Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Muat Naik Video Treler Langgar 5 Pelajar USAS & Tulis Kapsyen Tak Sensitif? Pemilik TikTok Diserang Netizen

Pemilik TikTok diserang netizen gara-gara muat naik video kemalangan bersama tulisan kapsyen yang tidak sensitif

by Puteri Alia
May 13, 2022
via TikTok Kishok3535Kumar / Berita Harian

via TikTok Kishok3535Kumar / Berita Harian

Share on Facebook

Berita kemalangan melibatkan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) pada malam Rabu kelmarin, masih segar dalam ingatan dan menjadi bualan ramai rakyat Malaysia.

Rindukan Lori Treler

Belum reda berita nahas kemalangan yang menimpa lima pelajar malang berkenaan, tular pula video lori treler tersebut yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun TikTok dengan kapsyen yang kurang sensitif.

“I really miss you baby come back” coretnya

https://www.tiktok.com/@kishok3535kumar/video/7096639965446081818?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Sering Bawa Lori Treler Yang Sama

Pemilik akaun TikTok yang dikenali sebagai Kishok Kumar itu dipercayai bekerja sebagai pemandu lori, dan sering memandu lori treler sama seperti yang merempuh kereta mangsa tersebut.

Gara-gara muat naik video berkenaan, ramai yang mendakwa pemilik media sosial tersebut merupakan pemandu yang sama menyebabkan kemalangan tersebut. Namun hal itu disangkal oleh segelintir warganet dengan menjelaskan pemandu lain memandu treler berkenaan ketika kemalangan meragut nyawa itu.

“Kau ke bawa lori ni?” soal salah seorang netizen

“Orang lain bawa. Tapi lori tu memang lori yang macha ni selalu bawa” jawab pengguna TikTok

“Sebelum kemalangan dia selalu bawa lori tu. Biasanya dia orang kalau selalu bawa lori sama memang boleh jatuh sayang” komen netizen lain

via TikTok Kishok3535Kumar

Netizen Serang Pemilik TikTok

Meskipun begitu, muatnaik berserta tulisan kapsyen yang kurang sensitif seperti itu membuatkan ramai pengguna media sosial berasa tidak puas hati terhadap pemilik TikTok berkenaan apatah lagi kemalangan tragis tersebut meragut nyawa kesemua mangsa di tempat kejadian.

“Saya ingatkan anda bercakap tentang salah seorang mangsa, rupanya pasal lori tak sensitif langsung”

“5 nyawa melayang dan anda bercakap tentang lori”

“Lori boleh ganti tapi nyawa 5 orang tu tak ada ganti” komen netizen

via TikTok Kishok3535Kumar

Sekadar info, lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah yang maut berhampiran Terowong Menora, Kuala Kangsar, Perak itu adalah sebagai Muhammad Nasrun Aidol Munir Akhbar, 22, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
dirempuh trelerkemalanganpelajar usasrentungterowong menoratragis
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara