
https://lomp.at/cl6s3
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Inspirasi

Zaini Ahmad Dapat Tempat Ke-92 Di Pizza World Championship 2026, Rakyat Malaysia Bangga!

by Naddy Joe
April 17, 2026

Salah seorang rakyat Malaysia, Zaini Ahmad telah berjaya memperoleh kejayaan yang membanggakan apabila berada pada kedudukan ke-92 bagi kategori Napolitana...

Read moreDetails
Foto - Samsung
Inspirasi

Nikmati Karya Agung Moden Muzium San Francisco Secara Langsung Di Rumah, Seluruh Dunia!

by Nurul A.
April 1, 2026

Samsung Electronics Co., Ltd. mengumumkan perkongsian baharu antara Samsung Art Store dan Muzium Seni Moden San Francisco (SFMOMA). Pengguna kini...

Read moreDetails
Foto - Air Selangor
Inspirasi

Air Selangor Ketengahkan Mesej Kesihatan Mental Menerusi ‘Raya Ikut Rasa’

by Nurul A.
March 20, 2026

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mempersembahkan sebuah video pendek. Bertajuk ‘Raya...

Read moreDetails
Foto - Tropicana Twister
Inspirasi

Tropicana Twister Membina Rumah & Membuka Harapan Baru untuk Generasi Akan Datang

by Nurul A.
May 2, 2026

Kempen Gandakan Kebaikan oleh Tropicana Twister kini meraih satu pencapaian penting dengan siapnya pembinaan serta penyerahan rumah kepada keluarga yang...

Read moreDetails
Inspirasi

Guru Malaysia Raih Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge Rantau Asia-Pasifik

by Naddy Joe
May 9, 2026

 Kumpulan Pendidikan Antarabangsa di Cambridge University Press & Assessment (Cambridge) mengumumkan Penolong Pengetua merangkap Guru Pendidikan Pelajar Berkeperluan Khas (SEN),...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  5. 5

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara