Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

‘Macam Tak Percaya Dah Jadi ‘Ghostown’- Keadaan Terkini MAPS Perak Benar-benar Menakutkan

by Phic ARMAN
May 17, 2022
124
KONGSIAN
Share on Facebook

Di tengah-tengah kesesakan bandar Ipoh, terdapat sebuah taman tema yang kini tidak ubah seperti bandar hantu atau ‘ghost town’.

Sunyi, sepi dan gelap gelita.  Beginilah keadaan terkini MAPS Perak yang pernah menjadi tempat tumpuan penduduk tempatan membawa keluarga berhibur dan merasai pengalaman menarik di dalam bandar penuh warna-warni ini. Taman tema ini juga pernah beroperasi selama 3 tahun sebelum ditutup pada 2020 kerana mengalami kerugian yang sudah tidak dapat dibendung.

Baru-baru ini sebuah saluran Youtube bernama NaemJD telah berkongsi sebuah video terkini dia melawat taman tema tersebut yang terbiar hampir 2 tahun. Lihat video di bawah.

YouTube video

Video ini telah mendapat perhatian ramai netizen setelah dikongsi semula oleh laman twitter @Ipohajer. Rata-rata netizen tidak menyangka taman tema yang cukup meriah dengan suara pengunjung kini menjadi sebuah kota hantu.

“Macam tk percaya dah jadi ghostown ni last picture aku sempat tangkap masa masuk situ dulu” tulis pengguna twitter dengan berkongsi gambar MAPS Perak ketika masih beroperasi.

Tak kurang juga yang mengharapakan MAPS Perak dibuka semula kerana ia mempunyai tarikan tersendiri.

“Sayangnya tak sempat singgah pun dah tutup. Better bukak balik la and rebranding. Tempat dah strategik. Maybe kena buat marketing lebih and buat aktiviti/event yg lebih menarik. We can do it. Go! Go! Go!”- tulis salah seorang netizen.

Difahamkan, MAPS pada awalnya dikatakan bakal menjadi taman tema dengan watak animasi Dreamworks seperti Smurfs, Mr Peabody and Sherman, dan Casper the Friendly Ghost. Akan tetapi, bahagian yang menempatkan bintang-bintang Dreamworks Studios ini tidak disiapkan pada masa yang dirancang. Pembinaan tarikan untuk Dreamworks ini juga ditangguhkan beberapa kali sehingga perjanjian dengan pihak terbabit tamat pada Ogos 2018.

Ini menyebabkan MAPS dibuka tanpa tarikan utamanya. Menurut Jom Jalan , MAPS diimpikan sebagai taman tema animasi pertama dalam Asia. Ia patut datang dengan 40 tarikan di 6 kawasan taman tema. Mengikut pelan asal, Perak Corp mensasarkan sejuta pengunjung untuk tahun pertama pembukaannya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
MAPS Perak
https://lomp.at/hrhvk
Share50Tweet31SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem