Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Slot Panggung Syawal Bakal Tayang 3 Drama Raya Sepanjang Aidilfitri Di TV1

by Puteri Alia
May 2, 2022
74
KONGSIAN
Share on Facebook

Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan drama-drama terbaik bagi mengisi slot khas Panggung Syawal pada pukul 11.05 pagi di TV1 sepanjang tiga hari sambutan Hari Raya Aidilfitri.

RTM memilih tiga drama berkisarkan tentang kemasyarakatan dengan genre yang berbeza dan penuh mesej tersendiri kepada penonton pada Hari Raya nanti.

Hari Raya Pertama – Pak Su

Pada satu syawal RTM akan menyiarkan drama berjudul Pak Su di kaca televisyen, drama bertemakan Syukuri Syawal ini mengajak penonton menyaksikan kisah tentang Pak Su yang meminta ibu bapanya mencarikan jodoh untuk dirinya.

Namun Pak Su meletakkan syarat dia hanya akan meminang gadis dengan hantaran berjumlah RM5000 saja. Berjayakah Pak Su menemui jodoh? Saksikan drama raya gandingan pelakon, utama Izzue Islam dan Risteena Munim pada hari raya pertama nanti.

Hari Raya Kedua – Ramona Bertanding Ketua Kampung

Pada dua syawal pula, RTM menyiarkan drama komedi Ramona Bertanding Ketua Kampung, lakonan mantap Faradhiya yang mahu menjadi ketua kampung dan bersaing dengan calon lelaki lain di kampungnya.

Namun berjayakah Ramona merebut jawatan tersebut dan sekaligus menggalas tanggungjawab berat yang sering disanding kaum adam itu? Saksikan drama ini pada hari raya kedua.

Hari Raya Ketiga – Afghan

Drama berjudul Afghan ini menampilkan gandingan hebat lakonan Namron dan Nafiz Muaz, di mana plot cerita memfokuskan kisah seorang pemuda buta bernama Afghan yang punya keistimewaan hijab terbuka dapat melihat kejadian berlaku pada masa depan.

Kisah menjadi lebih menarik bila mana Afghan yang dijaga seorang lelaki tempang kaki kanan bernama Bilal Soleh ini menyimpan rahsia yang tidak disangkakan. Apakah kesudahan kisah Afghan dan Bilal, saksikan drama penuh pada hari raya ketiga nanti.

Jom Saksikan “Malaysia - Destinasi Kesihatan Asean”, Dokumentari Khas Terbitan RTM

Sekadar info, bagi yang tidak mahu ketinggalan menonton pelbagai drama menarik di RTM, muat turun aplikasi RTM mobile di Google Play dan App Store atau lihat secara terus di laman portal RTM.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
dramaRTMTV1
https://lomp.at/lobli
Share30Tweet19SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem