Saturday, July 19, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Islamik

Memang Cantik! Ini 10 Pusat Beli Belah Dengan Dekorasi Raya Yang ‘Gempak’ Di Selangor

Mari kita lihat senarai 10 Pusat Beli-belah dengan hiasan Aidilfitri yang menarik untuk anda kunjungi bersama yang tersayang lebaran ini!

by Naddy Joe
May 3, 2022
114
KONGSIAN
Share on Facebook

Syawal menjelang tiba, dan musim perayaan ini tentunya sinonim dengan pelbagai hiasan dan dekorasi  hari raya yang bukan sahaja memeriahkan suasana, malah juga menjadi latar yang cantik untuk gambar kenang-kenangan. Tahun ini, beberapa Pusat Beli-belah di Negeri Selangor tampil habis-habisan dengan hiasan hari raya mereka, malah ada daripadanya yang mengangkat tema yang unik.

Hiasan besar ini harus diberikan perhatian yang sewajarnya oleh para pengunjung. Mari kita lihat senarai 10 Pusat Beli-belah dengan hiasan Aidilfitri yang menarik untuk anda kunjungi bersama yang tersayang lebaran ini!

Quayside Mall

Quayside Mall ialah Pusat Peli-belah kejiranan terbaharu dan terbesar di Kota Kemuning, Klang. Quayside Mall terletak di tasik seluas 7 ekar dan menyediakan penduduk dengan akses kepada pelbagai jenis hiburan, barangan runcit, pilihan tempat makan, perkhidmatan dan keperluan lain.

Untuk Hari Raya tahun ini, Quayside Mall membawa keseluruhan kampung tradisional ke dalam bangunan Pusat Beli-belah ini! Ia adalah lokasi yang sesuai untuk bergambar kerana ia dipenuhi dengan elemen kampung yang cantik, malah turut mempunyai kawasan yang menampilkan permainan congkak dan teng-teng.

Alamat : Quayside, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor.

1 Utama Shopping Centre

1 Utama Shopping Centre tampil dengan tema “Kampung Minangkabau” yang mengetengahkan keindahan Rumah Gadang setinggi 41 kaki dengan bumbung melengkung yang menonjol menyerupai tanduk kerbau, serta dihiasi dengan reka-bentuk bunga yang ditenun dalam warisan penuh berseni.

Pusat Beli-belah ini menjemput anda untuk memasuki rumah yang tersergam ini, yang turut memberi penghormatan kepada senibina Negeri Sembilan dan Sumatera Barat untuk pengalaman fotografi yang penuh interaktif dan Insta-worthy.

Jadikan sambutan Hari Raya anda lebih istimewa dengan menonton persembahan yang menyeronokkan seperti Tarian Endang, Tarian Rakyat Padi, Tarian Buluh Magunatip dan Gamelan Warisan Seni Budaya, dikelilingi oleh pepohon palma yang memberikan nostalgia suasana kampung yang sebenar!

Alamat : City Centre, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor.

The Curve, Mutiara Damansara

Tahun ini, The Curve, Mutiara Damansara telah mengubah ruangan Centre Court mereka menjadi sebuah landskap yang unik, mengambil inspirasi daripada rona dan corak rumit tenunan songket. “The Curve Raya Estetika” menawarkan pengalaman fotografi dengan latar yang berwarna-warni dan perincian yang moden. Jom raikan Hari Raya bersama The Curve dengan membawa keluarga anda ke sini bagi menikmati pengalaman penuh keceriaan, diselangi oleh persembahan tradisional dan aktiviti yang menyeronokkan!

Alamat : 6 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor.

Setia City Mall

Setia City Mall meraikan Hari Raya dengan dekorasi yang mempesonakan di ruangan Centre Court mereka. Hiasan yang ditampilkan mengambil inspirasi dari memori perayaan Syawal yang dekat di hati, serta kemeriahan hiasan lampu-lampu berwarna-warni dan terang yang sinonim dengan  musim perayaan ini!

Alamat : Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.

Tropicana Gardens Mall

Tropicana Gardens Mall menjemput anda untuk sebuah pengalaman ‘Jalinan Kasih Di Aidilfitri’ yang ditampilkan di Concourse Floor, Centre Court. Beli-belah lah pelbagai jenis juadah raya di sini. Selain menjamu selera di gerai-gerai yang dihiasi oleh hiasan tradisional, jangan lupa juga untuk mengambil banyak gambar di sini!

Alamat : Tropicana Gardens Mall, No. 2A, Persiaran Surian, Tropicana Indah 47410 Petaling Jaya, Selangor.

The Starling

Raikan “Pesona Raya” Bersama The Starling! Apabila anda membeli-belah dan menjamu selera di sini, anda boleh menikmati persembahan muzik secara langsung dikelilingi dekorasi menarik, seperti susun-atur ilustrasi potret menggunakan cat air. Semak jadual dan catat pada kalendar anda untuk memulakan perjalanan ke The Starling. Di Bazar Aidilfitri di sini, anda akan menemui semua yang anda perlukan untuk sambutan Hari Raya 2022!

Alamat : No. 6, Jalan SS21/37, Damansara Utama 47400 Petaling Jaya, Selangor.

Sunway Pyramid

Tahun ini, Sunway Pyramid meraikan sambitan Hari Raya dengan tema ‘Riuh Ria Raya’ yang merangkumi kemeriahan hiasan berwarna-warni dan acara yang menyeronokkan. Pusat Beli-belah ini mengalu-alukan semua pembeli untuk menyokong barangan keluaran tempatan atas semangat #SupportLokal.

Pusat Beli-belah ini telah merekrut seorang artis grafiti tempatan; Abdulrashade dan pasukannya untuk mencipta sebuah Mural Raya yang menakjubkan, yang boleh dilihat di rumah kampung berwarna-warna dikelilingi keindahan pepohon hijau. Datang dan lihat sendiri karya seni ini sambil membeli-belah di Sunway Pyramid!

Address : 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor.

Da Men Mall

Benarkan Da Men Mall membawa anda ke sebuah zaman yang lain. Di Da Men Mall, abadikan kenangan nostalgia dengan “Bestnya Raya” yang menampilkan dekorasi batik dan hiasan bertemakan tahun 90an! Mulai sekarang hingga 31 Mei 2022, lawati Da Men Mall, USJ untuk mencipta pengalaman  ‘Bestnya Raya!’ menampilkan perabot ikonik, fesyen batik dan juadah Hari Raya yang bercirikan tahun 1990-an. Anda seolah-olah dibawa semula ke zaman ini!

Address : No. 1, Persiaran Kewajipan, USJ 1 47600 Subang Jaya, Selangor.

Main Place Mall, USJ

Mulai sekarang hingga 8 Mei 2022, rasai pengalaman “Dreaming of Raya” di Main Place Mall, USJ 21. Nikmati corak mozek yang cantik dan bunga mekar yang mengelilingi ruangan di Pusat Beli-belah ini. Semasa anda berada di Main Place Mall USJ, jangan lupa untuk merakamkan beberapa gambar menarik dan kongsikan kepada orang  tersayang!

Address : Jalan USJ 21/10, Persiaran Kewajipan, 47630 Subang Jaya, Selangor.

IOI Mall Puchong

Sambutan yang dinanti-nantikan telah kembali. Mulai sekarang hingga 8 Mei 2022, IOI Mall Puchong mempersembahkan ‘Uniknya Eidulfitri’, bagi meraikan perayaan yang menyeronokkan dan penuh keterujaan ini. Pusat Beli-belah ini turut menganjurkan sebuah peraduan atas talian di laman media sosial mereka, mengatur pelbagai persembahan dengan elemen Hari Raya di Lower Ground-Centre Court, dan menawarkan pelbagai gerai yang menjual barangan Raya untuk anda berbelanja!

Address : IOI Mall, Puchong, Jalan Puchong 47170 Puchong, Selangor.

https://lomp.at/f116z
Share46Tweet29SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Hotel

Kenali Kuok Hui Kwong, Anak Perempuan ‘Raja Gula’ Yang Kini CEO Shangri-La Asia

by Phic ARMAN
July 17, 2025

Kalau sebut saja nama Robert Kuok, semua orang tahu,  inilah ‘Raja Gula’ Malaysia dan orang paling kaya di negara kita....

Read more
Destinasi

Nak Melancong Tapi Bajet Ciput? Cathay Pacific Bagi Harga Mesra Poket

MURAI datang bawa cerita best untuk semua yang suka melancong dan juga suka diskaun (macam kami). Cathay Pacific baru sahaja...

Read more
by Sofie Azizlan
July 17, 2025
Hotel

W Kuala Lumpur Lancar Celestial Rhapsody, Gabungan Berani Festival Mid-Autumn

Festival Pertengahan Musim Luruh ini, W Kuala Lumpur menghidupkan semula tradisi dengan Celestial Rhapsody, koleksi kek bulan avant garde yang...

Read more
by Naddy Joe
July 16, 2025
Jalan-Jalan

Bandar Kyoto vs. Osaka: Mana Lebih Berbaloi untuk Percutian di Jepun?

Jepun menawarkan pelbagai destinasi menarik dan dua bandar yang sering menjadi pilihan pelancong ialah Kyoto dan Osaka. Walaupun kedua-duanya terletak...

Read more
by Arsiqin Yusof
July 11, 2025
Destinasi

Turkeye: Destinasi Pelancongan Mesra Muslim

Turki merupakan sebuah negara yang terletak di antara benua Asia dan Eropah, menjadi destinasi pelancongan yang sangat mesra Muslim. Dengan...

Read more
by Arsiqin Yusof
July 11, 2025
Destinasi

Jimat Besar, Jalan Jauh! Ini Cara Paling Bajet dan Chill Untuk ‘Explore’ Bandar Sydney, Australia

Pada bulan April yang lalu, MURAI ke Sydney untuk menikmati Vivid Sydney 2025, hasil trip bersama AirAsia X dan Destination...

Read more
by Phic ARMAN
July 5, 2025
Destinasi

Naik Heli, Mandi Dengan Buaya & Sarapan Dengan Busut: Ini Cerita MURAI di Darwin, Australia

Tak semua hari kita boleh kata, “Eh, tadi aku mandi dengan buaya, lepas tu breakfast tengah busut, petangnya naik unta...

Read more
by Phic ARMAN
July 3, 2025
Destinasi

Fairmont Tokyo Rasmi Dibuka: Ini Sebab Kenapa Traveler Level ‘Kayangan’ Tak Boleh Miss Stay Sini

Buat korang yang tengah plan nak ‘upgrade’ percutian ke Jepun, ada satu berita hot yang wajib masuk dalam wishlist: Fairmont...

Read more
by Phic ARMAN
July 2, 2025
Budaya

Keluarga Pasang Tali Penghadang Sekitar Kubur Nurly Shahirah, Dikatakan Wujud Tindakan Khurafat!

Sudah hampir tiga minggu sejak kemalangan tragis meragut nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nurly Shahirah Azman. Kehadiran Pengunjung...

Read more
by Aphit J.
June 29, 2025
Destinasi

Singapore Oceanarium Bakal Dibuka Julai 2025: Tarikan Lautan Terbesar di Sentosa!

Bagi sesiapa yang gemar tempat bertemakan alam dan lautan, Singapura bakal memperkenalkan sebuah tarikan baharu yang pastinya menarik perhatian. Mulai...

Read more
by Phic ARMAN
June 26, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Nak Pikat Anak, Kena Pikat Menantu Dulu” – Che Ta Akui Belajar Lembutkan Hati Bakal Menantu Daripada Bekas Ibu Mentua

  2. 2

    [GAMBAR] Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Graduasi Tengku Jihan Di UK!

  3. 3

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem