Thursday, June 30, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[EKSKLUSIF] “Kak Nita Pernah Luahkan Rasa Sedih Dengan…”- Bekas Pengarang Kongsi Isi Perbualan Dengan Anita Sarawak

by Phic Arman
May 17, 2022
[EKSKLUSIF] “Kak Nita Pernah Luahkan Rasa Sedih Dengan…”- Bekas Pengarang Kongsi Isi Perbualan Dengan Anita Sarawak
Share on Facebook

Pejam celik pejam celik, sudah 12 tahun penghibur.terkenal Anita Sarawak melangkah pergi meninggalkan Malaysia. ‘Kehilangan’ Anita atau Kak Nita itu sering menimbulkan persoalan dan spekulasi kerana ramai tidak tahu apa sebenarnya punca beliau menyepi tanpa berita.

Namun segalanya terjawab apabila penyanyi lagu Akhirnya Kini Pasti dan Seksis itu menghubungi rakan baiknya di Malaysia iaitu penulis hiburan Shuib Taib dan Roslen Fadzil pada awal Syawal lalu untuk bertanya khabar dan mengucapkan Salam Aidilfitri.

Ketika dihubungi oleh Murai MY, penulis skrip dan lirik lagu ini akui dia menerima panggilan telefon dari Anita dan suaminya, Mahathir Abdullah pada awal Mei lalu ketika dia dan Shuib beraya di Pulau Pinang.

Roslen atau lebih mesra dipanggil Abang Slen memberitahu, pada awalnya, Anita menghubungi adiknya iaitu Shuib Taib. Secara kebetulan Abng Slen juga berada di situ lalu terus berbual dengan Anita sekali gus melepaskan rindu.

“Akhirnya sesudah 12 tahun berlalu, dapatlah Abang Slen mendengar suara yang sangat-sangat dirindui – Kak Nita dan suami, Abg Mahathir – yang mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin, sambil bertanya khabar diri Abg melalui panggilan telefon kepada adiknya, Shuib Taib lewat petang smlm (waktu Malaysia).

“Saya terkejut apabila Kak Nita sudi berbual dengan saya melalui telefon. Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya,  nak tanya bagaimana kesihatannya sekarang dan Alhamdulilah, Kak Nita dan Abang Mahathir dalam keadaan sihat. Dari suara Kak Nita sendiri sudah cukup membuktikan Kak Nita kini sihat dan bahagia sekali.”

“Tidak banyak perkara sempat kami bualkan menerusi telefon, namun terdapat hal-hal peribadi yang saya tak dapat kongsikan kepada umum demi menghormati permintaan Kak Nita. Perbualan yang amat bermakna itu sudah cukup menggambarkan kebahagiaan Kak Nita dan Abang Mahathir selama ini yang digosipkan dgn macam-macam cerita mengarut.”- tambahnya lagi

Menurut Abang Slen, Anita berasa sedih dengan khabar angin dan berita yang sama sekali tidak betul mengenai dia dan suaminya di luar negara.

IKLAN

“Sebelum ini dalam perbualan lain dengan Shuib, Kak Nita ada meluahkan rasa sedih dan kecewa setelah membaca artikel tempatan mengenai desas-desus mengenai rumahtangganya. Malah beliau juga terkejut dengan khabar angin mendakwa dirinya sedang sakit,” kata Abang Slen.

Abang Slen berkata lagi, Anita sempat meminta menyampaikan salam dan ucapan Selamat Hari Raya kepada semua kenalannya di Malaysia.

“Rasa seronok sangat dapat bercakap dan mendengar suara Kak Nita yang dah bertahun-tahun tak jumpa. Terubat rindu ini! Mengakhiri perbualan kami, Kak Nita mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya kepada semua kenalannya di Malaysia dan meminta semua mendoakan kesihatan yang baik. Alhamdulillah, semoga Kak Nita dan Abg Mahathir selamat dlm perlindungan Allah SWT”- katanya.

Sekadar info, artis tersohor kelahiran Singapura yang menempah kemasyhuran di Malaysia selain pernah berhijrah ke Las Vegas, Amerika Syarikat ini pergi ‘membawa diri’ tanpa dapat dikesan oleh media. Banyak percubaan wartawan hiburan menjejaki Anita dan suaminya, namun tidak ada sebarang petunjuk di mana mereka kini menetap.

View this post on Instagram

A post shared by KualaLumpur- Disentuhi Cinta (@slenfadzil)

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: anita sarawak
Share3Tweet2SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

“Saya Mahu Mereka Selesa” – Yazmin Aziz Syukur Dapat Miliki Kereta Baru
Lokal

“Saya Mahu Mereka Selesa” – Yazmin Aziz Syukur Dapat Miliki Kereta Baru

by Naddy Joe
June 30, 2022

Penyanyi, Yazmin Aziz menitipkan rasa syukur apabila dapat memiliki kereta sendiri yang lebih besar untuk keselesaan keluarganya. Keluarga Memandu Kereta...

Read more
‘Haritu Hakim Emergency Leave Harini Berkursus Pulak’ – Netizen Berang Mahkamah Tangguh Kes Baby Syifaa
Lokal

‘Haritu Hakim Emergency Leave Harini Berkursus Pulak’ – Netizen Berang Mahkamah Tangguh Kes Baby Syifaa

by Mas Ayu
June 30, 2022

Sebelum ini Murai MY melaporkan tentang pandangan isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che' Puan Besar...

Read more
“Tak Berani & Tak Berminat”- Fasha Sandha ‘Reject’ Lakukan Pembedahan Kecilkan Perut Biarpun Ditaja
Gossip

“Tak Berani & Tak Berminat”- Fasha Sandha ‘Reject’ Lakukan Pembedahan Kecilkan Perut Biarpun Ditaja

by Naddy Joe
June 30, 2022

Pelakon berbakat, Fasha Sandha membuat perkongsian bersama peminat mengenai perjalanannya untuk menguruskan badan selepas menjadi ibu kepada tiga orang anak....

Read more
[VIDEO] “Dato’ Pun Menangis Tengok Kamu Pulang”- Eina Azman Titip Ucapan Menyentuh Hati Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah
Gossip

[VIDEO] “Dato’ Pun Menangis Tengok Kamu Pulang”- Eina Azman Titip Ucapan Menyentuh Hati Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah

by Naddy Joe
June 30, 2022

Pelakon, Datin Paduka Eina Azman berkongsi rasa sedih apabila terpaksa berpisah dengan pembantu rumah kesayangannya yang mengambil keputusan untuk pulang...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Chef Wan Setuju Ulasan Tan Sri Rafidah Aziz Persoal Kenaikkan Gaji Pengerusi FGV

  2. 2

    ‘Kau Pun Ada Special’-Netizen Simpati Dengan Luahan Hati Syafiq Yusof Puji Abangnya

  3. 3

    ‘Padu Weh Time Ending’- Artis & Peminat Puji Lakonan Zarina Zainoordin Dalam Mat Kilau

  4. 4

    “Batang Penyapu Ke B*b*!” – Ini Respond Sakinah Bila Dapat Komen Yang Mengarut Di Media Sosial

  5. 5

    Anak Azhar Sulaiman Sekali Lagi Dikritik Selepas Kongsi Video Seksi Di TikTok

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera