Sunday, June 26, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Menarik! Ini 7 Penginapan Airbnb Yang Menakjubkan Untuk Meraikan Aidilfitri

Penginapan Airbnb yang indah ini akan membuat sambutan Raya kali ini yang tidak akan dilupakan.

by Naddy Joe
May 3, 2022
Menarik! Ini 7 Penginapan Airbnb Yang Menakjubkan Untuk Meraikan Aidilfitri

Sunset Valley

Share on Facebook

Kemeriahan balik kampung sudah mula terasa dengan persiapan Raya yang sedang giat dibuat! Rakyat Malaysia di seluruh negara begitu teruja untuk beraya pada tahun ini bersama sanak saudara yang akhirnya boleh bersatu semula selepas terpisah selama dua tahun. Sama ada mencari baju Raya baharu yang sedondon, berangankan hidangan yang lazat atau merancang percutian bersama keluarga besar, ada banyak aktiviti yang boleh dinikmati untuk sambutan tahun ini — apa kata jadikannya lebih meriah dengan percutian sempena perayaan ini?

Sama ada destinasi pulau yang tenang dengan sentuhan seni bina Melayu ataupun rumah kampung tradisional yang penuh nostalgia, tujuh Penginapan Airbnb yang indah ini akan membuat sambutan Raya kali ini yang tidak akan dilupakan.

Destinasi Percutian Tepi Laut

Alamanda Markisa Villa
Alamanda Markisa Villa

Bayangkan diri anda bangun tidur di rumah kayu tradisional yang indah,dikelilingi oleh taman-taman yang menakjubkan, bayu laut dan kolam renang peribadi sambil anda meraikan insan tersayang anda. Alamanda Markisa Villa atau Sunset Valley – Farmers House terletak di Langkawi, dan ianya sudah pasti menjadi tempat yang sesuai untuk keluarga anda berkumpul.

IKLAN

Sunset Valley
Sunset Valley

Tempat Peranginan Mesra Perjumpaan

Rumah Lenggong
Rumah Lenggong

Memikirkan cara yang menyeronokkan untuk meraikan perhimpunan keluarga anda? Rumah Lenggong di Perak dan Rimba Alor Orchard Villa di Melaka menawarkan pelbagai pilihan untuk memeriahkan lagi perjumpaan yang lama ditunggu-tunggu ini. Terokai kawasan ini dan bawa seluruh keluarga untuk memetik buah-buahan, atau berehat bersama-sama di astaka luaran sambil mengenang hari-hari yang indah.

Rimba Alor Orchard Villa
Rimba Alor Orchard Villa

Percutian Malar Hijau

Rumah Kampung Di Cameron Highland
Rumah Kampung Di Cameron Highland

Bagi mereka yang inginkan percutian yang lebih santai, lihat rumah kampung di Cameron Highland ini, atau mungkin vila moden ini atau tempat peranginan hutan hujan tersembunyi di Janda Baik yang dikelilingi udara nyaman dan pemandangan indah. Nikmati sepenuhnya jamuan Raya yang hebat dikelilingi oleh keselesaan moden dan hiasan klasik, sambil menyelami keindahan syurga alam semula jadi anda sendiri.

Rainforest Retreat
Kenanga Villa

Mulai November 2021, semua hos Airbnb telah komited untuk melaksanakan amalan keselamatan dan pembersihan COVID-19 Airbnb – satu set standard kesihatan dan keselamatan mandatori yang dibangunkan untuk masa COVID-19 dan seterusnya.  Airbnb juga telah melaksanakan Alat Pengesahan Vaksinasi, yang membolehkan tetamu mengesahkan secara sukarela bahawa mereka sedia untuk berkongsi status vaksinasi dengan Hos mereka semasa daftar masuk.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: penginapan Airbnb
Share2Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

Jom Intai 5 Tarikan Pelancongan Yang Menyeronokkan Di Negeri Selangor Untuk Anak Anda!
Jalan-Jalan

Jom Intai 5 Tarikan Pelancongan Yang Menyeronokkan Di Negeri Selangor Untuk Anak Anda!

by Aphit J.
June 11, 2022

Menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga adalah kualiti masa terbaik yang boleh dilakukan pada setiap hujung minggu! Semuanya boleh dilakukan...

Read more
Selepas Ampang Park, Kini Plaza OUG Pula Bakal Dirobohkan & Ini Projek Pembangunan Baharu Akan Dibina!
Jalan-Jalan

Selepas Ampang Park, Kini Plaza OUG Pula Bakal Dirobohkan & Ini Projek Pembangunan Baharu Akan Dibina!

by Phic Arman
June 8, 2022

Selepas pusat beli-belah pertama di Malaysia, Ampang Park dirobohkan pada tahun 2017, kini giliran Plaza OUG pula. Bangunan berusia lebih...

Read more
Wow! Jom Intai 5 Tempat Pelancongan “Viral” Dan Baru Di Negeri Selangor 2022!
Jalan-Jalan

Wow! Jom Intai 5 Tempat Pelancongan “Viral” Dan Baru Di Negeri Selangor 2022!

by Aphit J.
June 4, 2022

Negeri Selangor terkenal dengan tarikan pelancongannya sendiri. Tahukah and, pihak Tourism Selangor telah beberapa Tempat Viral untuk anda lawati. D...

Read more
Bersedia Ke Singapura? Jom Terokai Bandar Tersebut Menerusi SingaporeReimagine
Jalan-Jalan

Bersedia Ke Singapura? Jom Terokai Bandar Tersebut Menerusi SingaporeReimagine

by Aphit J.
June 4, 2022

Singapura bersiap sedia untuk menyambut kembali ketibaan pelancong terutamanya dari Malaysia melalui pengalaman baharu dan inovatif. STB Melancarkan SingapoReimagine [caption...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ismail Leon Persoal Di Mana Bapa, Ini Penjelasan Rihana Oksana Petra

  2. 2

    “Rasa Nak Pengsan Jap Masa Tu”- Lisa Surihani Kongsi Momen Pertama Kali Bertemu Nora Ariffin

  3. 3

    ‘Gambar 4 Tu’ – Netizen Terkejut Lihat Saiz Pinggang Aina Abdul?

  4. 4

    “Dapat 1 Bulan Naik MRT/ LRT Free Pun Korang Memekak”- Nedim Nazri Teruk Dikecam Netizen?

  5. 5

    “Nak Sangat Aku Serang Kau Ke!”-Zarina Zainuddin Berang Netizen Ini Persoal Gaya Tudungnya

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: [email protected]

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera