Saturday, May 28, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Shila Amzah Gembira Cipta Kenangan Indah Bersama Seth Di Singapura

Shila dedah mahu jadi seorang ibu yang kuat demi anak kesayangannya

by Mas Ayu
May 13, 2022
Shila Amzah Gembira Cipta Kenangan Indah Bersama Seth Di Singapura

via Instagram Shila Amzah

53
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi, Shila Amzah mengabadikan momen indah percutian pertama bersama anak lelakinya Seth Uwais di Singapura menerusi rakaman video yang dimuatnaik di Instagram nya.

Gembira Dapat Cipta Memori Bersama Anak

Pada 8 Mei baru-baru ini, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah membuat keputusan untuk membawa anak kesayangannya bercuti di Kota Singa itu. Shila yang kini telah pulang dari bercuti, memuatnaik video memaparkan memori gembiranya bersama Seth di sana.

Dalam entri yang ditulis Shila, semenjak menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal, dia sedar ia bukan satu tugas yang mudah untuk menjadi ibu dan juga ayah kepada anaknya. Namun demi Seth, Shila berazam untuk menjadi seorang ibu yang kuat.

“Saya gembira saya dapat cipta kenangan ini di Singapura bersama Seth. Menjadi seorang ibu tunggal bukan mudah.

Perkara yang paling sukar adalah, tiada siapa yang bantu dan mengambil alih. Kadang-kala saya masih menangis tapi apabila saya lihat anak saya, dia senyum kembali pada saya..

Mengingatkan saya kenapa saya perlu jadi kuat. Alhamdulillah.” Tulisnya

via Instagram Shila Amzah

Peminat Titip Kata-Kata Semangat

Melihat perkongsian penyanyi berbakat itu, rakan-rakan artis dan peminat setia menitipkan kata-kata semangat buat Shila.

IKLAN

“Gembira sangat tengok perkembangan Seth, syabas ibu” ucap Farah Anuar

“Dia paling comel, anda buat yang terbaik!”

“Hidup gembira adalah kehidupan yang bagus” kata peminat

via Instagram Shila Amzah

“Diakhirnya.. Anda masih yang terbaik dalam hidup Seth”

“Anda boleh lakukannya”

“Bukan mudah tapi anda boleh lakukannya. Anda tak akan diuji melainkan Allah swt tahu anda boleh hadapinya dengan bantuanNYA” titip peminat

Semoga Shila menjadi seorang ibu yang cekal dan kuat demi putera kesayangannya.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: shila amzah
Share21Tweet13SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

Kenapa Aksi Zul Huzaimy Jumpa UAI Dapat Pujian Ramai? Siap Ada Yang Cemburu!
Selebriti

Kenapa Aksi Zul Huzaimy Jumpa UAI Dapat Pujian Ramai? Siap Ada Yang Cemburu!

by Mas Ayu
May 27, 2022

Pelakon berbakat, Zul Huzaimy baru ini berkongsi di media sosialnya sebuah klip video pendek di mana di dalam rakaman tersebut...

Read more
Dari Tiffany Hingga Jessica, Ini Ahli Girls’ Generation Paling Kaya & Bijak Buat Duit
Korea

Dari Tiffany Hingga Jessica, Ini Ahli Girls’ Generation Paling Kaya & Bijak Buat Duit

by Mas Ayu
May 27, 2022

Siapa yang tidak kenal dengan girls group dari Korea, Girls' Generation. Setiap ahli kumpulannya sangat jelita bak bidadari dan mempunyai...

Read more
‘Jangan Tunding Jari Je’- Muat Naik KPDNHEP Tentang Isu Harga Ayam Undang Kritikan Netizen?
Lokal

‘Jangan Tunding Jari Je’- Muat Naik KPDNHEP Tentang Isu Harga Ayam Undang Kritikan Netizen?

by Mas Ayu
May 27, 2022

Salah satu muat naik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Instagram dan laman Facebook, mencetuskan rasa...

Read more
Harith Iskander Puji DBKL, Kecewa Lihat ‘Teddy Bear’ Besar Jadi Punca Longkang Tersumbat
Lokal

Harith Iskander Puji DBKL, Kecewa Lihat ‘Teddy Bear’ Besar Jadi Punca Longkang Tersumbat

by Naddy Joe
May 27, 2022

Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan beberapa orang kakitangan DBKL yang berusaha mengeluarkan anak patung "teddy bear" dari longkang...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kahwin Jela Dato, Halal Nak Pegang Mana Pon” – Ini Respon Fadzil Zahari Apabila Tengok DSV Dan Lucinta Luna Bersentuhan Di Pavilion

  2. 2

    ‘Lebih Kurang Sama Dengan Gambar Yang Tengah Viral” – Netizen Samakan Sambutan Hari Lahir Anak Jep Dengan Menteri

  3. 3

    Oksana Voevodina Tetap Yakin Anak Lelakinya Ismail Leon Berdarah Campuran Malaysia, Ini Buktinya!

  4. 4

    [EKSKLUSIF] “Kak Nita Pernah Luahkan Rasa Sedih Dengan…”- Bekas Pengarang Kongsi Isi Perbualan Dengan Anita Sarawak

  5. 5

    “Longgarkan Sedikit Pakaian, Kesian Dekat Abang Dan Adik Tahfiz” – Netizen Tegur Cara Berpakaian Janna Nick

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: [email protected]

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2021 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera